BAB 5
Tok! Tok! Tok!
Kedengaran pintu bilik di ketuk. Fahana membetulkan duduknya.
“ Masuk,” pintu bilik di tolak dari luar.
“ Morning Farhana,” Farhana menguntum senyum.
“ Siti. Duduklah. Apa mimpi cari aku pagi – pagi ni?” Siti Fatimah mengambil tempat di hadapan Farhana. Siti Fatimah menghulurkan sekeping sampul merah jambu pada Farhana.
“ Kau nak kahwin ke Siti? Bila kau bertunang?” Siti Fatimah tersenyum memandang Farhana.
“ Aku kahwin terus . Tak main la tunang – tunang ni. Buat penat je,”
“ Biar betul kau ni?”
“ Kawan sekolah aku. Entah macam mana baru – baru ni jumpa boleh jatuh cinta pula,” Siti Fatimah kelihatan malu -malu.
“ Minggu depan. Boleh aku bawa sepupu aku sekali. Adik aku mesti sibuk nak pergi,”
“ Boleh. Apa salahnya. Bawa bakal suami kau pun boleh,” Farhana membulatkan matanya.
“ Oklah Farhana, aku ada lecture ni. A'ah, kau kena datang awal tau. Aku nak minta tolong kau buat gubahan. Kaukan expert,”
“ Ermm..boleh juga. Kau punya pasal 7 hari 7 malam pun aku sanggup,” Siti Fatimah tertawa senang mendengar kata Farhana.
********************************************************************************************
Rumah banglo sederhana besar itu sudah meriah dengan sanak saudara. Majlis bersanding akan diadakan esok. Farhana sudah datang sejak pagi tadi bersama Nabila. Farhana sedang sibuk membantu Siti Fatimah dengan hantaran. Begitu juga dengan Nabila. Sambil tangan membentuk barang hantaran menjadi gubahan yang cantik, mulut juga tidak henti bercerita. Lebih meriah dengan kehadiran Datin Rahmah, ibu saudara kepada Siti Fatimah.
“ Kalau kamu nak tau, Siti ni dulu masa kecik – kecik. Lasak. Kalah sangat anak bujang Mak Mah kalau nak dibandingkan dengan Siti ni. Tak cukup dengan lasak, kreatif pulak tu. Kalau setakat panjat pokok tak apa juga. Siap ganutng tali kat daha pokok. Kononya nak jadi tarzan,” Siti Fatimah sudah tertawa besar bila kisah masa kecilnya di ungkit oleh Datin Rahmah.
“ Ish. Mak Long ni. Korang jangan dengar cakap Mak Long aku ni. Banyak air je tu,”
“ Tak sangka pula aku. ”
“ Kamu dah kahwin Farhana?” Farhana terkejut dengan soalan Datin Rahmah. Perlahan menggleng.
“ Calon dah ada? Mesti dah ada ni. Betul tak?” Farhana hanya sekdar menggeleng. Mujur Nabila tiada di situ. Nabila mengikut Siti Fatimah ke dapur sebentar tadi.
“ Pelik juga Mak Mah. Takkan orang secantik Farhana ni tak ada pakwe lagi,” Farhaan tertawa kecil.
“ Cantik apanya Mak Mah. Biasa saja. Hmm..tak ada orang nak,” Datin Rahman tersenyum.
“ Baguslah kalau macam tu,” Farhana mengerutkan dahi. Datin rahmah tersedar akan kesilapannya.
“ Maksud Mak Mah. Baguslah kalau Farhana ni tak ada calon lagi. Mana tau Mak Mah boleh jadi mak mertua,” Farhana termalu sendiri.
“ Anak Mak Mah Si Wan tu single lagi. Lebih kurang sebaya je dengan Farhana ni. Nanti Mak Mah perkenalkan. Dia ada kat luar rasanya. Dia tu rapat dengan Siti Fatimah ni. Dah macam adik – beradik. Maklumlah Mak Mah tak ada anak perempuan. Semuanya panglima. Wan tu yang ke dua,” Farhana sekadar mengangguk mendengar cerita Datin Rahmah. Dia mula rasa tidak sedap hati. Dia menyenangi Datin Rahmah. Wanita yang berperwatakan lembut dan penuh pengertian. Tetapi itu tidak bermkana dia mahu menjadi menantu Datin Rahmah.
*******************************************************************************************
Zakuan memakir keretanya di luar pagar rumah Mak Ngahnya. Majlis perkahwinan adik sepupunya akan berlangsung esok. Dia mengamati sebuah Honda CR-V. Macam pernah melihat CR-V tersebut. Unutk seketika Zakuan cuba mengingati namun ingatannya gagal untuk mengingati CR-V tersebut. Zakuan membiarkan sahaja dan berlalu ke halaman banglo Mak Ngahnya.
“Alamak, macam mana nak lalu ni,” ketika hendak masuk melalui pintu hadapan, beberapa orang sepupunya sedang mengangkat keluar sebuah sofa untuk di simpan di garaj. Zakuan menghala ke pintu belakang. Di dapur agak lengang. Zakuan mencari kelibat ibunya. Tadi dia seperti mendengar suara ibunya berbual – bual di ruang tamu. Zakuan menjenguk ibunya. Memang ibunya sedang berdiri di pintu.
“ Mak, buat apa kat depan pintu ni,” Datin Rahmah terkejut disergah tiba – tiba.
“ Ish. Anak bertuah. Terkejut mak,” Zakuan tersengih. Zakuan mengenguk ke luar.
“ Mak tengok apa kat luar tu mak?” Datin Rahmah teringtkan Farhana. Gadis yang baru dikenalinya pagi tadi. Dia berkenankan Farhana dan berharap agar anaknya juga turut berkenankan Farhana.
“ Bakal menantu mak,” Zakuan mengerutkan dahinya. Bakal menantu? Awek Zarul ke?
“ Awek Zarul ke mak?” Datin Rahmah menggeleng.
“ Mak nak jodohkan dengan kamu,” terkejut Zakuan dengan keterangan ibunya.
“ Mula dah. Tak payahlah mak. Entah siapa – siapalah yang mak berkenankan tu,”
“ Kamu tak tengok lagi Wan. Cantik. Hormat orang tua. Kalau jadi menantu mak, bahagia mak Wan,”
“ Mak..mak..suka hati mak je. Entah budak tu isteri orang ke. Tunang orang ke? Awek orang ke? Kita mana tahu,”
“ Itu mak dah siasat. Jangan risau. Kalau Wan suka, mak lagi suka,” Zakuan menggaru kepalanya yang tak gatal. Fikirannya menerawang pada seraut wajah yang baru dikenalinya beberapa bulan lalu. Kemalangan kecil itu telah memberi impak besar padanya. Farah. Itulah nama gadis yang sentiasa hadir dalam fikirannya. Kata – kat Farah juga tidak mungin akan dilupakannya. Tiba – tiba dia teringat sesuatu.
“ Siapa nama budak yang mak berkenan tu?” Datin Rahmah tersenyum.
“ Farhana. Kenapa? Berminta?” Zakuan sedikit hampa. Bukan sebuah Honda CR-V kat Johor ni. Zakuan menggeleng.
“ Mak tak nak balik ke?”
“ La, kamu ni datang nak jempu mak ke? Kan mak dah cakap mak bermalam kat sini,” Zakuan menepuk dahi. Terlupa.
“ Tak apalah mak. Kalau macam tu Wan balik dulu,”
“ Iyalah. Esok jangan datang lambat. Mak nak perkenalkan kamu pada Farhana,” Zakuan tidak memberi sebarang reaksi. Setelah menyalami Datin Rahmah, dia berlalu ke keretanya.
*******************************************************************************************
Awal – awal lagi, Farhana sudah berada di rumah Siti Fatimah. Tidak sabar rasanya unutk melihat sahabatnya itu menjadi pengantin. Sampai di bilik andam, Farhana mengetuk pintu. Siti Fatimah sudah siap berbaju pengantin. Siti Fatimah tampak anggun dengan busana pengantin hijau pucuk pisang. Di dalam hati Farhana memuji kecantikan sahabatnya itu.
“ Selamat pengantin baru Siti,” Farhana menghulurkan sebuah bungkisan berbalut kemas pada Siti Fatimah.
“ Thanks Farhana,” siti Fatimah menyambut bungkusan hadiah pemberian Farhana.
“Ramai student kau kat luar tadi,”
“ Iya ke? Tak sangka mereka nak datang,”
“ Mestila datang. Cik Siti kesayangan. Lepas ni dah tak ada dah Cik Siti. Dah jadi Puan Siti dah lepas ni,”
“ Pandai la kau. Kau bila lagi?”
“ Aku? Kau cariaknlah,” Farhaan berseloroh.
“ Abang Wan aku ada. Kau nak?”
“ Hish. Tak ada la. Aku gurau je,”
“ Kalau kau nak apa salahnya. Dia baik. Masih belum berpunya. Nanti aku kenen – kenen kan,” Farhana menggeleng.
“ No thanks. Aku keluar dulu la Siti,”
“ Eh, kau nak kemana tu? Jangan lupa. Kau jadi pengapit aku hari ni,” Farhana menepuk dahi. Baru dia teringat.
“ Keluar kejap je. Nanti aku masuk balik,” Siti Fatimah sekadar menganguk. Melihat Farhana berlalu, Siti Fatimah tersenyum sendiri. Dia membayangkan seraut wajah milik abang sepupunya. Padan. Bisik hatinya.
*******************************************************************************************
Zakuan memutar – mutar kunci keretanya di jari. Hatinya begitu girang. Dia bagaikan bermimpi di siang hari. Bebelan Datin Rahmah kerana keenganannya bertemu dengan gadis pilihan ibunya itu tidak dipedulikan. Hatinya begitu asyik menyanyi riang. Datin Rahmah hanya menggeleng melihat telatah Zakuan. Geram hatinya kerana Zakuan enggan bertemu Farhana. Entah apa yang di sukakan sangat oleh anak itu. Senyumnya meleret sejak tadi.
“ Wan, kenapa Wan tak nak jumpa Farhana tadi,” Zakuan masih tersenyum meleret.
“ Nanti – nantilah mak,”
“Nanti – nanti tu bila. Bukannya si Siti kahwin tiap minggu,” Zakuan tergelak kecil.
“ Mak, Wan nak tunjukkan pilihan Wan, mak tak nak. Jadi, Wan pun tak nak la jumpa calon mak tu,” Datin Rahmah mendengus.
“ Huh, ada – ada je kamu ni. Jangan menyesal nanti Wan,” Datin Rahmah meninggalkan Zakuan sendirian di ruang tamu. Zakuan masih lagi terbayangkan seraut wajah bersahaja milik seorang gadis bernama Farah. Zakuan tidak menyangka sama sekali Farah akan menjadi pengapit kepada Siti Fatimah. Dia tidak tahu pula selama ini Siti Fatimah berkawan baik dengan Farah. Zakuan teringat gambar – gambar yang di ambilnya sepanjang majlis berlangsung siang tadi. Dia bingkas bangun menuju ke biliknya. Terus menghidupkan suis komputernya. Dalam beberapa ketika, tertera foto – foto majlis persandingan Siti Fatimah di skrin monitor. Zakuan meneliti foto satu – persatu. Terdapat beberapa foto curi gadis bernama Farah. Zakuan tersenyum puas. Esok dia akan membawa kamera digitalnya ke kedai gambar untuk di cetak.
No comments:
Post a Comment