BAB 8
Nabila menolak pintu bilik farhana. Dia terkejut melihat Farhana yang masih lagi belum mengganti pakaiannya. Farahana masih lagi mengenakan t-shirt lengan pendek dengan bermuda separas lututnya. Nabila menggeleng kepala.
“ Kenapa kau tak siap lagi ni farah? Kau tak nak pergi ke?” Farhana memandang wajah Nabila.
“ Kalau boleh memang aku tak nak pergi,” Nabila menjegilkan matanya mendengar jawapan farhana.
“ Apa ni Farah. Orang dah susah – susah jemput kau tak nak pegi pula. Kesian Mak Mah tu. Nanti di atertunggu – tunggu pula,” Farhana mengeluh. Kalau semata – mata kerana Mak Mah, dia pasti akan pergi. Namun bila mengenangkan hajat Mak Mah yang mahu memperkenalkannya pada anak terunanya, Farhana jadi tidak keruan. Bimbang di kata dia yang mencari timba.
“ Aku tak ada bajulah,” Nabila menggeleng lagi. Pantas berjalan menuju ke almari pakaian Farhana. Satu persatu pakaian berganutng di beleknya. Nabila akhirnya menarik sepasang kebaya moden bertanah putih berbunga merah jambu. Kemudain mencari tudung yang sepadan dengan kebaya tersebut.
Nabila akhirnya menumpai sehelai selendnag merah jambu sedikit gelap daripada bunga baju kebaya farhana.
“ Nah. Pakai baju ni. Aku nak kau siap dalam masa 10 minit. Aku tunggu kat luar. Kalau kau degil juga aku akan call Mak Mah dan cakap kau demam. Aku yakin Mak Mah akan datang sini jenguk kau,” Farhana mengeluh bila memikirkan kebenaran kata – kata Nabila.
“ Yelah.. yelah.. mengalahkan mak nenek kau ni,” Nabila sabar menunggu Farhana di ruang tamu. Sepuluh mini kemudian Farhana muncul dengan baju yang telah dipilih oleh Nabila sebentar tadi.
“ Jomlah. Beria – ia kau ni,” Farhana mencapai kunci kereta dan sudah menunggu di dalam kereta. Setelah emmastikan semua pinu sudah ebrkunci, Nabila masuk ke dalam kereta.
“ Aku bukan apa. Nak jumpa bakal keluarga mertua kau. Mestilah aku beria – ia. Aku pulak yang naik syok,” Farhana malas mahu menyambung usikan Nabila. Dia tahu jika dia menyambung usiakan itu tidak akan mati di situ sahaja. Ianya akan berlarutan sepanjang perjalanan.
********************************************************************************************
Datin Rahmah meninjau – ninjau ke luar. Kelibat dan bayang Farhana masih belum kelihatan. Melihat kelibat dua orang gadis yang sedang ebrjalan memasuki perkarangan rumahnya, Datin Rahmah menguntum senyum. Dia sudah sedia menunggu di depan pintu.
“ Farhana.. Nabila.. masuklah. Mak Mah ingatkan kamu berdua tak datang tadi,” Farhana dan Nabila menyalami Datin Rahmah.
“ Mestilah dah datang Mak Mah. Kan memenuhi undangan tu wajib hukumnya,” Datin Rahmah tersenyum mendengar jawapan Nabila.
“ Masuklah,” Datin Rahmah menjemput Farhana dan Nabila masuk sambil matanya meliar mencari kelibat Zakuan.
Di satu sudut, Zakuan sediki tersentak dengan kehadiran Farhaan yang dikenalinya sebagai Farah.
'Apa Farah buat kat sini? Siapa yang invite dia? Apa kaitan dia dengan mak aku?' zakuan akhirnya mengambil keputusan menghampiri Datin Rahmah dan dua tetamunya.
“ Senyum sikit,” Datin Rahmah. Farhana dan Nabila yang sedang bebrual terkejut dengan sapaan itu dan serentak menole. Klik. Zakuan tersengih. Dapat juga aku tangkap gamabr dia.
“ Budak bertuah. Buat terkejut mak je kamu ni Wan,” farhana sedikit terkejut. Zakuan. Memang Zakuan yang berada di hadapannya kini. Adakah Zakuan ini Wan yang sering di sebut Datin Rahmah? Mindanya ligat berfikir.
“ Kenapa mak jemput budak yang langgar kereta Wan ni datang majlis birthday mak ni?” Farhana tersentak.
“ Apa kamu merepek ni? Ni mak perkenalkan..”
“ Wan dah kenal dah mak. Tak payah la nak perkenalkan lagi. Apa khabar Cik Farah?” Zakuan memadang tajam Farhana. Farhana berlagak biasa.
“ Sihat Encik Zakuan,”
“ Mak, kalau mak nak tahu, nilah budak yang cakap Wan tak layak jadi lecturer kat UTM tu dan dia cakap lagi anak bujang mak ni tak beradab. Dia ni ke yang mak berkenan sangat tu?” Datin Rahmah menandnag wajah Zakuan dan Farhaan silih berganti. Zakuan terus berlalu meninggalkan mereka bertiga. Nabila yang tidak tahu menahu hanya terdiam.
“ Maaflah Farhana. Dia memang macam tu kalau melibatkan kereta kesyangan dia. Kereta tu arwah abah dia yang hadiahkan. Tu yang dia sayang sangat. Jangan kata orang langgar, calar sikit pun dia dah mengamuk,”
“ Tak apalah Mak Mah. Saya tak marah pun,” lega hati Datin Rahmah.
“ Kamu berdua duduk dulu ya. Mak Mah ke dalam sekejap,”
“ Pergilah Mak Mah. Kesian tetamu yang lain. Mereka pun nak juga merasa layanan Mak Mah,” Datin Rahmah menepuk bahu Farhana. Sebaik sahaja Datin Rahmah berlalu, Nabila berbisik ke telinga Farhana.
“ Tadi tu ke mamat kerek yang kau cakap dulu tu?”
“ A'ah. Encik Zakuan. Mamat paling tak beradap pernah aku jumpa,”
“ Handsome la Farah. Untung kau,”
“ Kalau setakat handsoem je tak guna Bila. Hati busuk macam tu. Tak kuasa aku,”
Zakuan berbaring di katilnya. Dia leka memandnag siling. Namun mindanya bukan di situ. Hanya bayangan Farhana yang menerpa di mindanya saat itu. Dia tidak menyangka sama sekali Farah itulah Farhana yang selalu diceritakan oleh ibunya. Hish. Kenapalah aku ego sangat tadi. Apa salahnya aku berkenalan dengan dia. Lagipun aku memang nak berkenalan dengan dia. Peluang dah ada depan mata tapi di lepaskan begitu saja. Bodoh. Zakuan mengetuk kepalanya. Tak apalah. Diakan baik dengan mak. Tapi dia macam tak sukakan aku. Memang dia tak sukakan aku. Pandang muka aku pun tak nak. Biarlah. Kalau dah jodoh tak ke mana. Zakuan tersenyum sendiri. Dalam diam dia merancang sesuatu.
Paginya, Datin Rahmah menanti dengan sabar di meja makan. Zakuan masih belum turun. Begitu juga dengan Zarul, anak bungsunya.
“ Moring ma,” kedengaran suara Zakuan menyapa. Datin Rahmah sekadar mengangguk. Zakuan faham kenapa ibunya membisu. Mungkin marah Datin Rahmah belum reda.
“ Mama marah lagi?” tiada jawapan daripada Datin Rahmah.
“ Aik, tak habis lagi ke Ngah? Mama?” Zakuan sekadar mengangkat bahu mendengar soalan Zarul.
“ Biarlah Ngah tu Ma. Dia belum nampak lagi keistimewaan menantu pilihan mama tu,” Zakuan menjeling.
“ Kalau Angah tak nak, mama bagi kat Zarul jelah Ma. Zarul berkenan juga kat awek semalam tu,” Zarul cuba menyakat Datin Rahmah.
“ Eh, kamu tu mana padan dengan dia. Sekolah pun tak habis lagi. Ada hati nak kat anak dara orang,” Zakuan menahan tawa. Zarul hanya tersengih.
“ Maafkan Wan Ma. Bukan Wan sengaja nak layan Farah macam tu. Wan terkejut tengok dia semalam. Tak sengaja pulak cakap macam tu. Alang – alang dah cakap macam tu. Lajakkan je la. Wan bukan apa Ma, Wan sebenarnya dah ada pilihan hati Wan sendiri,” Datin Rahmah memandang tepat ke wajah anak terunanya.
“ Siapa? Bawa jumpa Mama. Kalau ok, mama akan terima. Kalau tak, Farhana tetap pilihan mama,” Zakuan menarik nafas lega.
“ Mama mesti suka nanti. Tapi, bagi Wan sedikit masa. Sebab...”
“Sebab apa?”
“ Wan tak tau macam mana nak ngorat budak tu. Err.. jadi.. Wan perlukan masa,” hampir berderai ketawa Datin Rahmah mendengar jawapan Zakuan.
“ Ikut suka kamulah. Tapi jangan lama – lama. Mama dah tak sabar nak menerima menantu baru,”
No comments:
Post a Comment