BAB 4
Zakuan melangkah keluar dari keretanya. Lampu brek sudah diganti. Petang nanti dia akan menyerahkan bilnya kepada pemilik CR-V semalam.
“ Selamat pagi Encik Zakuan,” seorang siswi menegurnya. Zakuan sekadar mengangguk kepala. Wajahnya serius.
“ Kenapalah Encik Zakuan tu sombong sangat. Kalau tak mengenangkan dia tu lecturer kita tak kuasa aku nak tegur,” Alyssa merungut. Baizura di sebelah hanya tersenyum. Zakuan sudah tidak lagi kelihatan.
“ Orang handsome Lys,” Alyssa mencebik. Alyssa melihat kelibat Amal turun dari sebuah CR-V. Amal yang menggalas sebuah beg sandang menghampiri Alyssa dan Baizura.
“ Hai Amal. Kakak kau ek?” Amal mengangguk.
“ Cantik,” terbit rasa bangga di hati Amal mendengar pujian itu.
“ Tengok adiknya dulu,” Baizura dan Alyssa mencebik.
“ Dah la. Tak larat nak layan perasan kau tu. Jangan ikut perangai Encik Zakuan tu sudah,”
“ Nauzubillah. Gila kau. Jangan doa macam tu. Tak rela aku jadi macam Mr. Kerek tu,” Amal, Alyssa dan Baizura berlalu ke dewan kuliah.
********************************************************************************************
Farhana menongkat dagu. Terkenangkan pertemuannya dengan pensyarah Amal petang tadi. Zakuan, tampan orangnya. Bergaya. Namun kurang beradab. Itulah yang dapat Farhana gambarkan tentang lelaki itu. Tercabar juga kesabarannya bila berhadapan dengan lelaki yang berlagak seperti Zakuan. Dari awal pertemuan Zakuan cuba mencari kesalahannya. Peristiwa di Arked Meranti juga diungkit.
“ Oo..awak yang cakap saya kurang ajar kat arked semalam kan? Saya ingat lagi muka perempuan mulut tak ada insuran tu,” Farhana tersentak. Hendak melawan mereka sedang berada di tempat awam. Dia tidak mahu menimbulkan perbalahan. Lagi pun dia perlu menjaga nama baik pensyarah UTS.
“ Memang saya. Kenapa? Nak marah saya balik ke?” Farhana sekadar menjawab acuh tak acuh. Zakuan mendengus.
“ Ini bil saya repair kereta saya. Awak kena jelaskan bil ni,” Farhana tidak menyambut bil yang dihulurkan oleh Zakuan.
“ Kenapa saya yang kena bayar sedangkan Encik Zakuan yang mengundur kereta dan melanggar kereta saya?”
“ Itu saya tak peduli, awak kena bayar sebab kerana kereta awak yang menyebabkan kereta saya calar dan lampu belakangnya pecah,” Zakuan menjawab kasar. Sabar Farhana ada batasnya. Kawasan letak kereta FSKSM semakin lengang.
“ Memang student awak tak salah menilai awak. Bad attitude. Tak tahu kenapa UTS ni boleh menggaji lecturer macam awak. Salah menilai agaknya,” kelancangan Farhana membakar hati Zakuan. Farhana tersenyum sinis memandang Zakuan. Farhana tidak menunggu lama di situ. Dia terus masuk ke dalam keretanya dan menghidupkan enjin kereta.
“ Maaflah encik Zakuan. Saya tak suka berurusan dengan orang yang tak punya adap macam awak. Awak balik dulu, belajar beradap sikit. Lepas tu awak boleh cari saya. Saya akan bayar berapa yang Encik Zakuan claim. Money is nothing Encik Zakuan. It's not a big deal. Assalamualikum,” Farhana terus memecut meninggalkan Zakuan dan amarahnya. Amal yang duduk di sebelahnya hanya mendiamkan diri. Amal tahu kakanya itu cuba mengawal perasaan marah. Selepas menghantar Amal ke Kolej Tuanku Canselor, Farhana terus memecut ke rumahnya di Bandar Baru Uda.
*******************************************************************************************
Nabila kebingungan. Arahan dari ketuanya merunsingkan dirinya. Mana aku nak cari rumah? Kenapa awal sangat nak suruh aku berpindah ke sana? Minggu depan dah kena ada di sana. Gila. Nabila buntu. Arahan pertukarannya diterima dengan hati terbuka tetapi tarikh unutk dia mendaftarkan diri hampir tiba. Seminggu dari sekarang. Nabila pening memikirkan tempat tinggalnya di Johor Bharu nanti. Dalam kebuntuannya, telefon bimbitnya berdering. Nama Farhana muncul di skrin. Nabila melonjak girang. Baru teringat yang sepupunya itu sedang bertugas di Johor.
“ Hello. Farah. Nasib baik kau call. Aku dah pening kepala dah ni,”
“ Kus semangat. Tekerzut aku. Apa kisah ni?” Nabila tersenyum kambing.
“ Ehehe.. sorry. Aku tengah bingung fikir tempat tinggal kat JB nanti,”
“ Kau nak datang lagi ke? Berapa lama? Duduk la rumah aku kalau tak nak duduk hotel,”
“ Haa.. faham pun kau. Aku nak tinggal lama sikit sehingga aku dapat rumah sendiri. Aku kena transfer ke cawangan di JB. Tu yang pening ni,”
“ Iye ke? Waa.. bila start? Seronoknya aku. Ada juga teman aku kat rumah ni. Tak adalah macam orang bodoh je duduk sorang – sorang,” Nabila mengekek. Dia sudah sedia maklum tentang Farhana yang tinggal sendirian dia rumah berkembar dua yang dibelinya sejak setahun yang lalu.
“ Aku dapat kemudahan rumah, tapi kena cari sendir. Sewa dia syarikat bayar. Hmmm.. kalau aku nak sewa rumah kau je boleh kan? Nanti duit sewa aku bagi kat kau. Kiranya aku sewa ramah kau la,”
“ Hish.. apa pula nak sewa – sewa ni. Tak nak la aku,”
“ Boleh la Farah. Buat aggreement macam orang sewa rumah. Rugi la aku kalau tak guna kemudahan tu. Lapan ratus tau. Bukan senang nak dapat lapan ratus sekarang ni,” Farhana diam sejenak.
“ Suka hati kaulah. Tapi aku tak minta banyak la. Lepas bil – bil kat rumah ni cukup la. Nak buat agreement jugak ke?” Nabila menarik nafas lega.
“ A'ah. Nak bagi kat syarikat aku. Kalo ada agreement baru bleh keluar duit tu. Bulan – bulan diaorang akan masuk terus ke account tuan rumah,”
“ Boleh jugak. Lapan ratus. Boleh enjoy sakan. Hari – hari aku belanja kau makan,” terdengar tawa halus Nabila di hujung talian.
“ Eh, apasal kau tetiba call aku malam – malam ni? Any problem?” Farhana mengeluh.
“ Tak adalah. Saja. Bosan. Kau tau, tadi aku jumpa orang gila,” Farhana mula bercerita tentang Zakuan. Nabila tekun menddengar. Geli hatinya mendengar cerita Farhana.
“ Jangan kutuk lebuh – lebih Farah. Nanti kahwin kau dengan dia,”
“ Hish. Selisih malikat 44. Kerek. Bukan taste aku la,” Nabila masih lagi mengusik. Farhana mengeluh.
“ Farah, kau call aku bukan nak cerita pasal mamat tu kan? Kau ada benda lain nak cakap dengan aku kan?” kedengaran keluhan halus Farhana.
“ Mak aku Bila,”
“ Kenapa dengan Mak Ngah? Mak Ngah sakit ke?” Nabila meneka.
“ Hish. Kau ni. Bukan la. Mak aku. Dia dah tetepkan untuk aku perkenalkan calon suami aku pada dia sebelum umur aku 25,”
“ Hish. Kau ni. Bukan la. Mak aku. Dia dah tetepkan untuk aku perkenalkan calon suami aku pada dia sebelum umur aku 25,”
“ Wow. Dahsyat. Dah ada calon la ni? Huish.. makan nasi minyak la tak lama lagi,”
“ Kepaal otak kau. Ni yang aku pening ni. Aku mana ada pakwe wei. Gila ke? Mak aku dah tak boleh bawa berunding lagi dah. Kalau umur 25 aku tak ada calon juga, dia akan jodohkan aku dengan anak kawan dia. Haru macam ni Bila,”
“ Hmm.. payah juga ni. Kalau anak kawan mak kau tu ok apa salahnya Farah,”
“ Bila.. Bila.. kalau anak kawan mak aku semuanya jejaka reject. Kau tak ingat anak Pak Lang Jumat. Berlagak je lebih. Padanlah tak ada awek,” Nabila mengekek. Teringat seraut wajah tampan milik Farouk. Namun sayang seribu kali sayang. Sombong.
“ Ala Farah. Kalau susah sangat, kau tackle je mamat kerek tadi tu,”
“ Hmm... tak ada kerja kau nak tackle dia. Buat sakit usus aku je. Ok la Bila, aku ngantuk dah ni. Nanti borak lagi. A'ah, ko nak datang bila? Cakap nanti aku ambil kat Senai,”
“ Ahad ni kot. Nanti aku confirm balik,”
“ Ok. Good night,” Farhana meletak gagang. Kembali menopang dagu. Dia akhirnya terlelap.
No comments:
Post a Comment