BAB 10
Nabila membetulkan duduknya. Dia menjadi tidak keruan. Jam tangan dibelek. Farhana sudah terlewat 15 minit. Dari kejauhan, Nabila terpandang sesusuk tubuh yang amat dikenalinya. Aidid Danial. Nabila lantas menyorokkan sedikit kedudukannya dari pandangan Aidid Danial. Dia berdoa semoga Aidid Danial tidak melihat kelibatnya di restoran makanan segera itu. Mujur dia memilih tempat yang agak tersorok.
Kehadiran semula Aidid Danial dalam hidupnya semestinya mengundang resah di hatinya. Walaupun dia sudah tidak lagi menyintai lelaki itu, tetapi kehadiran Aidid Danial bakal mengundang masalah kepadanya. Dia kenal Aidid Danial. Jauh di lubuk hati Nabila berdoa agar masa telah merubah siapa Aidid Danial. Nabila sudah lama melupakan Aidid Danial dan mengubur setiap kenangan bersama Aidid Danial.
Alam kampus yang penuh dengan warna cinta sudah di timbus sedalam – dalamnya dan tidak mungin akan diingati lagi. Membuka kuburan cinta itu hanya akan membuka luka lama. Nabila tidak akan menyerahkan hatinya untuk kali kedua pada lelaki yang telah menghancurkan perasaannya. Dia tidak tegar untuk hidup bersama lelaki yang tidak punya pendirian. Lelaki yang lemah dan mudah menyerah.
Hampir 20 minit menunggu, Farhana muncul dengan wajah masam mencerut. Nabila sedikit kehairanan. Apa kena minah ni? Masam tak tentu pasal.
“ Eee..geramnya aku. Melampau! Dia ingat aku ni anak patung ke?”
“ Hei..hei..apa kes ni?”
“ Zakuan tulah. Benci aku,” Nabila menahan tawa. Sudah mengagak punca kemarahan sepupunya itu.
“ Apa dia dah buat kali ni sampai kau marah menyinga macam ni?”
“ Ada ke patut dia tunggu aku kat carpark fakulti. Lepas tu dia paksa aku naik kereta dia dan berkeras nak hantar aku ke sini. Nak balik nanti dia suruh call dia jemput,”
“ Laa..ingatkan dia dah cium kau,”
“ Eee.. aku tengah marah ni. Kau ni..eee.. geram aku. Sama macam Zakuan tu,” Nabila menahan tawa.
“ Hmm... dah ada driver kau sekarang Farah. Tak apa lah Farah. Untung apa? Mana – mana pergi orang hantar orang ambil,”
“ Aku rimaslah Bila. Dia tu tak reti bahasa agaknya. Gila agaknya. Suka menyakitkan hati aku,”
“ Aku rimaslah Bila. Dia tu tak reti bahasa agaknya. Gila agaknya. Suka menyakitkan hati aku,”
“ Farah.. Farah.. kenapalah susah sangat kau nak terima Zakuan tu? Dia bermati – matian pikat kau. Kau pulak mati – matian menolak. Kau tak kesian ke?”
“ Tak ada masalah aku nak kesian. Kalau setakat nak pikat aku sebab mak dia, tak payahlah Nabila. Aku tak suka lelaki tak ikhlas macam dia. Dia sengaja nak balas dendam. Aku tahu Bila. Mak dia yang paksa dia pikat aku,” Nabila menggeleng. Farhana terlalu prejudis terhadap Zakuan. Biarlah. Semoag terbuka hati Farhana untuk Zakuan suatu hari nanti.
“ Orderlah Farah. Aku dah lapar ni,” Farhana mengangguk. Jika berlama – lama memikirkan Zakuan boleh gila dibuatnya. Selesai makan, dua gadis itu meniti setiap kedai yang ada di Plaza Angsana.
********************************************************************************************
Zakuan memandang jam di dinding. Sudah menghampiri jam 9 malam. Farahana yang ditunggu masih belum menalifonnya. Risau terbit di hatinya. Kenapa waktu begini Farhana masih belum mahu pulang? Zakuan kesal kerana tidak mengikut Farhana siang tadi. Dia tidak mahu membangkitkan lagi kemarahan Farhana. Sudahlah gadis itu memang sudah cukup marah bila dia berkeras mahu menghantar Farhan ke Plaza Angsana yang ada temujanji dengan Nabila, ditambah lagi dengan kecuaiannya yang tertinggal telefon bimbit di fakultinya. Dia terpaksa berpatah balik ke FSKSM. Sepanjang perjalanan, wajah Farhana masam mencuka. Segala pertanyaannya tidak dijawab. Farhana hanya diam membisu.
******************************************************************************
Farhana dan Nabila masih lagi leka berbual dengan Amirul, teman sekursus Farhana dulu. Tidak menyangka akan bertemu Amirul di situ. Sejak meninggalkan alam kampus, mereka sudah jarang berhubung. Deringan telefon bimbit Farhana menggangu perbualan mereka.
“ Hello. Ermm..masih.. tak payah. Saya boleh balik sendiri. Suka hatilah,” Farhana mematikan talian. Nabila mengerutkan dahi.
“ Siapa?”
“ Orang gila tulah. Dia nak datang sini,” Farhana menjawab malas.
“Oo.. kau dah ad apakwe ke Farah? Melepaslah aku,” Amirul mengusik.
“ Bukanlah. Orang gila mana tah,” Amirul menggeleng. Faham benar dengan Farhana. Dari dulu sehingga kini Farhana tidak pernah berubah.
“ Farah.. Farah..tak pernah berubah. Bila la kau nak terima lelaki dalam hidup kau? Yang sudah tu sudahlah Farah. Tak semua lelaki macam pakwe lama kau tu. Tu kan cinta monyet je,”
“ Siapa cakap aku ingat lagi pakwe lama aku tu. Dah tak ingat pun,” Nabila hanya tekun mendengar. Dia sengaja mengunci mulut untuk memberi peluang kepada dua sahabat yag sudah lama tidak bertemu itu.
“ Ermmm... Farah. Kenapa sepupu kau ni pendiam sangat? Berkenan aku,” Farhana hampir tergelak. Sekilas memandang Nabila yang sudah menunduk.
“ Dia segan kat kau kot. Kalau berkenan, aku boleh tolong aturkan. Dia single lagi,” Nabila mencubit paha Farhana.
“ Lepas ni bolehlah kau bagi nombor phone dia kat aku,” Farhana hanya mengekek. Nabila sudah merah mukanya. Menahan geram dan malu. Tanpa sedar, sepasang mata sedang memerhati. Zakuan di buru cemburu. Dia berjalan menghampiri mereka.
“ Ehem. Boleh join sekali. Farhana menoleh. Zakuan sudah tercegat di belakangnya. Farhana dapat menangkap renungan tajam Zakuan pada Amirul. Mereka saling berpandangan.
“ Err.. Zakuan kan?” Farhana sedikit terkejut. Amirul mengenali Zakuan?
“ Hmm..Amirul? Apa kau buat kat sini? Mana kau pergi? Lama menghilang. Dah berubah sekarang,” Zakuan dan Amirul berpelukan. Farhana dan Nabila terpinga – pinga. Zakuan mengabil tempat kosong disebelah Farhana. Duduk berhadapan dengan Amirul.
“ Kau apa cerita sekarang? Dah kahwin belum?” zakuan melirik pada Farhana.
“ Macam tu juga. Tak ada siapa nak kat aku ni Mirul,”
“ Ya ke ni. Bukan kau yang selalu jual mahal? Bukan aku tak kenal Zakuan Mansur. Memilih. Entah perempuan macam mana yang kau nak,” Zakuan ketawa kecil. Aku dah jumpa tapi liat betul nak tackle.
“ Dah jumpa. Tapi orang tak sudi,” ringas jawapan Zakuan.
“ Kau tak pikat betul – betul .Kalau nak tips daripada aku boleh je,” Amirul memandang Farhana sekilas. Dia dapat mengagak apa yang sedang berlaku antara Zakuan dan Farhana.
“ Kau apa cerita? Kerja kat mana sekarang ni?”
“ Aku dah jadi QS berjaya sekarang ni. Kau mesti dah jadi programmer terhandal kan sekarang?” Zakuan menggeleng.
“ Aku jadi lecturer kat FSKSM. Lepas degree aku buat master,”
“Ermm..a'ah..lupa pulak aku. Ni coursemate aku dulu. Farhana. Dan yang pendiam tu, sepupu dia,” Amirul sengaja menduga. Zakuan mengangguk.
“ Kenal,” Zakuan menjawab ringkas. Melihat wajah Farhana yang kurang senang dengan kehadirannya menjadikan Zakuan serba salah.
“ Kau jangan salah faham pula Wan, aku dengan Farah kawan je. Kau tak perlu risau. Kau tak ingat ke, dulu aku selalu story pasal kawan baik aku kat kelas. Ha, nilah dia. Farah,” Zakuan menepuk dahi. Baru teringat. Sewaktu sebilik dengan Amirul di KSDS dahulu Amirul sering bercerita tentang kawan baiknya yang bernama Farah dan sering cuba memadankan dia dengan Farah.
“ a'ah.. baru aku ingat. Kau selalu cerita pasal Farah,” Farhana jadi malu sendiri. Rupanya dirinya selalu menjadi perbualan di KSDS. Melihat renungan Farhana, Amirul lekas – lekas meminta maaf.
“ Sorry Farah. Kau jangan salah faham pula. Aku promote kau kat dia ni je dulu. Dia roommate aku kat KSDS dulu. Baik lagi tu. Ehehehe..” Farhana mendengus geram.
“ Dah. Jangan nak melobi aku pula. Tak berubah kau ni,”
“ Well.. you know me,” Amirul mendepangkan kedua – dua tangannya.
“ Aku nak balik dah ni. Dah lewat dah ni,” Farhana meminta diri setelah mendapat pesanan ringkas daripada Amal. Nabila mengangguk pada Farhana.
“ Biar aku hantar korang. Kau dok kat mana Farah?” Amirul menawarkan diri utnuk menghantar Farhana dan Nabila pulang.
“ Tak payah susah – susah. Adik aku dah tunggu kat depan. Oklah Amirul. Kalau turun JB jangan tak cari aku pula. Buang batu,”
“ Ok. Takde hal. Nanti aku turun JB aku mesti cari kau. Lain kali kita pekena seafood kat stulang,”
“ Boleh je. Kau belanja,”
“ Takde hal. Tapi ada syarat,” Amirul membisikkan sesuatu ke telinga Farhana.
“ Ooo.. boleh je. Nanti aku sms kau,” Farhana mengenyit mata pada Amirul. Berderai tawa dua sahabat lama itu. Zakuan menahan rasa melihat kemesraan Farhana dan Amirul. Dengan aku bukan main liat nak senyum. Tanpa pamitan, Farhana dan Nabila berlalu meninggalkan Zakuan bersama Amirul yang masih bersisa tawanya.
“ Degil,” Zakuan mengumam sendiri.
“ Rileks la kawan. Lama – lama oklah dia tu. Dah la. Jom lepak kat Stulang. Rindu la nak lepak kat situ,” Zakuan cuba mengusir rasa sebalnya terhadap Farhana. Kehadiran Amirul bagaikan orang mengantuk di sorongkan bantal. Taulah aku macam mana nak minta tolong Amirul nanti. Zakuan tersenyum riang.
No comments:
Post a Comment