CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 10, 2013

Pelangi Ungu - Bab 9

Ku coba singkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku
Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
kau pergi jauh kerana salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada
Asmara
Memisahkan kita
Mengingatkaku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahawa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnay ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Setiap bait lagu yang di baca terasa menusuk hati dan jantung Alyssa. Suara serak - serak basah Firman, penyanyi lagu ini terngiang-ngiang di telinga Alyssa. Lagu 'Kehilangan' menerjah masuk ke dalam 'Inbox' facebook Alyssa seawal subuh pagi ini. Pengirimnya tidak lain dan tidak bukan adalah Adib Ezra. Terasa bagaikan Dejavu. Bait lagu itu juga pernah menerjah masuk ke 'Inbox' facebook Alyssa bberapa bulan lalu. Tetapi masa itu Alyssa lebih senang menekan butang padam dan mengahapuskan pesanan itu bersama pengirimnya sekaligus. Untuk kali ini, Alyssa sekadar membiarkan sahaja tanpa memberi sebarang balasan.

Jiwangnya dia! Tapi kalau betul, kenapa dia tak datang bertemu aku 'face to face'? Setahu aku dia bukan lelaki yang pengecut. Mungkin dia segan. Memanglah dia segan! Aku buat tak layan masa majlis 'reunion' hari tu. Alyssa tersenyum sendiri.

Alyssa! Takkan dengan beberapa lirik lagu kau dah cair?! Akal rasional Alyssa tiba-tiba menjerit. Hari tu buka main lagi menyampah kau dekat mamat tu. Sampai sanggup nak terjun bangunan. Ish..Ish.. Alyssa..Alyssa..

Adib Ezra cinta pertama Alyssa. Bagaimana benci sekalipun Alyssa pada Adib Ezra, Alyssa tidak pernah secara total melupakan Adib Ezra. Bayang - bayang Adib Ezra selalu berada dekat dengan Alyssa. Meskipun Alyssa sempat menyemai cinta dengan teman sekampus beberapa tahun lalu, namun Adiz Ezra sebenarnya tidak pernah terkubur dari kamus hati Alyssa.

"Kalau dia datang balik pada aku, tak mustahil aku akan terima dia semula," itu kata-kata yang pernah diucap oleh Alyssa kepada Widat sedikit masa dahulu. Ya. Mungkin sebab itu juga Alyssa sangat membenci Adib Ezra. Benaci kerana Alyssa tidak pernah berjaya melupakan Adib Ezra. Benci kerana dengan selalu terkenangkan Adib Ezra, Alyssa tidak dapat untuk memberi sepenuh hatinya kepada orang lain. Benci kerana Adib Ezra selalu menjadi inspirasinya. Nasihat-nasihat yang pernah diberikan oleh Adib Ezra sentiasa tersemat di hatinya. Mana mungkin dia dapat melupakan Adib Ezra. Semakin besar bencinya kepada Adib Ezra, semakin besar juga rindunya buat lelaki itu.

Alyssa mengeluh halus. Hati.. kenapa terlalu degil?

Pertemua pertama dengan Adib Ezra menari-nari di dalam kotak fikiran Alyssa.

No comments:

Post a Comment