BAB 16
Sikap ambil mudah Farhana menjadikan Zakuan semakin hilang sabar. Dia tidak mahu kehilangan Farhana. Sejak melihatnya bersama Azila di Restoran Singgah Selalu dua minggu yang lalu, Farhana semakin menjauhkan diri. Panggilannya tidak lagi berjawab. Farhan sering mengelak bila bertembung dengannya di Arked Meranti. Hari itu dia nekad. Zakuan emmandu ke rumah Farhana. Nasibnya agak baik kerana Farhana ada di rumah. Locong di tekan. Zakuan menanti penuh sabar. Seketika kemudian, wajah Amal muncul di muka pintu.
“ Laa.. Abang Wan. Ada apa datang malam – malam ni?” Amal menyapa mesra. Jika di luar bilik kuliah, Zakuan lebih selesa jika Amal memanggilnya abang. Amal membukakan pintu pagar dan menjemput Zakuan masuk.
“ Err.. tak apalah. Abang nak jumpa Kak Farah. Dia ada?”
“ Kak Farah ada kat dalam. Kejap Alam panggil,” Amal hilang di balik pintu. Zakuan mengambil tempat duduk di kerusi taman.
“ Kak Farah. Abang Wan ada kat luar. Dia nak jumpa akak,” Farhana mengerutkan dahi. Ada apa lagi yang dia nak?
“ Amal cakap kat dia Kak Farah dah tidur. Malaslah nak jumpa dia. Suruh dia balik je,” Amal menggaru kepalanya. Serba – salah. Kadang – kala dia turut geram dengan kekerasan hati Farhana. Tidak pernah mahu memberi peluang kepada Zakuan.
“ Tapi...”
“ Tak ada tapi – tapi. Pergi cepat,” Amal sekadar menurut. Di taman, Zakuan masih tekun menunggu.
“ Bang Wan. Kak Farah tak nak jumpa. Dia suruh abang balik,” Zakuan menarik nafas dalam.
“ Kak Farah kat mana sekarang?”
“ Kat dapur,” Zakuan bangun dari tempat duduknya. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Mencari kelibat Farhana di dapur. Amal masih lagi tercengang – cengang. Amal mengekori Zakuan. Bimbang jika Zakuan melakukan sesuatu yang tidak diingini terhadap Farhana. Amal mundar – mandir di ruang tamu. Hendat menurut Zakuan ke dapur, dia tidak mahu mengganggu perbincangan mereka.
Farahan yang terkejut dengan kemunculan Zakuan penatas mencapai senduk yang berhampiran. Dia teringat dirinya yang tidak menutup aurat. Dengan baju T lengan pendek dan bermuda paras lutut, Farhana berselindung di balik peti sejuk. Mujur badannya yang kurus muat di celah peti sejuk dan kabinet dapur.
“ Apa awak buat kat sini? Saya jerit kang,” Zakaun tertawa kecil.
“ Jeritlah. Saya tak takut. Kalau orang serbu lagi senang kerja saya. Dapat kahwin terus dengan awak. Kita berdua je kat rumah ni sekarang. Amal dah keluar,” Zakuan terpaksa berbohong. Sedangkan dia tahu Amal masih lagi di luar.
“ Apa awak nak?”
“ Saya nak awak,”
“ Jangan nak merepek. Saya tak suka awak main – main,”
“ Farah, selama ni saya tak pernah main – main dnegan awak. Saya serius dengan awak tetapi awak terlalu keras hati . Percayalah Farah. Saya sayangkan awak,” Farhana menarik nafas dalam. Dia menjadi geram. Begitu mudah Zakuan melafaz kat asayang sedangkan beberapa meinggu lain dia melihat Zakuan begitu mesra dengan gadis lain.
“ Dahlah Zakuan. Awak baliklah. Saya yakin Mak Mah akan terima pilihan hati awak. Jangan kerana Mak Mah, awak paksa hati awak unutk terima saya. Hubungan kita tak akan ke mana jika dalam keadaan terpaksa. Kekasih awak lebih perlukan awak. Baliklah pada dia. Saya dah ada pilihan sendiri. Saya dah ambil keputusan untuk menerima Mukhriz. Kami akan ditunangkan bulan depan,” Farhana sudah nekad. Zakuan terpempam. Tidak menyangka rupanya kekerasan hati Farhana selama ini disebabkan salah sangka. Farhan perlu tahu yang dia memikat arhana bukan kerana ibunya. Tetapi kerana dirinya sendiri yang sudah terpaut pada Farhana sejak pertama kali mereka bertemu. Benarkah Farhana telah membuat keputusan menerima calon pilihan keluarganya?
“ Betul ke awak terima Mukhriz tu? Awak main – mainkan?” Zakuan memohon kepastian.
“ Ya,” ringkas jawapan Farhana.
“ Andai itu keputusan awak. Saya tak mampu menghalang Say atiada hak utnuk menghalang. Saya sedar siapa diri saya. Tak layak untuk bergandingan dengan gadis seperti awak. Sepatutnya saya cermin dulu diri saya sebelum cuba memikat awak. Saya doakan awak bahagia. Unutk pengetahuan awak, sejak pertama kali kita bertemu saya dah jatuh hati pada keperibadian awak. Saya cuba mendekati awak bukan kerana mak. Tetapi kerana keinginan saya sendiri yang dah lama ingin mengenali awak. Lama – kelamaan, saya mulai sedar yang saya... saya mencintai awak. Selamat tinggal Farah. Mulai hari ini saya tak akan ganggu awak lagi,” farhana terkedu. Beberapa ketika kemudian terdengar derap kaki Zakuan seperti meninggalkan dapur. Farhana terduduk. Dia memeluk kedua belah lututnya. Kepala di sembamkan di lutut dan dia menangis sepuas hatinya. Benarkah Zakuan menyukainya bukan kerana terpaksa? Benarkah selama ini Zakuan memikatnya atas kehendak dirinya sendiri?
Nabila yang baru pulang dari tapak pembinaan terkejut melihat Zakuan yang bergegas keluar dari dapur. Amal duduk berteleku di sofa.
“ Wan, ada apa ni?” Nabila menahan Zakuan daripada berlalu. Nabila melangkah ke dapur mencari kelibat Farhana. Dalam kesuraman malam, Nabila dapat menangkap bunyi esak tangis di sebalik peti kabinet dapur.
“ Farah. Kenapa menangis,” Zakuan yang mendengar Nabila menyebut perkataan menangis menghentikan langkah.
“ Farah. Kenapa ni Farah. Cerita kat aku. Siapa yang buat kau nemangis ni?” Nabila cuba memujuk. Perlahan Farhaan mengesot keluar dari celah kabinet. Nabila mengesat air mata yang masih mengalir di pipi Farhana.
“ Shhyy.. jangan menangis macam ni Farah. Bawa bertenang,” Nabila memeluk Farhana yang masih bersila di lantai dapur.
“ Zakuan....,”
“ Kenapa dengan Zakuan? Dia dah buat apa kat kau?” suara Nabila sedikit meninggi. Farhana menggeleng.
“ Tak... Bila.. aku bersalah pada Zakuan. Aku paksa dia lupakan aku. Aku dah buat keputusan. Aku akan terima lamaran keluarga Mukhriz,”
“ Farah.. kenapa? Kau kan tau siapa Mukhriz tu,”
“ Aku terpaksa. Ini bemi kebahagiaan Zakuan. Aku tak nak dia terima aku kerana terpaksa. Kerana Mak Mah. Lagipun dia dah ada kekasih. Kau sendiri nampakkan hari tu. Aku perempuan Bila. Aku tak nak lukakan hati perempuan. Aku dah nekad Bila. Aku akan cuba belajar menerima Mukhriz, ” Nabila menggeleng.
“ Farah... kenapa nak tipu duri sendiri? Kenapa tak nak luahkan perasaan sebenar kau pada Zakuan?” Farhana menggeleng.
“ Tak akan Bila. Dia sudah berpunya. Sejak hari tu, aku dah buang perasaan aku pada dia. Aku tak nak jumpa dia lagi. Dan aku tak nak ambil tahu lagi perasaan di apada aku,”
“ Kau dah salah faham Farah. Sebenarnya...”
“ Cukup Bila. Aku tak nak dengar apa – apa lagi,” Farhana masih lagi dalam pelukan Nabila. Nabila perasan kelibat Zakuan yang masih di situ. Nabila memberi isyarat agar Zakuan pulang dahulu dan memberi ruang unutk Farhana menenagkan fikiran. Zakuan akur. Dia berlalu dengan perasaan kecewa. Farhana telah mmbuangnya. Bukan dia yang membuang Farhana tetapi Farhana yang telah membuangnya.
Dalam perjalanan pulang, Zakuan teringatkan Azila. Lantas nombor telefon bimbit Azila di dail.
No comments:
Post a Comment