CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 6, 2012

Pelangi Ungu - Bab 4

"Tahun ni kita sangat bernasib baik kerana kita telah mendapat peruntukan penuh untuk menjalankan aktiviti sepanjang tahun. Saya berharap semua ahli akan sudi meluangkan masa untuk menyertai setiap aktiviti yang di adakan. Dengan ini saya ingin mengumunkan beberapa nama yang saya percaya berkemampuan untuk menjadi Pengarah Program untuk beberapa aktiviti kita nanti" Adha mengedarkan helaian kertas yang mengandungi beberapa Nama Pengarah dan Penolong Pengarah program yang di maksudkannya sebentar tadi.

Alyssa membulatkan matanya seperti tidak percaya. Nama aku?? Timbalan Pengarah Program??? Bersama dengan Iskandar Reduan? Who the hell is this Iskandar Reduan? Alyssa menyiku Syuhada yang berada di sebelahnya.

"Siapa Iskandar Reduan ni? Aku kenal ke? Kenapa nama aku ada dalam senarai ni? Aku tak pernah pun daftar nak jadi Timbalan Pengarah Program," Alyssa mula membebel.

"Shhyyy. Janganlah cakap kuat sangat," Alyssa lantas menkup mulutnya dengan kedua-dua belah tangannya. Tidak tersedar yang suaranya begitu kuat. Sedangkan dia hanya berniat mengeluarkan suara yaang hanya boleh didengar oleh Syuhada.

"Saya Iskandar Reduan," tiba-tiba seorang jejaka tinggi lampai berkulit cerah dan berjangkut sejemput mengambil tempat di sebelah Alyssa. Alyssa jadi termalu sendiri.

"Abang Is!" malunya Alyssa kerana selama ini dia hanya mengenali Iskandar dengan nama yang terlalu singkat, IS. Syuhada sudah tidak tertahan lagi menahan ketawanya. Tidak dipedulikan Alyssa yang sedang merah mukanya.

"Bengong la kau ni Lyss. Bertahun-tahun kenal Abang Is tapi tak tau nama penuh dia. Kesian betul," lebih memalukan bila hampir semua yang ada di dewan itu memandang Alyssa. Malunya bukan kepalang. Alahai mulut kenapalah volume tak boleh nak control. Kan dah malu tujuh keturunan.

"Ya Alyssa, ada yang tak puas hati ke?" Adha cuba mengalih perhatian ahli daripada terus tertumpu kepada Alyssa. Alyssa hanya menggeleng walaupun di dalam hati di ingin sekali mempersoalkan kenapa namanya tersenarai di dalam ahli jawatankuasa program. Iskandar sudah kembali ke tempat duduk asalnya. Dia sempat meninggalkan sekeping nota di atas meja Alyssa.

 "Kena denda!! Belanja Abang Is makan tengahari!! Wajib!!" 

Alyssa menoleh ke arah Iskandar dan terpandang Iskandar yang sedang tersenyum-senyum padanya. Alyssa mencebik mukanya dan kembali mengalih pandangan ke depan. Wajah bersih Adha menjadi tumpuan matanya. Adha sedang menerangkan serba sedikit apa yang harus mereka lakukan dan tarikh untuk membentang program yang akan di adakan dua minggu lagi. Kertas kerja lagi! Alyssa mengeluh di dalam hati. Namun sebentar kemudian senyuman terbit di bibirnya. Abang Is!! Aku belanjar dia makan tengahari, dia kena buat kertas kerja. Masalah selesai.

Adha ingin cepat-cepat menamatkan perjumpaan itu. Dia tidak boleh menumpukan perhatian dengan adanya Alyssa. Namun di suatu sudut lagi dia ingin berlama di situ agar bisa lebih lama melihat keletah Alyssa. Alyssa yang tidak lekang dengan senyuman. Alyssa yang sering tertawa. Alyssa yang tidak pernah serius! Namun keakraban Alyssa dan Iskandar mengundang sedikit cemburu di hati Adha. Mereka seperti sudah lama saling mengenali. Adha juga selalu terserempak Alyssa sedang makan malam bersama Iskandar. Sering juga mereka mengaja dia menyertai acara makan malam mereka tetapi Adha selalu memilih untuk menolah ajakan itu. Bukan dia sombong cuma dia kurang selesa. Mungkin sebab itu Alyssa tidak begitu mahu memberikan senyuman buat Adha kerana Adha begitu jarang sekali membalas senyuman Alyssa di awal perkenalan mereka.

"Ada apa-apa lagi soalan?" Adha memandang satu per satu wajah yang ada di situ. Semuanya menggeleng. Majlis bersurai. Jam sudah menunjuk ke angka 10 malam. Alyssa sudah menyimpan barang-barangnya ke dalam beg sandangnya. Alyssa bercanag untuk berjalan pulang ke asrama bersama Munira. Tapi belum sempat menahan, Munira sudah lenyap dari panndagan Alyssa. Alamak, kena balik sorang la namapak gayanya nih. Alyssa mengeluh.Mahu mengajak Iskandar jalan sekali malu pula rasanya.

"Alyssa, jom balik sekali. Alyssa sorang-sorang kan?" seperti mengerti, Iskandar menghampiri Alyssa. Selalunya Alyssa akan ditemani Munira tetapi malam ini kelibat Munira tidak kelihatan.

"Jom! Jom!" Alyssa senang sekali dengan pelawaan Iskandar. Tak perlulah dia berjalan sendirian malam-malam begini. Memang macam Superhero. Sedia membantu orang-orang yang dalam kesusahan. Alyssa tersenyum manis. "Kita singgah makan otak-otak dulu boleh tak?" Alyssa buat muka kesian. Dari semalam dia teirngin makan otak-otak. Iskandar tidak memberi sebarang jawaapan. Alyssa sudah patah seribu hatinya.

"Yelah..yelah..Demi Alyssa, sampai ke bulan pun Abang sanggup temankan," Alyssa mencebik. Ke bulan konon! "Tapi mulai sekarang Alyssa kena hafal nama abang," Iskandar mengusik Alyssa. Pantas saja cubitan hinggap di lengan Iskandar. Sekuat hati Alyssa mencubit. Biar padan muka orang tua nih. Lagi nak kenakan aku. Iskandar mengaduh kesakitan.

"Haa.. perli orang lagi. Padan muka!" Alyssa berlalu meninggalkan Iskandar. Bukan kerana marah tapi kerana malu. Bertambah malu bila drama sebabak mereka di saksikan oleh Adha yang masih berada di situ. Alyssa mendengar derapan kaki Iskandar berlari mengejarnya dan tidak sampai beberapa langkah Iskandar sudah mula menyaingi langkah Alyssa. Dia tersenyum simpul melihat wajah kelat Alyssa. Dalam senyum, hati Iskandar mengeluh. Sukarnya meneka hati Alyssa. Alyssa di lihat terlalu berhati-hati di dalam menzahirkan perassan hatinya yang sebenar. Selama dua tahun mengenali Alyssa, Iskandar sendiri tidak mampu untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya buat Alyssa. Kerana bimbang sebarang kemungkinan yang tidak diingini. Mengikut sahaja rentak Alyssa, itulah yang terbaik dan Iskandar tidak mengharapkan sebuah perhubungan yang melebihi persahabatan daripada Alyssa seandainya itu bisa membuatkan Alyssa selalu dekat dengannya. Iskandar rela. Dia hanya mahu berada di samping Alyssa biarpun hanya sekadar teman biasa. Itu sudah memadai.

*******************************

Alyssa menghempaskan diri di atas katil beralaskan bertilam yang tidak berapa empuk di kamarnya. Seraut wajah Iskandar menari-nari di mindanya. Alyssa tidak mengeri apakah perasaannya terhadap jejaka itu. Sejujurnya Alyssa sangat menyenangi kehadiran Iskandar di sampingnya. Sejak menghuni kampus ini sejak lwbih setahun dulu, Iskandar menjadi tempat Alyssa bergantung harap. Sakit peningnya selalu di ambil peduli oleh Iskandar. Alyssa berasa selamat jika bersama Iskandar. Mungkin ramai yang telah tersalah anggap bahawa Alyssa dan Iskandar pasangan kekasih tetapi diantara mereka hanya ada ikatan kasih sayang sahabat. Atau mungkin juga kasih sayang antara abang dan adik. Hanya itu yang Alyssa mahukan walaupun kadang-kala dia rasa menyampah bila melihat Iskandar berbual mesra dengan gadis lain. Alyssa juga kurang senang bila setiap kali Iskandar memperkenalkannya sebagai adik kepada teman-temannya. Oh Hati! Apa sebenarnya mahumu?

No comments:

Post a Comment