Semester baru. Alyssa juga bernafas dengan semangat baru. Lebih menyenangkan, bila satu blok dengan teman -teman tercinta. Blok H21 bakal pecah dengan kehadiran Alyssa and the gang. Cuti panjang selama tiga bulan diisi dengan latihan praktikal. Alyssa paling tidak suka bila cuti panjang akhir semester terpaksa diisi dengan latihan praktikal. Tidak merasa nikmat bercuti. Kata Alyssa. Lalu kakak Alyssa, Atilia akan menjawab. Bersyukurlah kerana merasa jugak 'cuti'. Dah kerja susah nak cuti. Sudahnya Alyssa hanya mampu tersengih sahaja.
Mengemas bilik di awal semester menjadi perkara yang paling Alyssa suka. Boleh susunatur bilik mengikut citarasa. Masa inilah sahaja Alyssa punya waktu untuk mendekorasi bilik. Kelengkapan bilik semester lepas masih boleh diguankan. Rak buku, karpet kecil, tikar dan beberapa lagi barang wajib ada di bilik Alyssa. Widat selalu komplen bilik Alyssa semak tetapi Alyssa selalu menjawab, walaupun semak Widat setiap hari lepak bilik Alyssa. Konon-kononya terasa seperti di rumah.
Alyssa mencapai telefon bimbit di atas meja. Kerja mengemas sudah selesai. Bayang Widat belum kelihatan. Jam di dinding di pandang sekilas. 3.30 petang.
"Widat! Kau kat mana? Berubah dah aku tunggu aku. Tau tak?" Alyssa lantas menjerit sebaik sahaja panggilannya di jawab Widat.
"Woi mangkuk! Sabar la. Tengah tunggu teksi ni. Macam tak paham - paham pulak kat sini susah cari teksi," Alyssa hanya mnegekek mendengar jawapan Widat. Dia memang sudah sedia maklum, mahu mendapatkan teksi di Hentian Sri Puteri memang agak susah.
"Saje je," Alyssa terus memutuskan talian. Dia kemudian berbaring di katilnya. Memerhati sekeliling biliknya. Katilnya di susun rapat ke dinding berhampiran pintu. Mujur biliknya di hujung sekali, maka pintu terletak di sebelah kiri bilik. Meja belajar dan rak buku di susun menghadap tingkap tingkap. Bolehlah Alyssa memandang bulan dan bintang ketika mentelaah buku pelajaran. Alyssa tersenyum sendiri bila perkataan mentelaah itu muncul di benaknya. Mentelaah konon. Berinternet mungkin.
Alyssa senyum lagi. Alyssa kembali memerhati. Almari pakaian telah di tolak ke sebelah kiri bilik. ruang di sebelah kanan yang kosong Alyssa dah letakkan rak memanjang untuk pantry. Di tengah bilik, Alyssa hamparkan karpet merah "Manchester United" yang telah di hadiahkan oleh papanya ketika Alyssa konvokesyen diploma 3 tahun lepas.
Perasaan rindu pada papa daa mama menyentak hati Alyssa. Sudah hampir 3 tahun papa dan mama pergi meniggalkan mereka adik beradik. Alyssa lantas menghadiakan Al-Fatihah kepada kedua orang tuanya. Semoga roh mereka sentiasa di cucuri rahmat. Amin.
Menunggu Widat yang tidak kunjung tida telah membawa Alyssa ke alam mimpi.

Widat menghempas pintu bilik. Dia bengang. Bengang dengan seorang mamat yang perasan bagus. Baru nak mula semester sudah ada yang menyirap darah perempuannya. Darah keturunan Tun Fatimah memang pantang dicabar. Sudahlah berebut teksi dengannya, mamat tu sengaja mencari pasal dengan merempuh bahunya yang pada ketika itu sedang sarat menggalas beg. Tanda protes kerana pakcik teksi mencadangkan agar mereka berkongsi saja teksi. Boleh jimat bayar separuh-separuh.
"Kalau ikutkan hati, tak ingin aku nak kongsi teksi dengan kau," bisik pemuda berlagak kepada Widat. Perlahan tetapi keras. Terus menyirap darah Widat. Belum sempat membalas, pemuda itu sedah terlebih dahulu meninggalkan Widat yang sedang menahan marah. Gunung berapi bila - bila masa sahaja bisa meletus.
"Kau ingat ko tu siapa? Bagus sangat? Boleh blah la. Aku pun tak ingin la nak kongsi teksi dengan kau!" jerit Widat sekuat hatinya.
Widat mendengus. Di dalam hati dia berdoa agar tidak dipertemukan lagi dengan lelaki berlagak itu lagi.
****************
Alyssa terjaga di tidurnya. Bunyi dentuman yang kuat benar -benar mengejutkan Alyssa. Alyssa memandang jam di dinding. 5 petang. 2 jam dia terlelap.
Alyssa teringat Widat. Alyssa bingkas bangun untuk melihat sama ada Widat sudah berada di bilik atau belum. Alyssa menolak pintu bilik Widat. Widat kelihatan sedang bersantai di atas katil.
"Oi! Makcik kot ye pun penat, alas la dulu tilam kau yang berhabuk 3 bulan tu," Widat tidak ambil pusing dengan teguran Alyssa. Dia bukan tidak tahu sikap Alyssa yang terlebih pembersih kalau tidak kena tempatnya.
" Kau ni kenapa Wid? Muka selenge jer? Apa dah jadi? Kau jumpa siapa tadi?" Alyssa yang tidak tahan dengan kebisuan Widat terus menyoal bertubi-tubi walaupun ada kemungkinan dia akan mendapat tempias kemarahan Widat. Tidak salah mencuba. Fikir Alyssa. Masih tiada jawapan daripada Widat. Alyssa naik bosan. Berkira - kira untuk berlalu ke biliknya.
" Ada mamat sewel tadi share teksi dengan aku. Bengang aku bila dia cakap aku rampas teksi dia. Macam ada nama bapak dia kat teksi tu," Widat akhirnya bersuara sebelum sempat Alyssa melangkah keluar.
"Laaa... ingatkan apalah sangat. Tak berbaloi buat muka ketat macam tu. Buat rugi umur jer. Makin bertambah garis usia kat muka kau,"
" Rasa bengang. Aku berdoa sangat yang aku tak akan jumpa mamat kerek tu lagi lepas ni," keluh Widat. Alyssa sekadar menggeleng.
" Dahlah. Universiti kita ni besar. Student beribu-ribu. Takkan jumpa punya la," kalau jumpa pun entah kau kenal lagi ke tak. Ayat terakhir tu Alyssa hanya sambung di dalam hati. Dia sudah arif dengan tahap memori Widat yang sukar untuk mengingati nama mahupun wajah orang - orang yang tidak tergolong di dalam senarai hariannya.
"Jom makan. Aku lapar la. Bila marah ni perut aku cepat lapar," Alyssa mencebik.
"Konon. Tak marah pun ko memang berselera jer aku tengok," Widat menjegilkan matanya kepada Alyssa. Hampeh punya kawan!

No comments:
Post a Comment