Perkhemahan Akhir Tahun Sekolah
2003
Alyssa tidak dapat menahan lagi matanya yang sudah sangat mengantuk. 'Pooh bear' yang menemaninya sejak tadi tidak tahu entah kemana. Pasti berjalan ke mana-mana di bawa tangan-tangan nakal beberapa orang temannya yang turut berada di bilik komputer itu. Alyssa sudah tidak kuasa untuk merebut 'Pooh bear' yang lebih mesra mereka panggil Miss Pooh dari tangan-tangan nakal pelajar lelaki. Penat berebut. Mereka masih lagi mengusik. Alyssa akhirnya membiarkan sahaja. Artikel tentang aktiviti perkhemahan harus di siapkan malam ini juga sebelum di cetak untuk di edarkan keesokan paginya. Sandra sudah bertanya lebih dari 5 kali kepada Alyssa tentang artikel itu. Rasa menyesal pula Alyssa menyertai 'team' editorial majalah sekolah yang secara tidak langsung turut menjadi 'ahli majlis' untuk buletin sekolah. Lebih parah lagi terpaksa bersengkang mata untuk menerbitkan buletin perkhemahan tahunan sekolah yang ditebitkan setiap hati sepanjang perkehmahan berlangsung. Penat!. Siang menjadi fasilitator perkhemahan. Malam pula perlu menyiapkan satu artikel untuk buletin perkehmahan. Walaupun cuma satu artiket yang perlu di siapkan, namun keletihan siang menyebabkan idea menulis Alyssa tumpul bila menjelang malam.
"Alyssa!!! Aku terpadam artikel kau!!" jeritan Sandra benar-benar meluruhkan jantung Alyssa. Baru beberapa minit lalu Sandra mengambil alih tempat Alyssa untuk mengedit dan memasukkan artikel yang dikarang Alyssa dengan sehabis daya, kini semuanya telah terpadam.
"Eee... kau ni!! Tadi aku nak pindah dalam pendrive kau tak kasi!! Nak cepat sangat!" marah benar Alyssa. Sandra rasa benar-benar bersalah. Sandra tahu Alyssa sudah penat. Untuk menghasilkan sebuah artikel yang baik bukanlah mudah. Lebih-lebih lagi dalam masa yang singkat. Silap Sandra. Kerana menyangka dia sudah menampal keseluruhan ayat yang dipotong dari artikel Alyssa, dia dengan yakin menekan butang simpan untuk fail artikel yang telah di taip Alyssa. Bila di semak kembali, rupa-rupanya hanya pendahuluan yang di tampal pada ruangan buletin. Bila membuka kembali fail artikel Alyssa yang di simpannya sebentar tadi, hanya tajuk sahaja yang ada di situ. Isinya sudah di 'cut' tetapi tidak di 'paste' ke tempat yang sepatutnya. Kerana Sandra sudah menekan butang 'SAVE', maka kekunci 'undo' sudah tidak berguna lagi.
Alyssa melangkah longlai menuju ke dewan sekolah. Di dewan masih ada beberapa pelajar yang sedang tekun menyiapkan pentas untuk majlis penutupan malam esok. Alyssa mengambil tempat di salah sebuah kerusu yang sudah sedia tersusun di situ. Kelihatan seorang pelajar sedang memotong huruf-huruf dari kepingan-kepingan polisterin. Beberapa orang lagi sedang mewarna polisterin yang sudah di potong menjadi huruf-huruf sederhana besar. Di satu sudut lain, beberapa orang pelajar tingkatan 2 sedang menggunting kertas berwarna menjadi bentuk segitiga untuk di cantum dan dijadikan banner. Di luar dewan beberapa orang pelajar tingkatan 4 sedang mengangkat pasu-pasu bunga untuk di letakkan dan di susun di atas dewan. Alyssa tekun melihat rakan-rakannya menyelesaikan tugas masing-masing. Fikirannya kembali ke bilik komputer. Pasti Sandra dan teman-teman lain sedang bingung memikirkan artikel lain untuk menggantikan artikelnya yang sudah terpadam secara tidak sengaja oleh Sandra.
"Meriah kan malam ni," satu suara kedengaran di belakang Alyssa.
Pada awalnya Alyssa mengambil langkah berdiam diri sahaja. Sedang meneka-neka suara siapakn yang berkumandang di cuping telinganya. Alyssa tidak cam suara itu. Seperti tidak pernah menyapa gegendang telinganya sejak hampir setahun dia menghuni sekolah ini. Alyssa akhirnya mengambil langkah tunggu dan lihat.
"Macam nak buat kenduri je," suara itu kedengaran lagi.
Alyssa menoleh ke kiri, kanan dan belakang. Tiada sesiapa pun di di situ selain dirinya dan... jantung Alyssa tiba-tiba sahaja mahu berhenti. Selang beberapa kerusi di belakangnya duduk seorang jejaka tampan bermata sepet sedang tersenyum manis padanya. Alyssa seperti bermimpi. Sepanjang hampir sepuluh bulan Alyssa menghuni di sekolah itu, hanya baru hari ini atau lebih tepat lagi malam ini lelaki itu menegurnya. Teragak-agak Alyssa mahu membalas senyuman itu. Sebentar kemudian, lelaki itu bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arah Alyssa lantas mengambil tempat selang satu kerusi di sebelah Alyssa. Kali ini, jantung Alyssa benar-benar mahu berhenti. Alyssa jadi kaku. Adib Ezra! Ya, Adib Ezra buat pertama kalinya menegur dan mahu beramah mesra dengan Alyssa. Sebelum ini bukan tidak pernah Alyssa melihat Adib Ezra seperti mahu menegurnya tetapi Alyssa yang selalu mengelak untuk bertembung dengan Adib Ezra. Awal-awal lagi Alyssa sudah di momokkan dengan cerita pelajar-pelajar lama bahawa Adib Ezra merupakan seorang romeo di sekolah. Jadinya Alyssa mengambil langkah selamat untuk tidak melibatkan diri dengan Adib Ezra. Walaupun pada hakikatnya ketampanan Adib Ezra serba sedikit telah mencuit hati Alyssa. Namun bila melihat kemesraan Adib Ezra dengan pelajar-pelajar perempuan tidak mengira senior atau junior, Alyssa jadi lebih nekad menjauhkan diri daripada Adib Ezra. Berkawan pun Alyssa tidak mahu.
***************************************
Sepanjang perkhemahan, Adib Ezra menjadi pemerhati setia susuk wajah lembut milik Alyssa. Sejak Alyssa mendaftar sebagai pelajar tingkatan 4 di sekolah mereka sejak hampir 10 bulan yang lalu, Adib Ezra tidak pernah bertegur sapa dengan Alyssa. Alyssa di lihatnya sebagai gadis yang sombong pada permulaannya. Diakui juga oleh beberapa orang pelajar lelaki. Namun setelah beberapa bulan, gelaran sombong Alyssa terhakis dari dirinya. Alyssa tampak di senangi oleh sesiapa sahaja. Alyssa umpama jinak-jinak merpati. Nampak mudah didekati. Tapi bila didekati, dia akan pergi melarikan diri. Belajar di kelas yang berlainan menyebabkan Adib Ezra tidak punya kesempatan untuk bertegur sapa dengan Alyssa. Pernah juga dia cuba menyapa, tetapi tidak pernah berhasil. Alyssa yang tidak pernah berenggang dengan teman-teman baiknya menjadikan usaha Adib Ezra untuk mengenali Alyssa makin mustahil.
Melihat Alyssa yang sedang duduk bersendirian di dewan besar sekolah telah membuka peluang kepada Adib Ezra untuk memulakan langkah pertama. Kebetulan tadi dia turut berada di bilik komputer semasa kejadian Sandra terpadam artiket Alyssa. Selaku salah seorang pimpinan tertinggi MPP, dia telah di tugaskan untuk memantau sidang redaksi buletin perkhemahan. Tugas yang di sambut dengan hati yang senang walaupun terpaksa bersengkang mata asalkan Alyssa ada bersama. Saban malam Adib Ezra akan menghuni bilik komputer bersama-sama sidang redaksi buletin perkhemahan. Dan saban malam juga Adib Ezra semakin mengerti dan mengenali Alyssa. Alyssa yang manja kerana setiap malam membawa Miss Pooh bersama ke bilik komputer. Alyssa yang periang kerana setiap kali ada sahaja usikannya yang mengundang tawan teman-temannya. Alyssa yang manis kerana senyuman Alyssa bisa membuat Adib Ezra tidak lena tidurnya.
Alyssa di sebelah masih lagi senyap. Adib Ezra sedang mencari-cari kata yang sesuai untuk memulakan perbualan dengan Alyssa kerana 2 ayat pembuka katanya sebentar tadi tidak mendapat respon dari Alyssa.
"Maaf ya. Tadi hampir terlanggar awak masa kat dalam bilik komputer.." antara dengar dengan tidak sahaja ayat yang keluar dari mulut Alyssa. Namun Adib Ezra sudah senyum lebar.
" Hampir terlanggar saya masa kat kem tentera siang tadi.. dan di koridor semalam, awak tak nak mintak maaf? " Adib Ezra sekdar mahu mengusik Alyssa. Alyssa jadi malu sendiri. Sudah banyak kali rupanya dia hampir terlanggar Adib Ezra dek sikap nakalnya yang suka main kejar-kejar bila ada yang mengusik. Siapa lagi kalau bukan Syafiq yang suka sangat mengusik Alyssa.
"Sorry. Saya tak sengaja. Lain kali saya tak buat lagi!" Alyssa mengangkat tangan berikrar. Comel. Getus hati Adib Ezra. Melihat Adib Ezra yang tersenyum-senyum Alyssa jadi geram.
"Jangan nak senyum-senyum boleh tak?" semakin lebar senyum Adib Ezra.
"Garang juga awak ni ya?"
"Saya memang garang. Awak saja tak tahu,"
"Macam mana saya nak tahu. Awak sombong sangat. Tak pernah nak tegur saya. Saya panggil pun awak buat tak dengar," Alyssa jadi teringat kejadian beberapa minggu lepas. Dari makmal Biologi, Alyssa melalui bilik kelas 4 Beta untuk sampai ke kelasnya di 4 Delta. Semasa melalui kelas 4 Beta, Alyssa seperti mendengar suaranya di panggil. Tetapi Alyssa langsung tidak menoleh kerana tidak mengenali suara itu. Rupa-rupanya Adib Ezra yang memanggil nama Alyssa. Itu pun setelah diberitahu oleh Aisyah. Adib Ezra memanggil Alyssa untuk menyampaikan pesan Ustazah Siti Hajar kepada kelak 4 Delta.
Alyssa jadi malu sendiri. Otaknya sedang ligat memikirkan seusatu untuk membuang rasa malunya. Tiba-tiba Alyssa jadi teringat kejadian petang tadi di kem tentera. Selepas tamat aktiviti fizikal. Semua pelajar berkumpul di dewan untuk sesi perkongisan pengalaman. Sebagai fasilitator, Alyssa dan fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada ahli MPP dan PRS duduk bersila di bahagian belakang dewan. Sedang asyik mendengar kisah peserta-peserta kursus, telinga Alyssa sempat menagkap satu dengkuran halus di belakangnya. Bila Alyssa menoleh, Alyssa melihat sesusuk tubuh tersandar di dinding dengan muka bertutup denga topi Nike berwarna biru. Tidak lain dan tidak bukan, Adib Ezra lah orangnya. Alyssa menghadiahkan sekeping pelekat harga di topi Adib Ezra. Alyssa tersenyum-senyum sendiri.
"Penat ke jaga sidang redaksi sampai tertidur di kem tentera?" Alyssa mengusik Adib Ezra.
"Oooo... awak la yang lekat tanda harga kat topi saya!" Alyssa tidak dapat lagi menahan tawanya. Adib Ezra membulatkan matanya menyebabkan Alyssa semakin galak ketawa. Mereka terus bercerita tentang perkhemahan dan berlarutan hingga ke cerita-cerita luar perkehmahan. Hampir jam 12 tengahmalam, Adib Ezra mengiringi Alyssa ke bilik komputer semula untuk menyambung tugas-tugas mereka yang tertangguh.
Pergilah Sepi (Part 3)
15 years ago
No comments:
Post a Comment