CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 4, 2012

Pelangi Ungu - Bab 7

Adib Ezra. Jiwanya sering terasa kosong. Segala isi hati tidak tahu telah di buang ke mana. Sesekali Adib Ezra terfikir, apakah ini hukuman buat dia yang telah mempermainkan hati seorang perempuan seperti Alyssa. Kekosongan jiwanya tidak pernah rasa terisi biarpun Adib Ezra didampingi ramai wanita. Tapi, Alyssa hanya cinta monyet.. cinta di zaman persekolahan. Cinta yang Adib Ezra rasa sangat mustahil untuk di realisasikan. Adib Ezra tidak pernah terfikir untuk membawa Alyssa pergi lebih jauh dari frasa 'cinta monyet'. Lalu bila menjejak kaki ke menara gading, cinta Adib Ezra mula beralih arah. Alyssa di tinggalkan begitu sahaja. Khabar Alyssa pun tidak pernah di tanya. Cuma kadang-kadang ada teman - teman sekolah yang sekampus dengannya membawa khabar tentang Alyssa. Menurut Syafiq yang masih berhubung dengan Alyssa, Alyssa pernah menjalin hubungan dengan teman sekampus tetapi putus juga di tengah jalan. Alyssa kecewa lagi kerana cinta. 

Saban hari saban waktu Adib Ezra selalu merindui Alyssa. Hidupnya terasa sunyi tanpa Alyssa. Surat-surat Alyssa sering diulang baca. Kemeja ungu corak petak-petak pemberian Alyssa sering di pakai setiap kali Adib Ezra mengingati Alyssa. Sudah hampir luntur warnanya dek kerana selalu di cuci. Itulah kemeja kesayangan Adib Ezra. Dia selalu merasa aLyssa ada dekat dengannya setiap kali dia memakai kemeja itu. Walaupun sering di ejek Syafiq, tetapi Adib Ezra tidak peduli. Ya, sudah tentu Syafiq tahu kemeja itu Alyssa yang hadiahkan kerana Syafiq lah orang yang menyampaikan hadiah tersebut kepada Adib Ezra. Waktu itu hubungan Adib Ezra dan Alyssa sudah bagai di hujung tanduk, lalu Alyssa titipkan saja kemeja yang sudah terlanjur di beli untuk Adib Ezra pada Syafiq. 

" Maaf mengganggu, sudah terlanjur membeli. Ada baiknya diserahkan sahaja kepada dia yang di niatkan untuk di beri"

Itulah nota terakhir Alyssa buat Adib Ezra. Lima tahun yang lalu. Selepas itu, hidup Adib Ezra terus kosong. Kosong tanpa Alyssa.  Alyssa sudah tidak mampu lagi di gapai. Setelah mengerti bahawa hati Alyssa tidak biasa ditandingi, saatnya sudah terlambat kerana hati Alyssa sudah di miliki insan lain. Walaupun pada akhirnya hati Alyssa di robek lagi. Namun Adib Ezra tidak berani utnuk tampil mencantum hati Alyssa yang berkecai untuk kali kedua.  Sesungguhnya Alyssa gadis yang kuat.  Cinta tidak akan pernah mematahkan semangatnya. Sebaliknya Alyssa menjadi lebih kuat dan kukuh. Buktinya, Alyssa menyapa Adib Ezra dengan bersahaja saat mereka terjumpa di majlis reunion rakan-rakan sekolah bebrapa minggu  yang lalu. Reaksi Alyssa  seolah-olah diantara mereka tidak pernah ada apa-apa hubungan hati sebelum ini. Hanya Adib Ezra sahaja yang berdebar-debar jantung hatinya melihat Alyssa yang tersenyum manis bila melihat Adib Ezra. 

" Adib, apa khabar? Lama tak jumpa kan? Kau buat apa sekarang?" terpana Adib Ezra bila di sapa Alyssa begitu. Kau? Sudah sahih. Alyssa menganggapnya seperti teman-teman yang lain.
" Adib macam ni la. Masih sama macam dulu. Tahun akhir, insyaAllah," Adib Ezra sedaya - upaya menyembunyikan gugup di hatinya. "Lyssa apa khabar? Lama menyepi.." Adib Ezra kurang pasti apakah itu soalah atau ayat penyata. Bunyinya canggung dan mendatar.
"Aku biasa-biasa je. Macam ni la. Merangkak-rangkak nak habiskan degree," Alyssa ketawa kecil. " Aku ke sana dulu. Nak jumpa Syafiq," Adib Ezra tidak smepat menahan. Alyssa berlalu mendapatkan Syafiq.

Sungguh Adib Ezra tidak menjangka akan bertemu Alyssa hari itu. Paksaan Syafiq rupanya ada makna. Alyssa tampak anggun dengan gaun sederhana dalam warna 'Emerald Green' dan berselendang hitam. Sepadan pula dengan Syafiq! Mahu saja rasanya Adib Ezra meminta ehsan Syafiq untuk menukar kemeja nya dengan Adib Ezra. Biar dia yang sedondon dengan Alyssa. Namun dia tidak segila itu.


Adib Ezra menutup kembali album gambar yang menyimpan puluhan keping gambar Alyssa. Album itu di simpan sejak sekian lama. 


No comments:

Post a Comment