Alyssa bergegas ke perhentian bas berhampiran dengan Arked Cengal. Mastura sudah sedia menunggu di sana. Deruman enjin bas sudah kian menghampiri. Alyssa kecut melihat Mastura yang sudah bercekak pinggang. Matilah aku. Membebellah makcik ni.
" Tidur la tu," Mastura serkap jarang. Alyssa sekadar tersengih. Macam tau – tau je dia ni. Apa ilmu dia pakai agaknya.
" Yang tersengih – sengih tu kenapa? Cepat la. Bas dah nak sampai tu," Alamak. Mula dah makcik ni. Alyssa mempercepatkan langkah menghampiri Mastura.
" Rileks la. Bas pun jauh lagi tu. Kecohlah kau ni. Tak larilah CEPP tu dikejar," Mastura mencebik bibir. Geram dengan gelagat Alyssa yang sering ambil mudah tentang tugasan mereka. Alyssa serba salah. Kerana tertidur, dia telah terlewat dan mereka telah terlepas bas pertama petang itu. Dia rela andai Mastura memarahinya. Kelewatannya itu pasti menghadkan masa mereka unutk mencari maklumat yang dikehendaki di pusat sumber Chemical Engineering Pilot Plant atau ringkasnya CEPP. Sudahlah minggu sebelumnya pemergian mereka ke CEPP tidak mendatangkan hasil kerana pusat sumber tidak dibuka. Penat berjalan kaki dari Kolej Tun Fatimah ke Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli (FKKKSA) masih lagi terasa. Cadangan gila Alyssa agar mereka berjalan kaki sahaja ke sana memang gila. Alyssa serik dan mengajak Mastura menaiki bas kampus ke sana kali ini dan pastinyanya menelefon dahulu supaya mereka tidak pulang dengan tangan kosong.
Penat. Alyssa terbaring lesu di katil yang tidak empuk itu. Dia memeluk erat bantal peluknya. Matanya hampir sahaja terlelap. Mindanya tiba – tiba teringatkan sesuatu. Alyssa pantas bangun. Alyssa menyelongkar beg sandangnya. Sebuah sampul berisi di capai. Alyssa membuka sampul dan mengeluarkan isinya. Alyssa membaca kad jemputan tersebut sekali lagi. Jika semalam dia bagaikan mahu meraung membaca isi kandungan kad jemputan tersebut tetapi kali ini dia lebih tenang. Alyssa mencatat sesuatu di calendar yang terletak di meja tulisnya. 31 Ogos. Dia akan hadir. Alyssa tersenyum sendiri. Dia akan membuktikan bahawa dia seorang gadis yang tabah. Alyssa sudah menyusun rancangan. Alang – alang sudah di jemput, dia akan hadir. Walaupun pahit. Alyssa membuat perhitungan sendiri di dalam hati. Biar insan yang menjemputnya itu tahu siapa Alyssa.
Alyssa bangkit dari katilnya. Dia menuju ke bilik Widat. Alyssa menolak pintu bilik Widat tanpa menegtuk dahulu pintu bilik Widat.
" Widat, kau balik KL bila?" Widat yang sedang mengemas buku sedikit terkejut dengan kehadiran Alyssa. Widat menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa kena minah ni? Tiba – tiba tanya bila aku balik KL ni? Nak ikut gamaknya.
" Eh, janganlah buat muka terkejut. Aku nak ikut kau balik kampong ni. Bila kau balik?"
“ Betul ke ni? Ni mesti ada apa – apa ni. Ex-boyfriend kau nak kahwin ke?” Widat serkap jarang. Alyssa mengangkat kening. Lantas menyerahkan kad jmputan yang diterimanya petang semalam. Widat meneliti kad yang berada di tangannya.
" Wow. Siap hantar kat jemputan. Tak guna punya jantan," Alyssa hanya tersengih.
" Bukan dia yang jemput tapi tunang dia," bulat mata Widat mendengar keterangan Alyssa.
" Biar betul kau ni? Kau cool je?" Alyssa menepuk bahu Widat.
" Rileks la. Jantan bukan sekor je kat dalam dunia ni. Janganlah kalut makcik. Aku Cuma rasa tercabar je. Jadi aku kena sahut cabaran minah tu. Aku akan datang. Jangan dia ingat aku tak berani nak datang,"
' Syabas kawan. Aku akan sokong kau. A'ah. Sekali kau dah ikut aku, ajak la Mas dengan Ima datang sekali,"
" Bernas sungguh kepala otak kau. Aku sayang lebih kat kau," serentak dua sahabat itu ketawa riang.
************************************************************************************
Langkah Alyssa canggung di dalam majlis yang gilang gemilang itu. Berbaju kurung merah hati, Alyssa tenggelam di dalam kemeriahan majlis itu. Tidak sanggup untuk berlama di situ, Alyssa angkat kaki. Widat yang menemani hanya menuruti langkah Alyssa. Bungkusan hadiah berbalut kemas diserahkan kepada penyambut tetamu di pintu utama dewan. Alyssa melangkah dengan hati yang lega. Jika tadi dia merasa sangat kalah tetapi sebaik sahaja melangkah keluar, dia merasa bebas dan ingin terbang. Alyssa melangkah dengan tenang dan bersemangat. Widat menjadi sedikit hairan. Dia tahu emosi Alyssa tidak begitu stabil. Lantas dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja.
Sepanjang perjalanan pulang, Widat lebih selesa mendiamkan diri. Membiarkan Alyssa melayan sendiri perasaannya.
"Wid, aku rasa bebas sekarang. Sebaik sahaja kaki aku melangkah keluar tadi, aku rasa merdeka. Merdeka dari kenangan silam aku. Aku yakin kini dia memang bukan untuk aku. Aku doakan mereka bahagia. Dan aku, akan meneruskan sisa hidup aku dengan lebih tenang dan mencari sinar baru dalam hidup aku. Selepas ni aku akan tumpukan seluruh hidup aku kepada kerjaya yang akan aku bina. Aku akan menjadi Alyssa yang mampu menggegar dunia. Itu azam aku. Bukan kerana dia tapi kerana diri aku sendiri," Alyssa berkata dengan penuh semangat. Widat menpuk perlahan bahu sahabatnya itu. Widat yakin Alyssa begtu tulus dengan kata – katanya.
"Wei...dah alang – alang kita semua dah ada kat sini, apa kata esok kita.." Alyssa menggantung ayat. Widat mengangkat kening. Alyssa melirik nakal.
" Kita... "
" Enjoy!" Widat menyambung kata Alyssa. Kedua – duanya sama mengekek. Tawa reda. Alyssa menekan punat radio mencari stesen radio kegemarannya. Mendengar suara penyampai radio yang sudah tidak asing lagi pada pendengarannya, Alyssa berhenti menekan. Widat masih tekun memandu. Sesekali dua sahabat itu menyanyi mengikut lagu yang dimainkan di corong radio.
******************************************************************************

No comments:
Post a Comment