Widat. Gadis sederhana. Kulit tidak cerah tapi tidak juga gelap. Just nice kata orang Amerika. Rambut ikal mayang separas dada namun Widat lebih selesa dengan fesyen ekor kuda. Rimas katanya kalau di biarkan lepas begitu sahaja. Wajahnya iras Marshanda. Sering menjadi mangsa usikan Alyssa yang sedikit nakal. Sikap Widat yang cool dan lebih matang sangat berbeza dengan Alyssa. Cuma kadang-kadang Widat bertukar watak bila bersama Alyssa yang tidak pernah serius itu.
Sejak lebih 5 tahun mengenali Alyssa, mereka menjadi sangat akrab. Mula berkenalan semasa Widat menghadiri satu lawatan sambl belajar ke sekolah Alyssa di Kuching. Rombongan dari sekolah Widat menumpang asrama sekolah Alyssa selama seminggu sepanjang lawatan. Alyssa yang ramah telah di pilih oleh warden sebagai ketua jawatankuasa penginapan asrama puteri. Dari situ, Widat dan Alyssa berkenalan dan menjadi akrab selepas mereka di takdirkan sekelas dan juga sebilik masa Tahun pertama pengajian mereka di universiti.
Widat mengulum senyum bila teringat kembali saat pertama dia mengenali Alyssa. Gadis seceria Alyssa memang tidak mudah untuk dilupakan. Keramahan Alyssa melayani tetamu menjadi buah mulut rakan-rakannya. Bukan setakat meniti di bibir pelajar puteri mahah menjalar sehingga ke bibir pelajar putera. Di tambah dengan wajahnya yang cantik persisi kacukan Arab. Alyssa memiliki kecantikan dalam darjahnya yang tersendiri.
"Makcik! Kenapa sengih-sengih sorang-sorang nih? Ada wayar ko dah putus eh?" sergahan Alyssa mengejutkan Widat yang sedang melamun menjangkau lima tahun ke belakang.
" Ya Allah Alyssa. Nak tercabut jantung aku tau," Alyssa sudah menyeringai mengalahkan langsuir melihat muka Widat yang terkejut dengan sergahannya. Siapa suruh kau termenung jauh sangat. Usik hati Alyssa.
"Eee...buruk okay kau gelam cam tu. Mengalahkan pontianak harum sundal malam,"
"Hello Cik Widat! Apa barang Pontianak Harum Sundal Malam. Outdated dah. Sekarang nih zaman Pontianak Kampung Batu," Alyssa teringat telemovie Pontianak Kampung Batu lakonan Erra Fazira yang di siarkan di saluran Astro tidak lama dulu.
"Yelah tu. Nape tak Twilight jer? Tru Blood ke? Vampire Diaries ker? The Gates ke?" Widad sengaja mahu mengusik. Semua tajuk drama dan filem yang berkaitan dengan pontianak di senaraikannya. Alyssa sekadar mencebik. Ambik kau. Kena sebijik.
"Ehehe.. oklah. Apa-apa je la," Alyssa malas mahu menyambung usikan Widat padahal dalam hati Alyssa masih ingin mengusik Widat. Namun masa tidak mengizinkan. Alyssa sebenarnya mahu pergi menghadiri mesyuarat AJK Persatuan Anak Negeri tetapi melihat Widat yang sedang termenung panjang, Alyssa singgah sebentar untuk menyergah Widat.
"Ko nak pergi mana ni Lyssa?" melihat Alyssa yang berpakaian rapi menjadi tanda tanya kepada Widat. Jarang sekali temannya yang sorang nih berpakian rapi kecuali ada majlis-majlis tertentu. Alyssa lebih selesa berkemeja-T dan berseluar jeans sahaja. Tapi Alyssa yang di depannya sekarang ini sedang mengenakan baju kurung. Rambutnya yang panjang di ikat rapi. Ayu sekali.
"Aku nak pergi meeting Persatuan. Mana tau jumpa calon suami," Alyssa seperti faham dengan pertanyaan Widat.
"Eee..gedik okay!" Widat lekas-lekas menghalau Alyssa dari biliknya apabila melihat Alyssa yang berlakon ala-ala perempuan melayu terakhir di depannya. Widat menggeleng-geleng kepala melihat gelagat Alyssa. Sebentar kemudian Widat mengeluh. Sikap tidak pernah serius Alyssa ada kalanya memakan diri Alyssa sendiri.
*******************************
Nilah bahananya bila datang lambat. Segan nak masuk bila acara dah bermula. Mengikut jam di tangannya, dia sudah terlewat 15 minit. Ni gara-gara aktiviti 'membazir airmata' alias layan drama Korea. Sampai terlupa dengan perjumpaan persatuan yang sepatutnya sudah bermula 15 minit yang lalu. Alyssa mengintai-intai di sebalik tiang. Aksi tak ubah seperti penyiasat persendirian. Dalam hati Alyssa masih berkira-kira. Nak masuk ke nak balik? Nak masuk ke nak balik? Nak masuk ke nak balik? Ke nak main redah aje?
Irama nada dering nyamuk dari telefon bimbit entah siapa membingitkan suasana. Alyssa hampir sahaja terjerit kerana terperanjat. Alyssa menoleh ke belakang. Adha sedang berjalan kearahnya. Lebih tepat ke arah bilik mesyuarat. Adha melintasi Alyssa tanpa sebarang reaksi. Langkahnya terus maju ke bilik mesyuarat. Hampeh! Tuan Pengerusi pun baru terhegeh-hegeh nak masuk bilik mesyuarat. Cis! Buang penat aku je menggelabah tak tentu pasal. Alyssa mula mengatur langkahnya di belakang Adha. Dia tidak menyapa Adha kerana Adha juga tidak menyapanya. Eksyen! Kutuk Alyssa. .... to be continue.... :)
No comments:
Post a Comment