CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 29, 2011

Kasih Farhana - Bab 15

BAB 15
Zakuan merenung potret yang tergantung di dinding di sebalik almari pakaiannya. Dia sengaja menggantung di tempat yang tersorok unutk mengelak pandangan ibunya. Potret wajah farhana yang sedang tersenyum manis di majlis persandingan sepupunya bebarapa bulan lalu sengaja dibesarkan. Zakuan teirngatkan Farhana. Sepatutnya hari ini Farhana akan balik ke JB. Zakuan bergegas ke bilik mandi. Dia merancnag unutk mejemput Farhana di lapangan terbang. Mengikut jadual, Farhana akan sampai pukul 11.15 pagi. Kalau terlambat pasti Farhana tidak akan dijumpai. Dia maklum tentang sikap menepati masa Farhana.
Farhana mengheret sebuah beg pakaian dan menyandang sebuah beg bimbit. Farhana mencari – cari kelibat Nabila. Nabila berjanji unutk mengambilnya. Sepuluh minit menunggu, farhana akhirnya menghampiri kaunter tiket teksi. Dia yakin Nabila terlupa mengambilnya. Tak boleh di harap. Gerutu hatinya. Sampai di rumah, Farhana menekan loceng. Muncul Nabila di muka pintu dengan wajah terkejut.
“ Farah, kau balik naik teksi ke?” Farhana sekadar mengangguk.
“ Kau tak ambil aku. Aku naik la teksi,” Nabila menggaru kepalanya. Seingatnya, Zakuan yang beria – ia unutk mengambil Farah di lapangan terbang. Kanapa boleh naik teksi pula minah ni? Takkan gaduh lagi dengan Zakuan. Tapi dari riak wajah Farhana tiada petanda – petanda yang Farhana bergaduh dengan Zakuan. Farhana menonong masuk ke rumah. Dia keletihan. Farhana terus ke biliknya. Merebah badan di atas katil. Nabila hanya melihat. Dalam kekalutan, telefon berdering. Nabila lantas mengangkat gagang.
“ Farah dah sampai?”
“ Apalah kau ni. Dia balik naik teksi tadi tau tak. Nasib baik dia tak marah aku sebab tak ambil dia kat airport. Kau ni cari nahas betullah,”
“ Aku terlambat sikit tadi. Bila aku sampai sana dia dah tak ada. Sorry. Aku terlupa,”
“ Hish.. banyaklah kau punya pelupa,”
“ Farah marah ke?”
“ Taklah. Dia biasa je. Cuma nampak letih sikit. So, plan bodoh kau tu masih nak berjalan ke?”
' Aku ubah plan,” Zakuan menerangkan plannya kepada Nabila. Nabila tekun mendengar sehingga tidak menyedari Farhana sedang memerhatikannya dari tingkat atas. Farhana mengerutkan dahi. Gayut dengan siapa monyet tu? Cakap bukan main perlahan.
Nabila meletakkan gagang telefon.
“ Ehem. Dah jadi monyet nampak,” Nabila tersentak. Tidak menyedari bila masanya Farhana menghampirinya.
“ Eh, bukan dah lama ke aku jadi monyet?” Nabila cuba menutup gugup. Bimbang akan terlepas cakap tentang rancangan Zakuan unutk mengenakan Farhana.
“ Farah, jom keluar. Aku dah lama tak keluar. Kita lepak Danga Bay ke? Tak pun pergi shopping kat CS ke Angsana ke? Kalau tak pun kita keluar makan kat Singgah Selalu ke?” Farhana memandang Nabila pelik. Apa kena budak ni. Tiba – tiba ajak aku keluar ni. Nak suruh aku jadi tiang lampu ke?
“ Ko nak dating ke? Nak suruh aku jadi lamp post erk?” Farhana serkap jarang.
“ Tak adalah. Aku dah lama tak keluar dengan kau. Jomlah Farah. Aku laparlah,” Nabila buat muka kesian.
“ Yelah yelah. Aku nak mandi kejap,” Nabila mengangguk.
Farhana dan Nabila makan tengahari di Restoran Singgah Selalu di Pantai Lido. Farhana memilih tempat yang agak tersorok. Dari kejauhan, Nabila terlihat kelibat Zakuan yang sedang menjamu selera dengan seseorang.
“ Err.. Farah. Macam Zakuanlah. Oopss..” Nabila menutup mulutnya. Farhana mengangkat kening.
“ Salah orang kot. Bukanlah. Aku salah tengok,” Farhana sudah meliar mencari kelibat Zakuan. Akhirnya pandangannya terhenti pada sepasang teruna dan dara yang sedang menjamu selera di satu sudut. Zakuan. Farhana berlagak biasa walapun hatinya di timpa pelbagai soalan. Siapa gadis itu? Semudah itu Zakuan mengejar gadis lain. Farhana mengambil tempat duduk dan mula memesan makanan. Nabila di hadapannya hanya memandang.
“ Oit. Yang kau tercegat lagi tu kenapa? Aku dah lapar ni,”
“ Err.. aa.. yelah,” Farhana dan Nabila mula memesan makanan. Nabila memerhati gelagat Farhana yang bersahaja. Tiada riak cemburu di wajah Farhana. Biar betul minah ni. Tak nak serang ke Zakuan tu? Curang depan mata. Peliknya budak ni. Tapi dalam hati dia siapa tahu? Entah – entah dah bagai nak pecah. Nabila bermonolog sendiri. Selepas makan, Nabila cuba bertanya Farhana.
“ Farah, kau tak jealous ke tengok Zakuan dengan perempuan lain?” Farhana yang sedang menyedut minuman hampir tersedak.
“ Nak jealous apa. Bukan pakwe aku pun,” Farhana menjawab selamba.
“ Sikit pun tak ada ke?”
“ Yang kau sibuk tanya ni kenapa? Kau jealous ke?”
“ Eh. Apa kena – mengena dengan aku pulak?”
“ Bila.. Bila.. aku dengan dia tak ada apa -apa. Tak ada sebab untuk aku cemburu. Lagipun, aku tahu dia cuba pikat aku pun sebab mak dia. Bukan sebab dia memang sukakan aku. Elok juga kau terlepas cakap hari tu. Sekurang – kurangnya dia berpeluang untuk buat pilihan sendiri. Tak perlu ikut pilihan mak dia. Dia pun dah penat agaknya nak tackle aku. Biarlah Bila. Dia berhak keluar dengan sesiapa sahaja yang dia suka. Dan aku tak ada hak untuk cemburu,” Hujah Farhana tidak dapat dipatahkan lagi. Nabila akur. Nabila tahu, salah satu punca kenapa Farhana terlalu sukar menerima Zakuan ialah kerana menyangka Zakuan bertindak memikatnya atas desakan Datin Rahmah.
“ Dahlah Bila. Kau pula yang monyok ni kenapa? Berkenan ke kat Zakuan tu?”
“ Ish. Tak adalah. Amirul aku nak letak kat mana,” Alamak. Terlepas cakap lagi. Farhana tersenyum – senyum memandnag Nabila.
“ Ooo... dah on la ni erk? Tak bagitau aku pun,”
“ Err.. bukan tak nak bagitau. Cuma belum tiba masanya. Dahlah jom balik. Esok nak kerjalah,” Selepas membayar bil, Farhana menuruti langkah Nabila ke tempat letak kereta. Sempat juga ekor matanya melirik pada Zakuan dan pasangannya. Hatinya sebal. Begitu mudah Zakuan berpaling kasih sedangkan sebelum ini Zakuan begitu beria – ia menarik perhatiannya. Seminggu ketiadaannya, Zakuan sudah mencari yang lain. Andai Zakuan berubah kerana Mukhriz, Farhana boleh menjelaskan kedudukan sebenar tetapi Zakuan tidak pernah memberi peluang. Telefon bimbitnya sering tidak aktif. Biarlah. Bukan mati pun tak ada dia. Farhana terus berlalu.


Zakuan sekadar memerhati Farhaan berlalu pergi meninggalkan Restoran Singgah Selalu. Zakuan dapat menangkap lirikan mata Farhana. Riak wajah gadis itu nampak biasa – biasa sahaja. Tidak pula menunjukkan riak cemburu atau marah. Betul ke apa yang Nabila cakap? Entah -entah Nabila sengaja nak kenakan aku. Kalau betul Farhana sukakan aku, tentu dia nampak sedih atau marah. Ini tidak. Tetap dengan wajah selamba. Zakaun menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“ Abang Wan. Tengok apa tu?”
“ Tak ada apa – apalah. Zila dah habis makan ke?”
“ Tahun lepas lagi dah habis makan dah. Abang Wan tu je yang asyik dok termenung tak tentu pasal,” Zakuan tersengih memandang adik sepupunya.
“ Oklah. Jom abang hantar balik,” Azila mengangguk.
Di dalam kereta Azila ingin mengetahui apa sebenarnya yang menyebabkan Zakuan begitu baik hati mengajaknya keluar makan hari ini.
“ Abang, Zila tanya sikit boleh?”
“ Apa dia,”
“ Kenapa tiba – tiba je belanja Zila makan hari ni? Mimpi kena pinang ke?”
“ Err... kenapa erk? Entah. Abang pun tak tahu. Kenapa? Takut kantoi ngan pakwe ke?”
“ Tak adalah. Saje je tanya. Bukan Zila tak tahu, abang Wan lah sepupu Zila yang paling kedekut,”
“ Amboi. Sedapnya mengutuk. Iye ke abang ni kedekut?”
' Tak adalah. Acah je. Abangkan sepupu favourite Zila. Err.. Zila tanya lagi boleh tak?”
“ Apa dia?”
“ Perempuan yang abang asyik dok pandang tadi tu macam kenallah. Macam lecturer kat UTS,”
“ Farhana,” Zakuan menjawab ringkas.
“ Oooo... Farhana yang selalu Mak Long sebut – sebutkan tu. Kenapa? dah berkenan ke?”
“ Tu yang abang tengah pening ni. Macam mana nak tackle dia. Keras hati,”
“ Oooo.. tadi tu sengajalah ye. Nak buat Cik Farhana tu jealous?” Zakuan mengangguk.
“ Zila dah agak dah. Kenapa tak cakap awal – awal. Abang Wan ni pun satu. Nak tackle perempuan pun tak reti. Kacang jelah,”
“ Alah kamu tu. Macam reti sangat. Budak kecik,” Azila mencebik. Mereka sudah sampai di hadapan blok H04, Kolej Tun Fatimah.
“ Oklah abang Wan. Lepas ni belanja – belanjalah Zila lagi. A'ah, sebelum Zila terlupa, nak takcle Cik Farhana tu senang je. Member Zila ramai budak FAB. Nak kitaorang tolong anytime je,”
“ Iyalah tu. Budak – budak jangan masuk campur urusan orang tua,”
“ Eleh. Tua la sangat. Nanti budak – budak ni juga yang dia nak minta tolong,” Zakuan mencebik. Zakuan menghulurkan sekeping not 50 kepada Azila.
“ Ni duit rasuah ke hadiah?”
“ Banyak la Zila punya rasuah. Ambik buat belanja. Abang Wan tak ada niat nak rasauah tau. Halal tu,”
“ Thanks. Tak sia – sia Zila cakap abang wan favourite cousin Zila,”
“ Dah. Jangan nak merepek. Cuti sebulan nanti balik rumah Mak Long. Jangan balik rumah kawan pulak. Mak ayah kamu kat sana harapkan mak long jaga kamu kat sini, dia memandai pulak balik rumah kawan,” Azila tersenyum. Sekadar mengangguk dengan bebelan Zakuan. Sebelum berlalu dia menyalami Zakuan dan mencium tangan Zakuan.

GTO merah sudah berlalu meninggalkan perkarangan blok H04. Azila masih tercegat di depan blok. Farhana. Dia selalu melihat Farhana di Arked Meranti. Dia juga tahu Farhana kawan baik sepupunya Siti Fatimah. Dan satu lagi yang dia tahu, Farhana kakak kepada Amal, jejaka pujaannya. Azila tersenyum sendiri.
“ Oit, Zila. Dah jadi patung bernyawa ke? Tadi tu siapa? Handsome la. Pakwe erk?” seorang senior menegur Azila.
“ Eh, Kak Zura. Tak la. Sepupu Zila. Oklah Zila masuk dulu,” Azila terus berlalu meninggalkan Azura. Dia tahu sangat dengan perangai Azura yang pantang melihat lelaki tampan dan berkereta mewah.

No comments:

Post a Comment