CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 30, 2011

Tentang Adinda - Bab 1

BAB 1 :

PENUH.

Jadual hujung mingguku sudah penuh diisi dengan agenda-agenda KERJA. Ya.. Kerja di hujung minggu. Aku sudah banayak kali mendengar rungutan teman – teman juga saudara mara kerna tidak berkesempatan menhgadiri majlis kenduri kendara gara – gara kerja di hujung minggu. Bukan kehendakku tetapi itu rezekiku. Aku hanya mempu memekakkan telinga mendengar rungutan demi rungutan yang singgah di telingaku saban waktu.

“Sorry Ja, dah penuh,” Arieza sekadar mengeluh. Silap Arieza juga. Majlis tinggal lagi dua bulan baru terhegeh – hegeh mencari si wedding planner yang sedang hangat di pasaran tika ini.

“ Ala Dind, boleh la. Aku bayar kau extra. Kau reject majlis yang sama tarikh dengan aku,” Arieza mencuba nasib dengan taktik kotor. Silap orang. Aku bukan begitu.

“Ish. Kau gila ker? Aku tak boleh buat macam tu. Ni periuk nasi aku Ja. Kau nak jatuhkan reputasi aku ke> Sedap – sedap je nak canle orang lain punya demi kepentingan kau yang reject aku sejak dua tahun yang lepas. Kau dah lupa semua tu? Tak malu ke ber’wedding planner’kan aku yang tak glamour ni?” Aku sudah tidak peduli lagi dengan perasaan Arieza. Kau tak kahwin kau punya pasal. Bukan masalah aku. Padan muka kau. Aish. Jahat jugak aku ni yer? Biarlah.

“Hmm… tak apalah Dind. Aku balik dulu,” Arieza meminta diri. Lega melihat Arieza melangkah meninggalkan kamar operasiku. Serba salah tapi… biarlah. Bukan salah aku. Salah dia sendiri yang terlalu sombong.

“Kak Dind, kenapa dengan akak tadi tu? Masam je muka dia. Membebel – bebel apa entah,” Zifa menerpa masuk sebaik sahaja melihat kelibat Arieza keluar dari kamar operasi Adinda. Adinda sekadar angkat bahu. Malas mahu ambil pusing. Zifa kelihatan hampa kerana gagal mendapat cerita sensasi.

“ dah, jangan nak menyibuk. Pergi buatkan Kak Dinda air. Haus la,” Zifa mencebik. Namun kaki tetap melangkah menuju ke dapur.

Aku memandang sekekliling kamar operasiku. Padat tetapi teratur. Teratur dalam erti kata aku bukan orang lain. Kalau menurut mama, kamar operasiku ini tak ubah macam ‘rebak anyut’ yang sama ertinya dengan ‘kapal karam’. Papa hanya setuju dengan komentar mama. Tetapi kalau di belakang mama, papa akan cakap kamar operasiku cukup comel dan ceria seperti aku. Kak Riana menyarankan aku untuk mencari rumah kedai untuk memudahkan aku berurusan juga lebih selesa dan cukup muat untuk menyimpan segala khazanahku. Abang Rizki sanggup menanggung biaya. Tapi aku belum bersedia. Aku katakan pada abang Rizki, bila aku dah bersedia, aku akan laporkan seberapa segera agar dia bersiap sedia dengan biaya yang aku perlukan. Abang Rizki sekadar mengangguk kurang yakin. Huh! Aku akan buktikan. Jangan terkejut jika aku menagih janji manis itu. Papa sekali lagi memberi galakan. Jika Mama selalu mengkritik, Papa sering memberi galakan dan membuat aku tersenyum di atas kritikan Mama. Kritikan membina kata Papa.

Jam 5. Aku ada temujanji dengan klien ku pukul 5.30. Aku bingkas mencapai kunci kereta dan menuju ke pintu. Pintu kamar ku biarkan tidak berkunci. Begitulah kebiasaannya. Aku langsung terlupa pada Zifa yang ku suruh mengambil air sebentar tadi. Zifa memang begitu. Sewaktu membuka pintu utama, aku melihat kelibat Zifa di ruang rehat, sedang enak menonton televisyen. Hampeh. Aku malas mahu ambil pusing. Lagipun aku bukan haus sangat. Sengaja mahu menyusahkan Zifa.

“Zifa! Air Kak Dinda mana?” sengaja mengejutkan Zifa yang sedang asyik sebelum menutup pintu dan bergegas ke kereta dan memandu keluar. Aku ada kurang setengah jam untuk sampai ke destinasi. Mujur hari ini cuti umum. Tiada kesesakan lalu lintas waktu begini.  

No.88, Lorong 9A. Betul. Aku terkesima sebentar. Di hadapan mataku kini sebuah rumah yang aku boleh kategorikan sebagai sebuah istana. Hmmm…bertuahnya siapa yang tinggal kat istana ni. Ah.. rumah keluarga ku pun apa kurangnya. Walaupun jauh lebih kecil tetapi rumah itu bagaikan istana buat kami. Di reka khas oleh Abah sebagai Arkitek tak bertauliah.

Aku mencapai organizerku di tempat duduk belakang. Pintu pagar perlahan – lahan terbuka seperti sudah mengetahui kehadiran aku di petang yang indah ini. Hmmm… tak berapa indah sebenarnya. Sedikit kelam. Kelam. Kenapa kelam? Aku mendongak ke dada langit. Cerah. Tetapi aku hati aku mendefinisikan petang ini sebagai kelam. Argh…biar saja.

Tanpa menunggu di jemput, kaki aku sudah melangkah masuk ke perkarangan istana ini. Wow. Tiada kata – kata yang mampu aku ungkapkan untuk menggambarkan rasa kagum aku pada tatarias halaman istana ini. Hati aku semakin teruja untuk menemui gadis bertuah yang mendiaman kediaman indah ini. Dia juga bertuah kerana telah memilih aku menjadi perunding majlis perkahwinannya yang sudah pasti akan di adakan dengan penuh gilang gemilang nanti. Tanpa sedar aku sudah memasang angan – angan. Alangkah indahnya jika majlis di adakan di kediaman ini sendiri. Tetapi malangnya, orang - orang kaya seperti mereka pasti memilih dewan eksklusif bagi meraikan tetamu jemputan yang sudah pasti terdiri daripada golongan – golongan VIP.  Very ‘Inggar’ Person. Inggar = Annoying = Menjengkelkan. Perkatan Inggar aku pelajari daripada seorang kenalanku dari Sarawak.

******************************************************************************

No comments:

Post a Comment