CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 29, 2011

Kasih Farhana - Bab 3

BAB 3

Farhana duduk bersandar di kerusinya. Bebanan tugas menjadikan dirinya sentiasa berasa keletihan. Perbualan dengan ibunya minggu lalu menerjah ke benaknya. Dia jadi buntu dengan persoalan yang diutarakan oleh ibunya.
“ Kamu ni bila lagi nak kahwin Farah?” Farhana sudah lali dengan soalan itu.
“ Belum ada jodoh lagi mak. Macam mana nak kahwin,” Farhana membalas sambil lewa. Matanya masih lagi menatap majalah Mingguan Wanita.
“ Kamu tu perempuan Farah. Makin lama makin meningkat usia,”
“ Farah bukan tak nak kahwin mak. Tapi belum sampai seru,”
“ Ada – ada saja alasan kamu. Kamu tu memlih sangat. Kamu tengok Khalisah anak Mak Long kamu tu. Dah ada anak dah,” Farhana mengeluh halus mendengar kat a- kata ibunya, Arfah.
“ Hmm.. tak ada siapa yang nak kan anak mak ni. Kalau mak nak bandingkan Farah ni denga Khalisah tu, memang kalah 100 peratus la anak mak ni,” Arfah mencebik. Pandai betul anak daranya memberikan alasan.
“ Tak ada orang nak apanya. Si Kamal tu dulu kamu tak nak. Farouk anak Pak Lang Jumat pun kamu tolak. Yang macam mana lagi yang kamu cari agaknya,”
“ Mak, mak sendiri tahu, Kamal tu kawan baik Farah. Dah macam adik beradik dah. Kamal tu pun bukan nak kat Farah ni mak. Dia pun anggap Farah macam kawan je. Anak Pak Lang Jumat tu berlagak sangat la mak. Tak tahan Farah dengan dia. Mulutnya tak pernah nak bercakap merendah diri,”
“ Suka hati kamulah Farah. Mak bagi limit pada kamu. Kalau umur 25 ni kamu tak juga bawa calon jumpa mak, mak akan jodohkan Farah dengan anak Puan Zahrah,” Farhana nampak terkejut. Ibunya sudah memilih calon untuknya. Sebelum umur 25 kena ada calon? Maknanya dalam masa tak sampai setahun dia mesti dah punya calon. Mana aku nak cekup? Nak bercinta pun tak ada masa.
“ Mak, tak boleh up lagi ke mak? 26 ke? Farah dah 24 sekarang ni. Mana nak cari?” Arfah tersenyum mendengar permintaan Farhana.
“ Itu mak tak peduli. Kali ni Farah kena ikut cakap mak. Abah pun dah setuju dengan cadangan mak,” Farhana terpempam. Arfah meninggalkan Farhana yang masih terkulat – kulat memikirkan kata – kata ibunya sebentar tadi. Menggaru – garu kepalanya yang tidak gatal. Farhaan menggigit bibir.
Bunyi loceng mematikan lamunan Farah. Siapa yang datang malam – malam ni. Hati kecilnya merungut. Farhana menyelak langsir. Amal tercegat di hadapan pintu. Farhana melangkah malas ke pintu.
“ Ni apa mimpi datang malam – malam ni?” Amal hanya tersengih. Farhana menutup semula pintu dan menguncinya sekali.
“ Amal nak buat assignment. Kak Farah pakai komputer tak malam ni?” Farhana menggeleng. Amal tersenyum lebar.
“ Kenapa Amal tak minta Abah belikan PC? Kan senang sikit. Tak payah nak ulang alik ke ruamh akak ni,”
“ Nantilah kak. Akak tau je la duduk kat hostel. Bukan secure sangat. Tempat terhad pulak. Semak la tengok. Roomate Amal dah angkut PC, kalau Amal bawa masuk PC juga kan bertambah la sesak . Rimas la nak duduk bilik sempit,” Farhana tidak memberi sebarang komen. Dia faham benar dengan sikap adiknya. Sudah biasa tinggal di bilik yang luas, Amal nampak kurang selesa bila terpaksa tinggal di bilik yang agak terhad. Namun, Amal tidak pernah merungut dengan keadaan sekarang.
“ Esok tak ada kuliah ke Amal?” Amal menggeleng.
“ Esokkan Sabtu. Apa la Kak Farah ni. Itu pun lupa. Kata orang, kalau kita lupa hari, kita lupakan Tuhan. Tau tak?”
“ Hish. Nauzubillah. Suka hati je kau ni. Tak sayang mulut. Dah la. Amal dah makan belum?” Amal menggeleng.
“ Hmm... dah agak dah. Kejap Kak Farah nak mandi. Kita keluar makan,”
“ Boleh juga. Kita makan kat gerai hari tu masa dengan Kak Bila ya,” Farhana hanya mengangguk. Dia berlalu ke biliknya untuk mandi dan bersolat. Nampak gayanya hujung minggu Farahana tidak akan sunyi kali ini. Dia bercadang untuk mengajak Amal ke Kota Tinggi.

************************************************************

Farhana memandu melalui pintu gerbang UTS. Kemudian membelok ke Fakulti Alam Bina. Dia mencari tempat meletak kereta di hadapan Blok B11.
“ Kak Farah ni. Hantarlah Amal ke fakulti dulu,”
“ Amboi. Banyak cantik muka kau. Akak dah lambat ni. Ada hal nak jumpa dekan kejap. Amal jalan kaki je la. Bukan jauh pun fakulti Amal tu,”
“ Tak jauh Kak Farah cakap? FSKSM tu nun jauh di sana Kak Farah cakap dekat,”
“ Akak dah lambat ni Amal. Amal naik la bas UTS. Kan banyak lagi tu,” Farhana menunjuk ke arah perhentian bas FAB. Amal mengeluh. Leceh kalau naik bas. Kalau dah lewat begini memang ramai yang berpusu – pusu menaiki bas kampus.
“ Hmm.. nah, ambil kunci ni. Tapi tengahari nanti Amal pulangkan kereta akak. Boleh,” Amal menguntum senyum.
“ Ok. Tak ada masalah Puan,” Amal terus mengambil kunci kereta farhana dan memecut meninggalkan Farhana. Farhana hanya menggeleng.
“ selamat pagi Cik Farhana,” seorang siswi menegurnya. Farhana mengangguk kepala dan membalas senyuman gadis itu. Farhana kemudian melangkah menuju ke biliknya. Sampai di biliknya, dia memeriksa jadual kuliahnya untuk hari ini. Unutk sebe;ah pagi, dia hanya mengajar 2 waktu. Manakala 3 waktu di sebelah petang. Semuanya untuk subjek Matematik Binaan Tahun 2.

Dum. Amal panik. Sebuah kereta mengundur dan melanggar depan kereta kakaknya. Amal keluar dari kereta unutk melihat keadaan kereta Farhana. Lampu depan telah pecah. Amal menggaru kepala. Pemandu kereta tadi turut keluar.
“ Kan awak tahu saya nak keluar, kenapa awak dekat sangat?” Amal menahan hati. Pensyarah muda itu dipandang jengkel. Berlagak.
“ Mana ada dekat ni Encik. Encik yang terlebih undur. Padahal dah cukup space utnuk Encik pusing,” pensyarah muda itu masih nampak tidak puas hati. Lampu brek yang pecah diperhati. Amal semakin bimbang. Kalau Kak Farah tahu ni matilah aku. Apa aku nak cakap kat Kak Farah ni. Tanpa berfikir panjang, Amal mendail nombor telefon bimbit Farhana. Lega hatinya bila panggilannya di jawab.
“ Hello Kak Farah. Kereta kena langgar la. Boleh datang fakulti Amal sekarang,” kedengaran farhana mengluh di hujung talian.
“ Amal uruskan boleh tak? Akak ada kuliah kejap lagi. Amal ambik no phone orang yang langgar tu. Nanti Kak Farah discuss dengand dia,” Amal mengangguk dan mematikan talian.
“ Encik Zakuan, saya dah call empunya kereta ni. Dia cakap nanti dia discuss dengan Encik macam mana. Dia nak encik tinggalkan nombor phone. Nanti dia contact,” Zakuan tidak menunuggu lama. Terus sahaja menulis nombor telefonnya pada sekeping kertas dan menyerhkannya kepada Amal. Dia terus berlalu tanpa menunggu lebih lama di situ. Hatinya sebal. Kereta kesayangannyan telah calar. Amal hanya melihat Zakuan berlalu ke keretanya dan memecut keretanya keluar dari kawasan FSKSM. Amal memakir kereta di tempat yang dikosongkan oleh Zakuan sebentar tadi dan bergegas ke dewan kuliah. Dalam hati, dia menyumpah – nyumpah sikap Zakuan. Pensyarah muda itu memang dikenali dengan sikap yang berlagak. Semua warga FSKSM sudah maklum tentang hal itu.
Farhana memandang jam di dinding biliknya. Perutnya sudah mula berkeroncong. Dia melangkah keluar dari biliknya. Menuju ke bilik Siti Fatimah.
“ Assalamualikum,” Siti Fatimah yang sedang membaca sesuatu di atas mejanya mengangkat kepala.
“ Ha.. panjang umur. Hari ni makan kat Arked Meranti je la. Aku ada tutorial pukul 2 ni,” Farhana sekdar mengangguk. Merek berjalan beriringan ke Arked Meranti yang terletak berhampiran dengan B11. Walapun nampak dekat etapi terasa juga penat kalau berjalan kaki. Kelihatan beebrapa pelajarnya sedang duduk makan di situ. Ada yang menegur dan ada pula yang sengaja buat tak nampak. Farhana tidak kisah. Dia juga pernah bergelar pelajar. Tidak semua pelajar menyenangi pensyarah mereka.
“ Hai Cik Farhana. Makan?” seorang pelajarnya menegur. Farhaan mengangguk.
“ Dah nak habis ke?” kumpulan pelajar tadi mengangguk.
“ Boleh saya reserve meja?” mereka mengangguk. Farhana tersenyum senang. Selepas meminta kumpulan tadi menunggu sebentar di meja tadi sementara dia dan Siti Fatimah memilih lauk, Farhana bergerak menuju ke deretan gerai yang ada di situ.
“ Ya Allah,” Farhana terasa bahunya di rempuh dengan kuat. Pinggan di tangan hampir terlepas. Dia menoleh. Terpadang sesusuk tubuh yang sedang membelakanginya.
“ Kurang ajarnya,” Farhana berkata perlahan namun masih mampu di denagar oleh orang yang melanggarnya. Zakuan memusiangkan badan. Melihat empunya mulut yang begitu sedap mngatanya kurang ajar. Zakuan memandang sekilas dan berlalu pergi. Dia menympah – nyumpah di dalam ahti. Apalah malang nasibnya hari ini. Pagi tadi keretanya berlanggar dengan sebuah Honda CR-V. Tengahari pula dia sedap – sedap di kata kurang ajar. Dia bukan sengaja mahu melanggar gadis itu. Pedulikanlah. Malas mahu memikirkan soal yang remeh temeh begitu.
“ Amal..Amal. Macam mana Alam bawa kereta ni. Satu kerja lagi nak hantar repair. Entah berapa la lecturer Amal tu nak charge akak nanti,” Amal buat muka kesian mendnegar bebelan Farhana.
“ Sorry Kak Farah. Amal bukan sengaja. En. Zakuan tu yang lebih – lebih. Cakap Amal yang salah. Padahal memang dah cukup luas space Amal bagi untuk dia undurkan kereta dia tu. Berlagak dengan kereta baru dia tu,” Farhana menggeleng. Malas mahu menyambung.
“ Kak Farah tahu, masa kat kelas tadi dia sengaja kenakan Amal. Pantang Amal leka sikit dia tanya soalan. Marah benar dia kat Amal. Geram betul . Budak kelas pun pelik dengan dia hari ini. Angin semacam. Bila amal cerita kat diaoang yang dia terlanggar kereta Amal, kawan – kawan Amal pergi gelak,” Amal tertawa kecil.
“ Hmm.. elok sangatlah tu. Kang tak berkat ilmu korang baru padan muka,”
“ Ala, setakat Encik Zakuan tu, tak payah nak berkat – berkat ilmu dia. Berlagak. Lagi baik kalau dia tak mengajar. Buat sakit hati je. Budak – budak perempuan pun dah tak pandang lecturer berlagak tu. Perasan handsome,” giliran Farhana pula ketawa. Geli hatinya dengan kata – kata Amal.
“ Kejap lagi akak call dia. Nak sattlekan pasal acciddent tu,” Amal mengangguk. Dia kemudian masuk ke biliknya. Dia bermalam di rumah Farhana malam itu unutk menyiapkan sebahagian lagi tugasannya yang belum selesai. Farhana mendail nombor telefon yang terdapat pada cebisan kertas yang diberikan oleh Amal sebentar tadi. Setelah memperkenalkan diri secar ringkas, merek abersetuju unutk bertemu esok di FSKSM selepas tamat waktu kuliah terakhir Encik Zakuan. Selepas meeltak gagang. Farhana mengeluh sendirian. Bagaimanalah agaknya si Zakuan tuh. Dari segi cakap memang betul pun apa yang Amal ceritakan. Terus nak marah – marah. Biarlah. Esok jumpa taulah aku nak auta dia.

**********************************************************

Di Kampung Permai, Siti Nurasiyah duduk berteleku. Dia menangis sendirian. Hati bertambah sayu melihat adik – adiknya yang sedang nyenyak tidur. Kepulangan ibu tiri mereka petang tadi kembali meragut ceria di wajah mereka sejak seminggu yang lalu. Siti Nuraisyah dapat membayangkan bagaimanakah kehidupan mereka adik – beradik selepas ini. Rengekan Siti Nurrauhah mengalih perhatian Siti Nuraisyah.
“ shyy.. kenapa Raihah?” Siti Nurraihah bangun dari pembaringannya. Dia menggosok matanya.
“ Kak Cah, Raihah lapar,” setitis air mata gugur di pipi Siti Nuraisyah. Dia mengusap – usap ubun – ubun adiknya.
“ Sabarlah Raihah. Raihah tidur dulu. Esok pagi -pagi Kak Cah pergi rumah Nek Lara ambilkan nasi ya,” Siti Nurraihah mengangguk. Dia kembali terlena. Siti Nuraisyah turut mengulit matanya. Esok akan dilalaui dengan seribu derita dengan kembalinya si ibu tiri yang kejam. Ya Allah, semoga Kau sentiasa melindungi kami Ya Allah. Siti Nuraiysah terlena bersama kepedihan hati dan kesakitan hadiah daipada ibu tirinya petang tadi. Semuanya gara – gara mempertahankan adik – adiknya. Sebagai galang ganti, dia sanggup di pukul asalkan adik – adikny tidak dipukul.

**********************************************************************

Zakuan melangkah masuk ke dalam rumah. Datin Rahmah memerhati gelagat anak bujangnya. Datin Rahmah sudah maklum tentang kemalangan kecil yang berlaku siang tadi. Sudah berkali di nasihati anak itu agar tidak terlalu berkira dengan kerosakan yang sedikit itu. Namun Zakuan berdegil untuk menuntut ganti rugi.
“ Wan tak peduli. Dia mesti bayar untuk repair lampu yang pecah dengan calar kat bumper kereta Wan,”
“ Biarkan je la. Bukannya banyak sangat. Nanti mak bayarkan untuk kamu,” Datin Rahmah cuba memujuk.
“ Dia yang langgar, dialah yang bayar. Kenapa mak pula yang nak bayar,” kedegilan Zakuan memang sudah tidak dapat di lembutkan lagi. Datin Rahmah mengeluh. Dalam 3 orang anak bujangnya, yang satu ini agak degil jika di bandingkan dnegan abang dan adiknya. Selang usia hanya setahun, tetapi jarang sikap mereka terlalu jauh. Di dalam hati, Datin Rahmah berharap agar di lembutkan hati Zakuan suatu hari nanti.

*****************************************************************

Pagi – pagi lagi, Siti Nuraisyah sudah mengetuk pintu pintu rumah Nek Lara. Nek Lara yang sudah bangun tampak terkejut dengan kehadiran siti Nuraisyah di awal pagi itu.
“ Awal datang hari ni Cah?” Siti Aisyah yang termengah – mengah menarik nafas panjang.
“ Nek, nasi semalam masih lagi? Adik – adik kelaparan. Semalam tak makan,” Nek Lara tersentak. Cucu – cucu aku tak makan? Mana Endang?
“ Makcik kamu tak bagi makan?” Nek Lara menyoal. Siti Nuraisyah menggeleng. Siti Nuraisyah menceritakan pada neneknya tentang peristiwa yang berlaku semalam. Nek Lara menahan marah. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia memarahi menantunya itu. Namun dia sudah berjanji untuk tidak campur tangan lagi dalam urusan rumah tangga Hafsham dan Endang. Hanya simpati yang mampu diluahkannya pada cucu – cucunya. Nek Lara lantas teringatkan lebihan nasi dan lauk semalam. Kebetulan dia memasak lebih kerana menyangka Siti Nuraisyah adik – beradik akan makan malam di situ. Siti Nuraisyah membawa pulang mangkuk tingkat ke rumahnya. Dengan langkah berhati – hati, dia menyusup masuk ke bilik.
“ Raihah, bangun dik. Kak Cah bawakan nasi,” Siti Nurraihah memisat mata. Melihat sahaja nasi dan lauk di depan mata, siti Nurraihah menjadi segar. Kak Syu, Kak Uda, Abang.. bangun. Ada nasi,” 3 beradik yang tadinya nyenyak bingkas bangun. Siti Nuraisyah hanya melihat adik – adiknya makan.
“ Kak Cah tak makan?” Siti Nurhuda menegur. Siti Nuraisyah menggeleng. Dia sebenarnya lapar, tetapi setelah melihat adik – adiknya makan rasa laparnya beransur hilang.
“ Makanlah sedikit Kak Cah. Kak Cah tentu lapar,” Siti Nurhuda memujuk lagi. Siti Nuraisyah tetap menggeleng.
“ Kak Cah pergi mandi dulu. Kamu jangan bising sangat. Nanti kena tangkap makcik, susah kita,” adik – adiknya mengangguk. Di bilik mandi, Siti Nuraisyah menangis semahunya. Itulah yang terdaya dilakukannya untuk adik – adiknya.

No comments:

Post a Comment