Duhai malam
Damai pelukan mu
Dingin mu menghilangkan bahang siang
Namun resah hati kian terasa
Kekasih hati berjauhan
Butang 'Send' di tekan. Rangkap lagu pantas melayang kepada penerima nun jauh di seberang.
Beep. Beep. Balasan diterima.
Damai pelukanmu? Saya tak pernah peluk awak...
Bodoh. Aku cakap pasal malam. Bukan cakap pasal kau.
Malam la. Bukan awak. Perasan!
Ahahaha. Saja nak test awak. Balasan diterima. Alyssa mencebik.
Hati Alyssa berbunga. Rindunya pada lelaki itu membuak-buak. Saban hari hanya mendengar suara di corong telefon. Lagu 'Duhai Malam' dendangan Intan Sarafina bermain - main di kotak fikiran Alyssa. Dan lagu ini begitu tepat menggambarkan perasaannya saat itu.
Duhai malam
Apakah si dia
Jua merenung bulan yang mengambang
Kerapku jenguk ke luar jendela
Apa khabarnya di sana
Pesanan seterusnya yang masuk menambahkan kuntum - kuntum senyum di hati Alyssa.
****************************
"Kau ni kenapa Lyssa? Senyum sorang - sorang. Kena sampuk ke?"
"O mak kau terbalik!" sergahan Widat telah membawa Alyssa kembali ke alam realiti. Serta - merta kenangan manis menghiris kalbu itu bertebaran pergi meninggalkan benak Alyssa. Alyssan menutup kenangannya rapat-rapat. Tidak mahu dikesan oleh Widat. Alyssa hanya sekadar teringat bukan kerana masih sayang.
"Apa kes kau dengan jajaka idaman malaya kat kolej sebelah tu?" Alyssa mengerutkan dahi. Siapa jejaka idaman malaya?
"Siapa? Aku tak kenal pun mana-mana lelaki yang layak bergelar jajaka idaman malaya kat U kita ni," Widat menepuk dahi. Apa la lembab sangat budak ni.
"Yang kau dok hari-hari berkepit tu siapa?" Alyssa mula mengerti. Siapa lagi kalau bukan Iskandar. Tapi, jejaka idaman malaya? Biarlah.
"Kenapa dengan Abang Is?" Alyssa pura-pura tidak mengerti. Widat kalau di layan memang panjanglah ceritanya. Habislah di siasatnya.
"Kau gaduh ke dengan dia? Semacam je aku tengok," Widat menunggu jawapan Alyssa. Sudah seminggu dia tidak melihat Alyssa lepak dengan Iskandar. Waima nama Iskandar pun tidak keluar dari mulut Alyssa. Tiada jawapan daripada Alyssa. Widat malas ambil peduli. Hari ini dia tidak berperasaan untuk menjadi penyiasat. Widat berlalu meninggalkan Alyssa sendirian. Membiarkan Alyssa menyambung lamunannya. Di dalam hati Widat seperti tahu siapa yang muncul dalam lamunn Alyssa. Siapa lagi kalau bukan lelaki yang sudah menjadi suami orang itu.
Alyssa... Alyssa...
Widat hanya mampu mengeluh sendiri. Dari luaran, Alyssa nampak begitu tegar melawan semua perasaannya terhadap lelaki yang telah mengecewakan Alyssa sedikit masa dahulu. Sebagai perempuan, Widat mengerti perasaan Alyssa. Keakraban Alyssa dengan Iskandar bukan seusatu yang asing bagi Widat. Sejak di tahnu pertama lagi Widat sudah arif tentang hubungan baik Alyssa dan Iskandar. Cuma sejauh mana hati mereka Widat tidak mampu untuk meneka.
Pada Widat, Iskandar tidak ubah seperti seorang abang kepada Alyssa. Alyssa di layan seperti seorang adik yang manja. Semua kemahuan Alyssa jarang sekali di pandang sepi oleh iskandar. Sakit pening Alyssa selama di kampus Iskandar yang ambil peduli. Sehingga ada yang menyalahertikan hubungan baik di antara Alyssa dan Iskandar. Pernah juga Alyssa di datangi seorang kakak senior yang mengaku sebagai teman wanita Iskandar dan meminta agar Alyssa menjaukan diri daripada Iskandar. Alyssa terkejut bukan kepalang pada waktu itu. Bukan terkejut kerana ada yang mengaku sebagai teman wanita Iskandar, tetapi terkejut kerana kakak senior itu datang menyerang Alyssa sambil marah-marah. Seminggu juga Alyssa menjauhi Iskandar kerana bimbang di serang lagi. Bukan kerana takut cuma tidak mahu mencari masalah. Seperti Alyssa, Widat juga tahu bahawa Iskandar sering menjadi perhatian siswi di kampus.
Widat membiarkan permasalahn Alyssa dan Iskandar berlalu begitu sahaja. Dia yakin mereka sendiri tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah mereka seandainya mereka memang punya masalah.
Pergilah Sepi (Part 3)
15 years ago
No comments:
Post a Comment