CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 7, 2013

Pelangi Ungu - Bab 8

Malam ini Alyssa terasa aneh. Aneh sekali. Wajah yang sudah lama tidak diundang tiba-tiba hadir dalam fikiran Alyssa. Bagaikan mimpi buruk. Ya! Mimpi buruk kerana Alyssa tidak pernah mahu wajah itu muncul lagi di fikiran apatahlagi di mata Alyssa. Serius! Alyssa tidak mahu. Alyssa juga tidak sudi utnuk menatap wajah itu. Wajah yang sudah Alyssa buang jauh - jauh . Wajah yang tidak mungkin pernah Alyssa undang lagi dalam kotak fikiran. Wajah yang sudah Alyssa lempar jauh ke dasar Laut Mati. Ya. Sejauh itu. Kalau boleh mahu Alyssa 'delete' dari 'memory card' juga 'recycle bin'. Biar tidak pernah ketemu lagi.

Namun siapalah Alyssa untuk menolak takdir Allah s.w.t. Wajah itu tiba - tiba muncul di depan mata Alyssa. Rasa mahu saja Alyssa lari. Tapi harus lari ke mana? Alyssa tidak punya pilihan. Lalu Layssa terpaksa menadap wajah itu dengan perasaan yang bagaikan di tolak-tolak untuk pergi.

Adib Ezra. Menyebut nama itu sahaja buat Alyssa rasa muak dan mahu terjun bangunan. Sebesar itu muaknya Alyssa pada pemilik nama Adib Ezra. Kalau diikutkan hati, mahu saja Alyssa lempang seribu kali muka tak seberapa tampan Adib Ezra. Tetapi Alyssa masih gadis yang tahu sopan santun. Lagi pula Alyssa sedang berada di majlis, walaupun sekadar majlis teman-teman sekolah. Alyssa tahu menghormati majlis. Alyssa tidak mahu kecerian majlis bertukar tragedi.Tragis tujuh keturunan jawabnya dan tujuh keturunan juga nama Alyssa akan disebut sebagai perosak majlis.

Saat Adib Ezra menyapanya, Alyssa tidak punya pilihan lain selain daripada melayani sapaan Adib Ezra. Dengan suku hati, pertanya Adib Ezra dijawab seadanya sahaja. Alyssa sedaya upaya 'meminjam' wajah 'biasa - tidak ada apa-apa' yang Alyssa belajar daripada watak Bree Van Da Kamp, salah satu watak dalam siri kesukaan Alyssa, Depserate Housewife. Sambil mengukir senyuman kepada Adib Ezra, mata fikiran Alyssa terbayangkan senyuman Bree. Makin lebar senyum Alyssa pada Adib Ezra. Biar koyak hati kau tengok senyuman aku yang lebar nih. Getus hati Alyssa. Misi Alyssa malam itu adalah untuk menunjukkan kepada Adib Ezra bahawa Adib Ezra tidak pernah meninggalkan kesan kedapa hidup Alyssa. Alyssa mahu Adib Ezra tahu yang Adib Ezra sudah tidak ada maknanya lagi kepada Alyssa. Walaupun ada sekelumit benci untuk Adib Ezra, namun tidak Alyssa tayangkan kerana menurut pujangga tak bertauliah bernama Widat, benci itu tandanya sayang. Maka, Alyssa tidak mahu Adib Ezra mengesan apa-apa perasaan sayang yang masih bersisa dalam hati Alyssa untuk Adib Ezra.

Sepanjang majlis, Alyssa duduk semeja dengan beberapa teman yang lain temasuk Syafik dan Adib Ezra. Alyssa tidak punya pilihan kerana Zaida sudah menyimpan satu tempat duduk untuknya di meja itu. Mujur Syafik yang duduk di sebelah Alyssa. Kebetulan pula Syafiq mengenakan kemeja sedondon dengan 'maxi dress' warna 'Emerald Green' yang dipakai Alyssa dan sedikit sebanyak telah mencuri perhatian dan usikan teman-teman mereka yang hadir. Alyssa sempat mengesan pandangan cemburu hati Adib Ezra. Dalam diam Alyssa tersenyum senang.

No comments:

Post a Comment