Bunyi telefon bimbit Alyssa begitu membingitkan telinga. Alyssa hanya membiarkan sahaja telefon bimbitnya memekakkan telinga kerana Alyssa sedang sibuk menyiapka kertas kerja untuk dibentangkan kepada Pengerusi persatuan a.k.a Adha Adli. Salah Alyssa juga kerana suka mengerjakan seusuatu di saat-saat akhir. Itulah tabiat buruk Alyssa yang sukar untuk di kikis. Sekarang Iskandar sedang mengejar-ngejarnya untuk melihat hasil yang sepatutunya sudah siap hari ini. Rangka kertas kerja yang diserahkan oleh Iskandar kepadanya sejak minggu lepas baru selamam di beleknya. Sungguh Alyssa terlupa.
"Lyssa, kot ye pun kau tak nak jawab phone kau tu, please turn your phone to silent mode dear," Widat dari kamar sebelah sudah tidak tahan lagi mendengar bunyi bingit telefon bimbit Alyssa.
"Kuat eh bunyi phone aku?" Alyssa termalu sendiri.
"Macam nak pecah!" balas Widat. Alyssa hanya tersengih-sengih sambil menukar profile telefon bimbitnya kepada 'Silent Mode'. Widat mengambil tempat di atas katil Alyssa. Pelik melhat Alyssa yang terlebih sibuk hari ini sehingga tidak menyertai mereka yang lain bermain tenis pagi tadi. Alyssa malas mahu memperdulikan Widat. Alyssa meneruskan kerjanya. Ada masa sejam lagi sebelum pukul 12 tengahari. Sebelum makan tengahari nanti Alyssa mahu berjumpa dengan Iskandar.
"Yes!!! Siap!!" Alyssa menekan 'print' pada komputer ribanya. Alyssa lantas mencapai telepon bimbitnya untukemenghantar pesanan ringkas kepada Iskandar. 15 missed call! Alyssa bertawakal sahaja. Pasti Iskandar akan memarahinya sebentar lagi.
Iskandar terpaksa mengikuti seminar anjuran Jabatan Kejuruteraan Elektirik selama 2 hari. Kerana itu, Iskandar telah mengamanahkan Alyssa untuk menaip rangka kertas kerja yang telah disediakannya. Dengan harapan apabila dia selesai seminar hari ini, dia sudah melihat kertas kerja program yang dirancangnya bersama Alyssa sudah tersusun dan siap untuk di bentangkan kepada Pengerusi persatuan. Sejak pagi tadi, panggilan telefonnya tidak berjawab. Kalaulah Alyssa lelaki, sudah lama di menyusul Alyssa di bilik asramanya. Mesti tak buat lagi ni. Getus hati Iskandar. Dia bukan tidak tahu peel Alyssa yang satu itu. Pelupa dan suka buat kerja di saat-saat akhir. Dalam kegelisahan menanti panggilannya berjawab, satu pesanan ringkas masuk ke telefon bimbit Iskandar. Alyssa!
'Salam. Jumpa Lyssa kat Meranti pukul 12.30'
Ringkas! Iskandar sengaja tidak membalas. Dia berkira-kira mahu mengenakan Alyssa. Biar Alyssa turut merasa apa yang dia rasa. Iskandar bersiap ala kadar dengan baju-T dan jeans. Setelah mengunci pintu bilik, Iskandar terus berjalan menuju ke Arked Meranti. Dia tidak berniat untuk bertemu terus dengan Alyssa. Dia mahu menyeksa sedikit perasaan Alyssa. Sebab itu dia pergi lebih awal. Sampai di Arked Meranti, Iskandar mencari naik ke tingkat satu. Dia mencari sudut yang agak terpencil yang dia yakin Alyssa tidak akan dapat perasan kelibatnya di situ. Hampir sepuluh minit menunggu, Iskandar melihat susuk tubuh Alyssa memasuki Arked Meranti. Alyssa di lihat sedang mencari - cari tempat duduk. Iskandar masih lagi memerhati. Setelah melihat Alyssa mengambil tempat duduk, telefon bimbit Iskandar berdering. Nama Alyssa tertera di skrin telefon bimbitnya. Iskandar hanya membiarkan deringan mati begitu sahaja tanpa niat untuk menjawab pangilan itu. Sengaja mahu mendera Alyssa.
15 minit menunggu, Alyssa sudah tidak keruan. Pesanan ringkasnya tidak berbalas. Panggilannya juga tidak berjawab. Mana pulak orang tua ni? Rungut hati Alyssa. Alyssa memberi tempoh 10 minit lagi untuk menunggu. JEmarinya masih lagi ligat menekan nombor telefon Iskandar di telefon bimbitnya. Masih tidak berjawab. Alyssa jadi geram. Alyssa tidak mahu menunggu lagi. Alyssa terus angkat kaki meninggalkan Arked Meranti. Perut yang lapar tidak dipedulikan. Iskandar yang melihat Alyssa yang sudah bangun dan meninggalkan Arked Meranti segera turun untuk mendapatkan Alyssa.
"Alyssa!" panggilan Iskandar tidak di endahkan. Alyssa melayan rajuknya.
"Alyssa. Berhenti!" suara Iskandar tiba-tiba meninggi. Timbul perasaan geram di hatinya terhadap Alyssa yang degil. Langkah Alyssa terhenti. Namun dia tidak menoleh ke belakang. Takut untuk berhadapan dengan Iskandar. Jika di analisa dari suara, Iskandar memang sedang marah.
"Kenapa tak tunggu ? Tak sampai pun setengah jam! Abang tunggu Lyssa dari pagi tau tak? Kenapa Lyssa suka main-main macam ni? Bila nak belajar serius sikit. Be more responsible, Alyssa!" meskipun dengan volume yang rendah, intonasi marah, kesal dan geram tidak dapat di singkirkan. Alyssa kecut perut. Matanya fokus menghitung jemari kakinya. Juga fokus menghitung helaian rumput dan batu di jalan. Alyssa masih takut untuk menatap wajah Iskandar walaupun di sebenarnya terlalu ingin melihat seperti apa riak wajah Iskandar sekarang. Tanpa mengangkat wajah, Alyssa menghulurkan sampul surat berisi kertas kerja program kepada Iskandar. Setelah yakin sampul surat bersambut, Alyssa terus membuka langkah seribu menuju ke pintu masuk Kolej Tun Fatimah meninggalkan Iskandar. Dia tidak mahu Iskandar mengejarnya. Walaupun cuak melihat kemarahan Iskandar, jauh di sudut hati Alyssa terhiris bila Iskandar memarahinya.
Di pintu pagar KTF, Iskandar hanya mampu memerhati bayang Alyssa yang semakin menghilang. Terbit rasa kesal kerana meninggikan suara kepada Alyssa sebentar tadi. Iskanar hanya mampu berharap rajuk Alyssa tidak berpanjangan.
Pergilah Sepi (Part 3)
15 years ago
No comments:
Post a Comment