CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 30, 2011

Tentang Adinda - Bab 3


BAB 3

Sejak kejadian Amanda di ragut, aku tidak lagi berpeluang bertemu Asyraf. Cuma ada sekali dua berbalas SMS. Bertanya khabar. Tidak tahu pula dari mana dia mendapatkan nombor telefon bimbitku. Mungkin daripada Ardina.

Hari ini, secara tidak sengaja, aku terserempak dengan Asyraf. Terserempak di rumahku. Apa dia buat kat sini? Pautulah aku macam kenal kereta Honda Accord yang parkIr di halaman rumahku. Ku kira tadi kenalan Papa. Tapi orang lain rupanya.  Sebaik kaki melangkah ke dalam rumah, kedengaran suara Mama memanggilku. Ekor mataku dapat menangkap kehadiran Asyraf di sisi mama. Amanda turut berada di situ. Aku memaniskan roman wajahku di hadapan Mama. Kalau diikutkan hati aku memang malas mahu bertemu muka dengan Asyraf walaupun di telah membantuku tempoh hari. Alah..apalah sangat sedikit budi yang tidak setinggi duduk itu kalau nak dibandingkan dengan apa yang pernah buat kat aku sebelum ni. Lagi bergunung ganang kebencian untuk manusia bernama Asyraf.

“ Dinda, kenapa tak pernah cerita kat Mama yang Dinda ada kawan nama Asyraf?” Aku terkedu sebentar dengan pertanyaan mama. Kenapa aku nak cerita pasal maamt tak guna ni kat mama? Bukan dia penting pun.

“ Dinda tak kawan sangat pun dengan Asyraf,” aku tidak pasti sama ada jawapan aku akan memuaskan hati mama. Dahi mama kelihatan berkerut.
“Satu sekolah takkan Dinda tak kawan? Asyraf cakap dia baik dengan Dinda dulu,” Asyraf  ku lihat tersenyum kambing. EEE…. Geram aku.
“ Dinda tak tahu yang Asyraf ni anak kawan Papa? Anak Aunti Aina?” aku terkejut beruk dengan kenyataan Mama. Anak Auntie Aina? Takkan mangkuk ni geng aku zaman aku kecik – kecik dulu? Kenapa aku tak ingat? Seathu aku, anak auntie Aina nama Adam..bukan Asyraf.
“Adam ke Ma?” aku cuba mendaapt kepastian Mama.
“Adam tu adik saya,”
“Oooo…” panjang muncungku. Amanda yang berlalu ke dapur sebentar tadi kembali dengan sedulang hidangan minum petang. Kek coklat kegemaranku tersusun rapi di atas pinggan.
“Tadi waktu lagi jalan – jalan di Mall, Manda  ketemu sama Bang Asyraf. Terus Bang Asyraf offer mau ngantarin Manda pulang, Dia bilang kangen sama Kak Dinda,” Aduh..tak saying mulut betul si Amanda ni. Tak merasa lagi cili hantu agaknya.
“ Asyraf duduk dulu lah ya. Autie nak kebelakang sekejap,” Asyraf mengangguk.  Sebelum berlalu Mama sempat menitipkan pesan kepada Autie Aina.
“Kak Dinda sama Abang Asyraf ngobrol dulu deh. Manda mau istirahat,” aku cuba menahan Amanda tetapi gandis berkaki panjang itu terlalu pantas langkahnya emniggalkan aku berdua bersama Asyraf di situ.
“Dinda, maaflah. Saya tau kehadiran saya agak mengejutkan. Tapi kebetulan tadi tersermpak dengan Amanda di KLCC. Dan kebetulan lagi saya memang mahu ke sini menjemput Papa sekejap lagi,”
“Uncle Tasyrif?”
“A’ah. Papa ke Bandung dengan Uncle Syamsul kan?” Ya Allah. Baru aku teringat. Sudah seminggu Papa ke Bandung. Pulang petang ini. Tapi kenapa nak ambil Uncle Tasyrif di sini , tak jemput di lapangan terbang? Gatal saja mulutku mahu bertanya tetapi  budi setitik yang pernah dicurahkan meyebabkan aku menarik balik soalan itu daripada minda aku.  Agak lama bersembang dengan Asyraf, aku mula mengetahui seba sedikit tentang Asyraf. Juga tentang Adam. Hati aku terlalu ingin menemui Adam. Namun menurut Asyraf, Adam kini sedang berada di luar Negara, melanjutkan pengajian Sarjana Kedoktoran. Aku jadi hampa. Sudah berbelas tahun aku tidak menmui Adam. Bagaimana agaknya rupa dia sekarang. Masihkan segak seperti zaman kecil kami dulu? Adam yang sentiasa kelihatan kemas, bersih dan segak.
“ Kenapa dulu saya tek pernah jumpa awak eh?” tiba – tiba soalan itu terpacul dari mulutku setelah sekian lama membisu.
“ Saya tinggal dengan nenek sekejap. Sekolah menengah baru saya tinggal dengan parents,”
“Ooo… patutlah tak pernah jumpa,”

Sedar tak sedar sudah hampir dua jam aku melayani Asyraf. Satu keadaan yang aku tidak pernah jangkakan sebelum ini. Kami tidak pernah berbual semesra ini walaupun aku sekadar melayannya ala kadar sahaja. Masa lalu kami hanya pernah diisi dengan sindiran dan kutukan sahaja. Tidak pernah berbual panjang begini. Aku mula 10% menyenangi Asyraf. Munkgin kedewassan dan kematangan telah mengubah sikap Asyraf. Aku tanpa sedar sedukit selesa dengan keadaan itu. Lagipun, Asyraf kawan baik  Zain. Selepas ini kehadiran Asyraf bukan lagi ancaman atau gangguan kepada kerja ku.  Dalam bersembang, sempat juga kami berbincang tentang majlis perkahwin Zain dan Ardina. Asyraf ada juga memberi sedikit buah fikiran dan idea – idea yang menarik minatku untuk diaplikasikan dalam majlis perkahwinan Ardina dan Zain. Kemunculan semula Mama memberi laluan untuk aku beredar sebentar ke kamarku.  KErana terlalu penat aku terus terlelap dan langsung lupa tentang Asyraf yang entah bila pulangnya. Bila bangun aku hanya menemui ruang tamu yang sudah senyap sunyi. Menurut Amanda, Asyraf baru sahaja pulang bersama Uncle Tasyrif.

No comments:

Post a Comment