BAB 11
Cuti pertengahan semster sudah bermula. Farhana mengambil kesempatan untuk pulang ke Kuching walapun berat hatinya meninggalkan Nabila sendirian.
“ Kau ok ke aku balik ni?”
“ Jangan risaulah. Aku bukan budak kecil lagi. Dah besar dah. Yang kau risau tak tentu pasal ni kenapa?”
“ Iyalah. Kau kan baru lagi di sini,”
“ Farah.... taulah aku jaga diri. Kak Shima kat sebelah tukan ada. Kalau aku takut, aku angkutlah anak – anak dia,”
“ Hati – hati ya Bila. Kalau ada apa – apa call aku. Ni kunci kereta,” Farhana menyerahkan kunci kereta pada Nabila. Nabila menghantar Farhana sehingga ke pintu masuk balai berlepas. Bayang Farhana sudah beransur hilang. Nabila tidak dapat membayangkan hari – harinya tanpa Farhana. Seminggu bukanlah suatu masa yang singkat. Sabar jelah Nabila. Bukan lama seminggu. Balik ni nak buat apa? Nabila mengeluh perlahan. Dia sudah bersiap untuk balik.
“ Nabila,”
“ La.. kenapa lambat. Farah dan masuk dah,”
“ Aku tau. Aku dah lama dah sampai,”
“ Dah tu? Kau menyorok kat mana? Kenapa tak jumpa Farah,” Zakuan menggaru kepala. “Kalau ikut hati memang aku nak jumpa sepupu kau tu. Tapi takkan kau tak faham Farah tu. Bukan main benci lagi dia kat aku. Aku tak nak rosakkan mood cuti dia,” Nabila mengangguk. Kesian Zakuan.
“ Oklah. Aku nak balik ni. Nak pesan apa – apa kat Farah?” Zakuan tersenyum kelat.
“ Ermm.. tak apalah. Nanti aku call dia,” Nabila mengangguk dan meminta diri untuk pulang ke rumah. Zakuan masih lagi di situ. Masih terbayang wajah ceria Farhana sebentar tadi. Senyuman Farhana. Gelak tawa Farhana masih terbayang di matanya. Kenapa bila dengannya Farhana terlalu lokek dengan senyuman. Malah menjawab soalannya juga Farhana antara mahu dengan tidak. Akhirnya Zakuan mengambil keputusan untuk pulang.
*******************************************************************************************
Farhana melepaskan keluah berat. Tidak menyangka ke pulangannya di sambut dengan kejutan demi kejutan. Sebaik sahaja sampai, Basyirah menceritakan perihal Endang yang telah di hadapkan ke mahkamah kerana kesalahn mendera anak – anak tirinya. Farhana terpempam mendengar berita itu. Jika perkara ini sudah di bawa ke muka pengadilan, sudah pasti kes ini serius jika dibandingkan dengan sebelum ini. Jika beberapa bulan lalu, Muzammil menjadi mangsa, kali ini Siti Nuraisyah menjadi sasaran. Lebih memeranjatkan ialah berita kehilangan Mastura. Khabarnya Mastura lari dari rumah. Sehingga kini masih tidak dapat dikesan. Farhana termenung panjang. Dia tidak dapat menduga apakah kejutan seterusnya yang bakal diterimanya unutk 6 hari mendatang.
“ Kak Farah, mak panggil,” Farhana tersedar dari lamunan yang panjnag. Sebelum berlalu meninggalkan biliknya, Farhana sempat memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket seluarnya.
“ Jom,” Farhana merangkul bahu adiknya Raudah yang berusia 11 tahun. Mereka beriringan menuju ke ruang rehat keluarga. Arfah sudah sedia menunggu di situ. Ada sesuatu yang ingin Arfah sampaikan pada Farhana.
“ Ada apa mak panggil Farah ni? Nak belanja Farah makan ke?” Farhana mengambil tempat disebelah Arfah. Tangannya mencapai alat kawalan jauh televisyen. Mencari rancangan yang menarik di saluran ASTRO.
“ Mak nak tanya ni. Farah dah ada calon ke belum?” Farhana terpana. Kenapa persoalan itu lagi yang diajukan oleh ibunya. Farhana menggeleng. Arfah tersenyum panjang.
“ Baguslah. Ada kawan mak bertanyakan Farah unutk anaknya,”
“ Mak, kan kita dan deal hari tu. Mak bagi limit sampai umur Farah 25,” Farhana cuba membantah.Arfah mengeluh.
“ Mak nak Farah fikirkan. Esok mak ada jemput Makhriz makan malam di sini. Farah berkenal – kenalan dulu dengan dia. Kalau Farah tak berkenan, mak tak akan paksa Farah,” Farhana menarik nafas lega.
“ Tapi, kalau Arah dan genap 25, mak tak akan consider lagi. Mak akan terima terus,”
“ Iyalah iyalah... Farah tahu,” Arfah tersenyum puas. Dia berharap agar pilihannya kali ini mendapat respon positif daripada Farhana. Farhana melamun sendirian setelah Arfah menghilang di dapur. Ingatannya tiba – tiba pada Zakuan. Zakuan yang telah menghuru – harakan hidupnya beberapa bulan kebelakangan ini. Zakuan yang telah menjadikan hidupnya terganggu sejak kebelakangan ini. Farhana tersenyum sendiri. Sejak balik ke Kuching, Zakuan tidak menghubunginya. Pada fikiran Farhana sudah tentu sekarang Zakuan sedang bergembira kerana ketiadan Farhana. Zakuan tidak perlu sibuk mengambil hatinya. Zakuan juga tidak perlu pening melayan kedegilannya dan yang pasti Zakuan tidak perlu bersusah payah memikatnya demi unutk memuaskan hati Datin Rahmah. Dalam keasyikannya memikirkan perihal Zakuan, telefon bimbitnya berbunyi. Farhana meraba poket seluarnya. I message received tertera di skrin. Lantas Farhana menekan butang read. Nama Zakuan tertera. Farhana mengeluh.
' Hai Farah. Awak tak rindu kat saya ke? Baliklah cepat. Miss u so much'
No comments:
Post a Comment