CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 29, 2011

Kasih Farhana - Bab 13

BAB 13
Zakuan mengaktifkan semula telefon bimbitnya. Semalaman dia mematikan telefon bimbitnya atas saranan Nabila. Sengaja unutk menguji Farhana. Nabila telah menerangkan segala – galanya tentang perancangan dan persetujuan antara Farhana dan ibunya. Hati Zakuan kembali berbunga bila Nabila menceritakan kemarahan Farhaan kerana kerterlanjuran bicaranya. Semalaman Zakuan memikirkan kemungkin daripada pertemuan Farhana dengan calon pilihan keluarganya. Dan semalaman juga Zakuan tidak dapat lena mikirkan kemungkinan Farhanan menyukai calon pilihan ibunya itu. Andai itu berlaku, pasti dia yang akan menanggung siksaan batin. Sepanjang malam Zakuan berdoa agar Farhaan menolak calon pilihan keluarganya.
1 message received.
Zakuan lantas menekan butang read. Nama Farhana tertera di skrin. Zakuan hampa kerana hanya pesanan kosong yang di hantar oleh Farhana. Mungkin dia tak tahu nak cakap apa. Mungkin dia malu. Zakuan membuat andai untuk menyedapkan hatinya. Beebrapa ketika kemudian, telefon bimbit Zakuan berdering. Nabila di talian.
“ Hello Bila. Apa cerita?”
“ Farah baru lepas call aku. Risau benar dia pasal semalam,”
“ So, apa keputusan dia? Dia terima mamat tu?”
“ Kau memang bernasib baik. Farah reject mamat tu. Kaki perempuan,”
“ Mana dia tau mamat tu kaki perempuan?”
“ Kenal masa sekolah dulu. Tapi mamat tu tak kenal Farah. Alah, mamat tu satu Kuching ni kenal. Buaya darat. Manalah si Farah tu nak. Sedangkan kau tu berkasar sikit dengan dia pun dia liat,” lega hati Zakuan mendengar penerangan Nabila.
“ Lega hati aku. Masih ada harapan nampak gayanya ni,”
“ Err.. aku nak bocorkan rahsia Farah,”
“ Apa dia?”
“ Tapi kau janji jangan cakap yang kau dah tau,” Zakuan bersetuju.
“ No hal. Ap a dia? Ceritalah cepat. Mana tau maklumat kau ni boleh membantu aku untuk tackle cousin kau yang degil tu,” Nabila tertawa kecil. Mengakui kata- kata Zakuan.

No comments:

Post a Comment