CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 17, 2013

Pelangi Ungu - Bab 10

Perkhemahan Akhir Tahun Sekolah
2003

Alyssa tidak dapat menahan lagi matanya yang sudah sangat mengantuk. 'Pooh bear' yang menemaninya sejak tadi tidak tahu entah kemana. Pasti berjalan ke mana-mana di bawa tangan-tangan nakal beberapa orang temannya yang turut berada di bilik komputer itu. Alyssa sudah tidak kuasa untuk merebut 'Pooh bear' yang lebih mesra mereka panggil Miss Pooh dari tangan-tangan nakal pelajar lelaki. Penat berebut. Mereka masih lagi mengusik. Alyssa akhirnya membiarkan sahaja. Artikel tentang aktiviti perkhemahan harus di siapkan malam ini juga sebelum di cetak untuk di edarkan keesokan paginya. Sandra sudah bertanya lebih dari 5 kali kepada Alyssa tentang artikel itu. Rasa menyesal pula Alyssa menyertai 'team' editorial majalah sekolah yang secara tidak langsung turut menjadi 'ahli majlis' untuk buletin sekolah. Lebih parah lagi terpaksa bersengkang mata untuk menerbitkan buletin perkhemahan tahunan sekolah yang ditebitkan setiap hati sepanjang perkehmahan berlangsung. Penat!. Siang menjadi fasilitator perkhemahan. Malam pula perlu menyiapkan satu artikel untuk buletin perkehmahan. Walaupun cuma satu artiket yang perlu di siapkan, namun keletihan siang menyebabkan idea menulis Alyssa tumpul bila menjelang malam.

"Alyssa!!! Aku terpadam artikel kau!!" jeritan Sandra benar-benar meluruhkan jantung Alyssa. Baru beberapa minit lalu Sandra mengambil alih tempat Alyssa untuk mengedit dan memasukkan artikel yang dikarang Alyssa dengan sehabis daya, kini semuanya telah terpadam.

"Eee... kau ni!! Tadi aku nak pindah dalam pendrive kau tak kasi!! Nak cepat sangat!" marah benar Alyssa. Sandra rasa benar-benar bersalah. Sandra tahu Alyssa sudah penat. Untuk menghasilkan sebuah artikel yang baik bukanlah mudah. Lebih-lebih lagi dalam masa yang singkat. Silap Sandra. Kerana menyangka dia sudah menampal keseluruhan ayat yang dipotong dari artikel Alyssa, dia dengan yakin menekan butang simpan untuk fail artikel yang telah di taip Alyssa. Bila di semak kembali, rupa-rupanya hanya pendahuluan yang di tampal pada ruangan buletin. Bila membuka kembali fail artikel Alyssa yang di simpannya sebentar tadi, hanya tajuk sahaja yang ada di situ. Isinya sudah di 'cut' tetapi tidak di 'paste' ke tempat yang sepatutnya. Kerana Sandra sudah menekan butang 'SAVE', maka kekunci 'undo' sudah tidak berguna lagi.

Alyssa melangkah longlai menuju ke dewan sekolah. Di dewan masih ada beberapa pelajar yang sedang tekun menyiapkan pentas untuk majlis penutupan malam esok. Alyssa mengambil tempat di salah sebuah kerusu yang sudah sedia tersusun di situ. Kelihatan seorang pelajar sedang memotong huruf-huruf dari kepingan-kepingan polisterin. Beberapa orang lagi sedang mewarna polisterin yang sudah di potong menjadi huruf-huruf sederhana besar. Di satu sudut lain, beberapa orang pelajar tingkatan 2 sedang menggunting kertas berwarna menjadi bentuk segitiga untuk di cantum dan dijadikan banner. Di luar dewan beberapa orang pelajar tingkatan 4 sedang mengangkat pasu-pasu bunga untuk di letakkan dan di susun di atas dewan. Alyssa tekun melihat rakan-rakannya menyelesaikan tugas masing-masing. Fikirannya kembali ke bilik komputer. Pasti Sandra dan teman-teman lain sedang bingung memikirkan artikel lain untuk menggantikan artikelnya yang sudah terpadam secara tidak sengaja oleh Sandra.

"Meriah kan malam ni," satu suara kedengaran di belakang Alyssa.

Pada awalnya Alyssa mengambil langkah berdiam diri sahaja. Sedang meneka-neka suara siapakn yang berkumandang di cuping telinganya. Alyssa tidak cam suara itu. Seperti tidak pernah menyapa gegendang telinganya sejak hampir setahun dia menghuni sekolah ini. Alyssa akhirnya mengambil langkah tunggu dan lihat.

"Macam nak buat kenduri je," suara itu kedengaran lagi.

Alyssa menoleh ke kiri, kanan dan belakang. Tiada sesiapa pun di di situ selain dirinya dan... jantung Alyssa tiba-tiba sahaja mahu berhenti. Selang beberapa kerusi di belakangnya duduk seorang jejaka tampan bermata sepet sedang tersenyum manis padanya. Alyssa seperti bermimpi. Sepanjang hampir sepuluh bulan Alyssa menghuni di sekolah itu, hanya baru hari ini atau lebih tepat lagi malam ini lelaki itu menegurnya. Teragak-agak Alyssa mahu membalas senyuman itu. Sebentar kemudian, lelaki itu bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arah Alyssa lantas mengambil tempat selang satu kerusi di sebelah Alyssa. Kali ini, jantung Alyssa benar-benar mahu berhenti. Alyssa jadi kaku. Adib Ezra! Ya, Adib Ezra buat pertama kalinya menegur dan mahu beramah mesra dengan Alyssa. Sebelum ini bukan tidak pernah Alyssa melihat Adib Ezra seperti mahu menegurnya tetapi Alyssa yang selalu mengelak untuk bertembung dengan Adib Ezra. Awal-awal lagi Alyssa sudah di momokkan dengan cerita pelajar-pelajar lama bahawa Adib Ezra merupakan seorang romeo di sekolah. Jadinya Alyssa mengambil langkah selamat untuk tidak melibatkan diri dengan Adib Ezra. Walaupun pada hakikatnya ketampanan Adib Ezra serba sedikit telah mencuit hati Alyssa. Namun bila melihat kemesraan Adib Ezra dengan pelajar-pelajar perempuan tidak mengira senior atau junior, Alyssa jadi lebih nekad menjauhkan diri daripada Adib Ezra. Berkawan pun Alyssa tidak mahu.

***************************************

Sepanjang perkhemahan, Adib Ezra menjadi pemerhati setia susuk wajah lembut milik Alyssa. Sejak Alyssa mendaftar sebagai pelajar tingkatan 4 di sekolah mereka sejak hampir 10 bulan yang lalu, Adib Ezra tidak pernah bertegur sapa dengan Alyssa. Alyssa di lihatnya sebagai gadis yang sombong pada permulaannya. Diakui juga oleh beberapa orang pelajar lelaki. Namun setelah beberapa bulan, gelaran sombong Alyssa terhakis dari dirinya. Alyssa tampak di senangi oleh sesiapa sahaja. Alyssa umpama jinak-jinak merpati. Nampak mudah didekati. Tapi bila didekati, dia akan pergi melarikan diri. Belajar di kelas yang berlainan menyebabkan Adib Ezra tidak punya kesempatan untuk bertegur sapa dengan Alyssa. Pernah juga dia cuba menyapa, tetapi tidak pernah berhasil. Alyssa yang tidak pernah berenggang dengan teman-teman baiknya menjadikan usaha Adib Ezra untuk mengenali Alyssa makin mustahil.

Melihat Alyssa yang sedang duduk bersendirian di dewan besar sekolah telah membuka peluang kepada Adib Ezra untuk memulakan langkah pertama. Kebetulan tadi dia turut berada di bilik komputer semasa kejadian Sandra terpadam artiket Alyssa. Selaku salah seorang pimpinan tertinggi MPP, dia telah di tugaskan untuk memantau sidang redaksi buletin perkhemahan. Tugas yang di sambut dengan hati yang senang walaupun terpaksa bersengkang mata asalkan Alyssa ada bersama. Saban malam Adib Ezra akan menghuni bilik komputer bersama-sama sidang redaksi buletin perkhemahan. Dan saban malam juga Adib Ezra semakin mengerti dan mengenali Alyssa. Alyssa yang manja kerana setiap malam membawa Miss Pooh bersama ke bilik komputer. Alyssa yang periang kerana setiap kali ada sahaja usikannya yang mengundang tawan teman-temannya. Alyssa yang manis kerana senyuman Alyssa bisa membuat Adib Ezra tidak lena tidurnya.

Alyssa di sebelah masih lagi senyap. Adib Ezra sedang mencari-cari kata yang sesuai untuk memulakan perbualan dengan Alyssa kerana 2 ayat pembuka katanya sebentar tadi tidak mendapat respon dari Alyssa.

"Maaf ya. Tadi hampir terlanggar awak masa kat dalam bilik komputer.." antara dengar dengan tidak sahaja ayat yang keluar dari mulut Alyssa. Namun Adib Ezra sudah senyum lebar.

" Hampir terlanggar saya masa kat kem tentera siang tadi.. dan di koridor semalam, awak tak nak mintak maaf? " Adib Ezra sekdar mahu mengusik Alyssa. Alyssa jadi malu sendiri. Sudah banyak kali rupanya dia hampir terlanggar Adib Ezra dek sikap nakalnya yang suka main kejar-kejar bila ada yang mengusik. Siapa lagi kalau bukan Syafiq yang suka sangat mengusik Alyssa.

"Sorry. Saya tak sengaja. Lain kali saya tak buat lagi!" Alyssa mengangkat tangan berikrar. Comel. Getus hati Adib Ezra. Melihat Adib Ezra yang tersenyum-senyum Alyssa jadi geram.

"Jangan nak senyum-senyum boleh tak?" semakin lebar senyum Adib Ezra.

"Garang juga awak ni ya?"

"Saya memang garang. Awak saja tak tahu,"

"Macam mana saya nak tahu. Awak sombong sangat. Tak pernah nak tegur saya. Saya panggil pun awak buat tak dengar," Alyssa jadi teringat kejadian beberapa minggu lepas. Dari makmal Biologi, Alyssa melalui bilik kelas 4 Beta untuk sampai ke kelasnya di 4 Delta. Semasa melalui kelas 4 Beta, Alyssa seperti mendengar suaranya di panggil. Tetapi Alyssa langsung tidak menoleh kerana tidak mengenali suara itu. Rupa-rupanya Adib Ezra yang memanggil nama Alyssa. Itu pun setelah diberitahu oleh Aisyah. Adib Ezra memanggil Alyssa untuk menyampaikan pesan Ustazah Siti Hajar kepada kelak 4 Delta.

Alyssa jadi malu sendiri. Otaknya sedang ligat memikirkan seusatu untuk membuang rasa malunya. Tiba-tiba Alyssa jadi teringat kejadian petang tadi di kem tentera. Selepas tamat aktiviti fizikal. Semua pelajar berkumpul di dewan untuk sesi perkongisan pengalaman. Sebagai fasilitator, Alyssa dan fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada ahli MPP dan PRS duduk bersila di bahagian belakang dewan. Sedang asyik mendengar kisah peserta-peserta kursus, telinga Alyssa sempat menagkap satu dengkuran halus di belakangnya. Bila Alyssa menoleh, Alyssa melihat sesusuk tubuh tersandar di dinding dengan muka bertutup denga topi Nike berwarna biru. Tidak lain dan tidak bukan, Adib Ezra lah orangnya. Alyssa menghadiahkan sekeping pelekat harga di topi Adib Ezra. Alyssa tersenyum-senyum sendiri.

"Penat ke jaga sidang redaksi sampai tertidur di kem tentera?" Alyssa mengusik Adib Ezra.

"Oooo... awak la yang lekat tanda harga kat topi saya!" Alyssa tidak dapat lagi menahan tawanya. Adib Ezra membulatkan matanya menyebabkan Alyssa semakin galak ketawa. Mereka terus bercerita tentang perkhemahan dan berlarutan hingga ke cerita-cerita luar perkehmahan. Hampir jam 12 tengahmalam, Adib Ezra mengiringi Alyssa ke bilik komputer semula untuk menyambung tugas-tugas mereka yang tertangguh.

Thursday, January 10, 2013

Pelangi Ungu - Bab 9

Ku coba singkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku
Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
kau pergi jauh kerana salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada
Asmara
Memisahkan kita
Mengingatkaku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahawa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnay ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Setiap bait lagu yang di baca terasa menusuk hati dan jantung Alyssa. Suara serak - serak basah Firman, penyanyi lagu ini terngiang-ngiang di telinga Alyssa. Lagu 'Kehilangan' menerjah masuk ke dalam 'Inbox' facebook Alyssa seawal subuh pagi ini. Pengirimnya tidak lain dan tidak bukan adalah Adib Ezra. Terasa bagaikan Dejavu. Bait lagu itu juga pernah menerjah masuk ke 'Inbox' facebook Alyssa bberapa bulan lalu. Tetapi masa itu Alyssa lebih senang menekan butang padam dan mengahapuskan pesanan itu bersama pengirimnya sekaligus. Untuk kali ini, Alyssa sekadar membiarkan sahaja tanpa memberi sebarang balasan.

Jiwangnya dia! Tapi kalau betul, kenapa dia tak datang bertemu aku 'face to face'? Setahu aku dia bukan lelaki yang pengecut. Mungkin dia segan. Memanglah dia segan! Aku buat tak layan masa majlis 'reunion' hari tu. Alyssa tersenyum sendiri.

Alyssa! Takkan dengan beberapa lirik lagu kau dah cair?! Akal rasional Alyssa tiba-tiba menjerit. Hari tu buka main lagi menyampah kau dekat mamat tu. Sampai sanggup nak terjun bangunan. Ish..Ish.. Alyssa..Alyssa..

Adib Ezra cinta pertama Alyssa. Bagaimana benci sekalipun Alyssa pada Adib Ezra, Alyssa tidak pernah secara total melupakan Adib Ezra. Bayang - bayang Adib Ezra selalu berada dekat dengan Alyssa. Meskipun Alyssa sempat menyemai cinta dengan teman sekampus beberapa tahun lalu, namun Adiz Ezra sebenarnya tidak pernah terkubur dari kamus hati Alyssa.

"Kalau dia datang balik pada aku, tak mustahil aku akan terima dia semula," itu kata-kata yang pernah diucap oleh Alyssa kepada Widat sedikit masa dahulu. Ya. Mungkin sebab itu juga Alyssa sangat membenci Adib Ezra. Benaci kerana Alyssa tidak pernah berjaya melupakan Adib Ezra. Benci kerana dengan selalu terkenangkan Adib Ezra, Alyssa tidak dapat untuk memberi sepenuh hatinya kepada orang lain. Benci kerana Adib Ezra selalu menjadi inspirasinya. Nasihat-nasihat yang pernah diberikan oleh Adib Ezra sentiasa tersemat di hatinya. Mana mungkin dia dapat melupakan Adib Ezra. Semakin besar bencinya kepada Adib Ezra, semakin besar juga rindunya buat lelaki itu.

Alyssa mengeluh halus. Hati.. kenapa terlalu degil?

Pertemua pertama dengan Adib Ezra menari-nari di dalam kotak fikiran Alyssa.

Monday, January 7, 2013

Pelangi Ungu - Bab 8

Malam ini Alyssa terasa aneh. Aneh sekali. Wajah yang sudah lama tidak diundang tiba-tiba hadir dalam fikiran Alyssa. Bagaikan mimpi buruk. Ya! Mimpi buruk kerana Alyssa tidak pernah mahu wajah itu muncul lagi di fikiran apatahlagi di mata Alyssa. Serius! Alyssa tidak mahu. Alyssa juga tidak sudi utnuk menatap wajah itu. Wajah yang sudah Alyssa buang jauh - jauh . Wajah yang tidak mungkin pernah Alyssa undang lagi dalam kotak fikiran. Wajah yang sudah Alyssa lempar jauh ke dasar Laut Mati. Ya. Sejauh itu. Kalau boleh mahu Alyssa 'delete' dari 'memory card' juga 'recycle bin'. Biar tidak pernah ketemu lagi.

Namun siapalah Alyssa untuk menolak takdir Allah s.w.t. Wajah itu tiba - tiba muncul di depan mata Alyssa. Rasa mahu saja Alyssa lari. Tapi harus lari ke mana? Alyssa tidak punya pilihan. Lalu Layssa terpaksa menadap wajah itu dengan perasaan yang bagaikan di tolak-tolak untuk pergi.

Adib Ezra. Menyebut nama itu sahaja buat Alyssa rasa muak dan mahu terjun bangunan. Sebesar itu muaknya Alyssa pada pemilik nama Adib Ezra. Kalau diikutkan hati, mahu saja Alyssa lempang seribu kali muka tak seberapa tampan Adib Ezra. Tetapi Alyssa masih gadis yang tahu sopan santun. Lagi pula Alyssa sedang berada di majlis, walaupun sekadar majlis teman-teman sekolah. Alyssa tahu menghormati majlis. Alyssa tidak mahu kecerian majlis bertukar tragedi.Tragis tujuh keturunan jawabnya dan tujuh keturunan juga nama Alyssa akan disebut sebagai perosak majlis.

Saat Adib Ezra menyapanya, Alyssa tidak punya pilihan lain selain daripada melayani sapaan Adib Ezra. Dengan suku hati, pertanya Adib Ezra dijawab seadanya sahaja. Alyssa sedaya upaya 'meminjam' wajah 'biasa - tidak ada apa-apa' yang Alyssa belajar daripada watak Bree Van Da Kamp, salah satu watak dalam siri kesukaan Alyssa, Depserate Housewife. Sambil mengukir senyuman kepada Adib Ezra, mata fikiran Alyssa terbayangkan senyuman Bree. Makin lebar senyum Alyssa pada Adib Ezra. Biar koyak hati kau tengok senyuman aku yang lebar nih. Getus hati Alyssa. Misi Alyssa malam itu adalah untuk menunjukkan kepada Adib Ezra bahawa Adib Ezra tidak pernah meninggalkan kesan kedapa hidup Alyssa. Alyssa mahu Adib Ezra tahu yang Adib Ezra sudah tidak ada maknanya lagi kepada Alyssa. Walaupun ada sekelumit benci untuk Adib Ezra, namun tidak Alyssa tayangkan kerana menurut pujangga tak bertauliah bernama Widat, benci itu tandanya sayang. Maka, Alyssa tidak mahu Adib Ezra mengesan apa-apa perasaan sayang yang masih bersisa dalam hati Alyssa untuk Adib Ezra.

Sepanjang majlis, Alyssa duduk semeja dengan beberapa teman yang lain temasuk Syafik dan Adib Ezra. Alyssa tidak punya pilihan kerana Zaida sudah menyimpan satu tempat duduk untuknya di meja itu. Mujur Syafik yang duduk di sebelah Alyssa. Kebetulan pula Syafiq mengenakan kemeja sedondon dengan 'maxi dress' warna 'Emerald Green' yang dipakai Alyssa dan sedikit sebanyak telah mencuri perhatian dan usikan teman-teman mereka yang hadir. Alyssa sempat mengesan pandangan cemburu hati Adib Ezra. Dalam diam Alyssa tersenyum senang.

Tuesday, December 11, 2012

:: Mode : Piluk ::

Petang Selasa... melodrama sikit...

Piluk rasa ati ngenang diri...

Semua orang dah beranak pinak..

Aku tok juak belom..

Lambat rezeki aku..

Sabar jak la..

Tapi sampe bila nak sabar..

Berubat dah macam-macam jak ditelan..

Belom juak menjadi..

Gney la gaya nak molah..

Allah belum gik nak merik..

Lamak-lamak ancor juak ati tok..

Teringin menar dah rasa ati tok..

Nak merasa dirik pregnant..

Nak merasa beranak..

Nak merasa jadi mak...

Giney perassan jadi mak oo?

Mesti best..

Rindok ati nangga baby..

Dalam pada ya, sayuk juak ati..

Sabar lah hati..

Kelak ada nya..

Mungkin masa belom sesuai gik..

Yang pasti, Allah ada rencana nok lebih bagus agik..


Monday, June 4, 2012

Pelangi Ungu - Bab 7

Adib Ezra. Jiwanya sering terasa kosong. Segala isi hati tidak tahu telah di buang ke mana. Sesekali Adib Ezra terfikir, apakah ini hukuman buat dia yang telah mempermainkan hati seorang perempuan seperti Alyssa. Kekosongan jiwanya tidak pernah rasa terisi biarpun Adib Ezra didampingi ramai wanita. Tapi, Alyssa hanya cinta monyet.. cinta di zaman persekolahan. Cinta yang Adib Ezra rasa sangat mustahil untuk di realisasikan. Adib Ezra tidak pernah terfikir untuk membawa Alyssa pergi lebih jauh dari frasa 'cinta monyet'. Lalu bila menjejak kaki ke menara gading, cinta Adib Ezra mula beralih arah. Alyssa di tinggalkan begitu sahaja. Khabar Alyssa pun tidak pernah di tanya. Cuma kadang-kadang ada teman - teman sekolah yang sekampus dengannya membawa khabar tentang Alyssa. Menurut Syafiq yang masih berhubung dengan Alyssa, Alyssa pernah menjalin hubungan dengan teman sekampus tetapi putus juga di tengah jalan. Alyssa kecewa lagi kerana cinta. 

Saban hari saban waktu Adib Ezra selalu merindui Alyssa. Hidupnya terasa sunyi tanpa Alyssa. Surat-surat Alyssa sering diulang baca. Kemeja ungu corak petak-petak pemberian Alyssa sering di pakai setiap kali Adib Ezra mengingati Alyssa. Sudah hampir luntur warnanya dek kerana selalu di cuci. Itulah kemeja kesayangan Adib Ezra. Dia selalu merasa aLyssa ada dekat dengannya setiap kali dia memakai kemeja itu. Walaupun sering di ejek Syafiq, tetapi Adib Ezra tidak peduli. Ya, sudah tentu Syafiq tahu kemeja itu Alyssa yang hadiahkan kerana Syafiq lah orang yang menyampaikan hadiah tersebut kepada Adib Ezra. Waktu itu hubungan Adib Ezra dan Alyssa sudah bagai di hujung tanduk, lalu Alyssa titipkan saja kemeja yang sudah terlanjur di beli untuk Adib Ezra pada Syafiq. 

" Maaf mengganggu, sudah terlanjur membeli. Ada baiknya diserahkan sahaja kepada dia yang di niatkan untuk di beri"

Itulah nota terakhir Alyssa buat Adib Ezra. Lima tahun yang lalu. Selepas itu, hidup Adib Ezra terus kosong. Kosong tanpa Alyssa.  Alyssa sudah tidak mampu lagi di gapai. Setelah mengerti bahawa hati Alyssa tidak biasa ditandingi, saatnya sudah terlambat kerana hati Alyssa sudah di miliki insan lain. Walaupun pada akhirnya hati Alyssa di robek lagi. Namun Adib Ezra tidak berani utnuk tampil mencantum hati Alyssa yang berkecai untuk kali kedua.  Sesungguhnya Alyssa gadis yang kuat.  Cinta tidak akan pernah mematahkan semangatnya. Sebaliknya Alyssa menjadi lebih kuat dan kukuh. Buktinya, Alyssa menyapa Adib Ezra dengan bersahaja saat mereka terjumpa di majlis reunion rakan-rakan sekolah bebrapa minggu  yang lalu. Reaksi Alyssa  seolah-olah diantara mereka tidak pernah ada apa-apa hubungan hati sebelum ini. Hanya Adib Ezra sahaja yang berdebar-debar jantung hatinya melihat Alyssa yang tersenyum manis bila melihat Adib Ezra. 

" Adib, apa khabar? Lama tak jumpa kan? Kau buat apa sekarang?" terpana Adib Ezra bila di sapa Alyssa begitu. Kau? Sudah sahih. Alyssa menganggapnya seperti teman-teman yang lain.
" Adib macam ni la. Masih sama macam dulu. Tahun akhir, insyaAllah," Adib Ezra sedaya - upaya menyembunyikan gugup di hatinya. "Lyssa apa khabar? Lama menyepi.." Adib Ezra kurang pasti apakah itu soalah atau ayat penyata. Bunyinya canggung dan mendatar.
"Aku biasa-biasa je. Macam ni la. Merangkak-rangkak nak habiskan degree," Alyssa ketawa kecil. " Aku ke sana dulu. Nak jumpa Syafiq," Adib Ezra tidak smepat menahan. Alyssa berlalu mendapatkan Syafiq.

Sungguh Adib Ezra tidak menjangka akan bertemu Alyssa hari itu. Paksaan Syafiq rupanya ada makna. Alyssa tampak anggun dengan gaun sederhana dalam warna 'Emerald Green' dan berselendang hitam. Sepadan pula dengan Syafiq! Mahu saja rasanya Adib Ezra meminta ehsan Syafiq untuk menukar kemeja nya dengan Adib Ezra. Biar dia yang sedondon dengan Alyssa. Namun dia tidak segila itu.


Adib Ezra menutup kembali album gambar yang menyimpan puluhan keping gambar Alyssa. Album itu di simpan sejak sekian lama. 


Thursday, May 31, 2012

Pelangi Ungu - Bab 6

Duhai malam 
Damai pelukan mu
Dingin mu menghilangkan bahang siang
Namun resah hati kian terasa
Kekasih hati berjauhan


Butang 'Send' di tekan. Rangkap lagu pantas melayang kepada penerima nun jauh di seberang.


Beep. Beep. Balasan diterima.


Damai pelukanmu? Saya tak pernah peluk awak... 


Bodoh. Aku cakap pasal malam. Bukan cakap pasal kau.


Malam la. Bukan awak. Perasan! 


Ahahaha. Saja nak test awak. Balasan diterima. Alyssa mencebik.


Hati Alyssa berbunga. Rindunya pada lelaki itu membuak-buak. Saban hari hanya mendengar suara di corong telefon. Lagu 'Duhai Malam' dendangan Intan Sarafina bermain - main di kotak fikiran Alyssa. Dan lagu ini begitu tepat menggambarkan perasaannya saat itu.


Duhai malam 
Apakah si dia
Jua merenung bulan yang mengambang
Kerapku jenguk ke luar jendela
Apa khabarnya di sana


Pesanan seterusnya yang masuk menambahkan kuntum - kuntum senyum di hati Alyssa.


****************************


"Kau ni kenapa Lyssa? Senyum sorang - sorang. Kena sampuk ke?"


"O mak kau terbalik!" sergahan Widat telah membawa Alyssa kembali ke alam realiti. Serta - merta kenangan manis menghiris kalbu itu bertebaran pergi meninggalkan benak Alyssa. Alyssan menutup kenangannya rapat-rapat. Tidak mahu dikesan oleh Widat. Alyssa hanya sekadar teringat bukan kerana masih sayang.


"Apa kes kau dengan jajaka idaman malaya kat kolej sebelah tu?" Alyssa mengerutkan dahi. Siapa jejaka idaman malaya?


"Siapa? Aku tak kenal pun mana-mana lelaki yang layak bergelar jajaka idaman malaya kat U kita ni," Widat menepuk dahi. Apa la lembab sangat budak ni.


"Yang kau dok hari-hari berkepit tu siapa?" Alyssa mula mengerti. Siapa lagi kalau bukan Iskandar. Tapi, jejaka idaman malaya? Biarlah.


"Kenapa dengan Abang Is?" Alyssa pura-pura tidak mengerti. Widat kalau di layan memang panjanglah ceritanya. Habislah di siasatnya. 


"Kau gaduh ke dengan dia? Semacam je aku tengok," Widat menunggu jawapan Alyssa. Sudah seminggu dia tidak melihat Alyssa lepak dengan Iskandar. Waima nama Iskandar pun tidak keluar dari mulut Alyssa. Tiada jawapan daripada Alyssa. Widat malas ambil peduli. Hari ini dia tidak berperasaan untuk menjadi penyiasat. Widat berlalu meninggalkan Alyssa sendirian. Membiarkan Alyssa menyambung lamunannya. Di dalam hati Widat seperti tahu siapa yang muncul dalam lamunn Alyssa. Siapa lagi kalau bukan lelaki yang sudah menjadi suami orang itu. 


Alyssa... Alyssa... 


Widat hanya mampu mengeluh sendiri. Dari luaran, Alyssa nampak begitu tegar melawan semua perasaannya terhadap lelaki yang telah mengecewakan Alyssa sedikit masa dahulu. Sebagai perempuan, Widat mengerti perasaan Alyssa. Keakraban Alyssa dengan Iskandar bukan seusatu yang asing bagi Widat. Sejak di tahnu pertama lagi Widat sudah arif tentang hubungan baik Alyssa dan Iskandar. Cuma sejauh mana hati mereka Widat tidak mampu untuk meneka. 


Pada Widat, Iskandar tidak ubah seperti seorang abang kepada Alyssa. Alyssa di layan seperti seorang adik yang manja. Semua kemahuan Alyssa jarang sekali di pandang sepi oleh iskandar. Sakit pening Alyssa selama di kampus Iskandar yang ambil peduli. Sehingga ada yang menyalahertikan hubungan baik di antara Alyssa dan Iskandar. Pernah juga Alyssa di datangi seorang kakak senior yang mengaku sebagai teman wanita Iskandar dan meminta agar Alyssa menjaukan diri daripada Iskandar. Alyssa terkejut bukan kepalang pada waktu itu. Bukan terkejut kerana ada yang mengaku sebagai teman wanita Iskandar, tetapi terkejut kerana kakak senior itu datang menyerang Alyssa sambil marah-marah.  Seminggu juga Alyssa menjauhi Iskandar kerana bimbang di serang lagi. Bukan kerana takut cuma tidak mahu mencari masalah. Seperti Alyssa, Widat juga tahu bahawa Iskandar sering menjadi perhatian siswi di kampus. 


Widat membiarkan permasalahn Alyssa dan Iskandar berlalu begitu sahaja. Dia yakin mereka sendiri tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah mereka seandainya mereka memang punya masalah. 











Thursday, March 1, 2012

Pelangi Ungu - Bab 5

Bunyi telefon bimbit Alyssa begitu membingitkan telinga. Alyssa hanya membiarkan sahaja telefon bimbitnya memekakkan telinga kerana Alyssa sedang sibuk menyiapka kertas kerja untuk dibentangkan kepada Pengerusi persatuan  a.k.a Adha Adli. Salah Alyssa juga kerana suka mengerjakan seusuatu di saat-saat akhir. Itulah tabiat buruk Alyssa yang sukar untuk di kikis. Sekarang Iskandar sedang mengejar-ngejarnya untuk melihat hasil yang sepatutunya sudah siap hari ini. Rangka kertas kerja yang diserahkan oleh Iskandar kepadanya sejak minggu lepas baru selamam di beleknya. Sungguh Alyssa terlupa.

"Lyssa, kot ye pun kau tak nak jawab phone kau tu, please turn your phone to silent mode dear," Widat dari kamar sebelah sudah tidak tahan lagi mendengar bunyi bingit telefon bimbit Alyssa.

"Kuat eh bunyi phone aku?" Alyssa termalu sendiri.

"Macam nak pecah!" balas Widat. Alyssa hanya tersengih-sengih sambil menukar profile telefon bimbitnya kepada 'Silent Mode'. Widat mengambil tempat di atas katil Alyssa. Pelik melhat Alyssa yang terlebih sibuk hari ini sehingga tidak menyertai mereka yang lain bermain tenis pagi tadi. Alyssa malas mahu memperdulikan Widat. Alyssa meneruskan kerjanya. Ada masa sejam lagi sebelum pukul 12 tengahari. Sebelum makan tengahari nanti Alyssa mahu berjumpa dengan Iskandar.

"Yes!!! Siap!!" Alyssa menekan 'print' pada komputer ribanya. Alyssa lantas mencapai telepon bimbitnya untukemenghantar pesanan ringkas kepada Iskandar. 15 missed call! Alyssa bertawakal sahaja. Pasti Iskandar akan memarahinya sebentar lagi.

Iskandar terpaksa mengikuti seminar anjuran Jabatan Kejuruteraan Elektirik selama 2 hari. Kerana itu, Iskandar telah mengamanahkan Alyssa untuk menaip rangka kertas kerja yang telah disediakannya. Dengan harapan apabila dia selesai seminar hari ini, dia sudah melihat kertas kerja program yang dirancangnya bersama Alyssa sudah tersusun dan siap untuk di bentangkan kepada Pengerusi persatuan. Sejak pagi tadi, panggilan telefonnya tidak berjawab. Kalaulah Alyssa lelaki, sudah lama di menyusul Alyssa di bilik asramanya. Mesti tak buat lagi ni. Getus hati Iskandar. Dia bukan tidak tahu peel Alyssa yang satu itu. Pelupa dan suka buat kerja di saat-saat akhir. Dalam kegelisahan menanti panggilannya berjawab, satu pesanan ringkas masuk ke telefon bimbit Iskandar. Alyssa!

              'Salam. Jumpa Lyssa kat Meranti pukul 12.30'

Ringkas! Iskandar sengaja tidak membalas. Dia berkira-kira mahu mengenakan Alyssa. Biar Alyssa turut merasa apa yang dia rasa. Iskandar bersiap ala kadar dengan baju-T dan jeans. Setelah mengunci pintu bilik, Iskandar terus berjalan menuju ke Arked Meranti. Dia tidak berniat untuk bertemu terus dengan Alyssa. Dia mahu menyeksa sedikit perasaan Alyssa. Sebab itu dia pergi lebih awal. Sampai di Arked Meranti, Iskandar mencari naik ke tingkat satu. Dia mencari sudut yang agak terpencil yang dia yakin Alyssa tidak akan dapat perasan kelibatnya di situ. Hampir sepuluh minit menunggu, Iskandar melihat susuk tubuh Alyssa memasuki Arked Meranti. Alyssa di lihat sedang mencari - cari tempat duduk. Iskandar masih lagi memerhati. Setelah melihat Alyssa mengambil tempat duduk, telefon bimbit Iskandar berdering. Nama Alyssa tertera di skrin telefon bimbitnya. Iskandar hanya membiarkan deringan mati begitu sahaja tanpa niat untuk menjawab pangilan itu. Sengaja mahu mendera Alyssa.

15 minit menunggu, Alyssa sudah tidak keruan. Pesanan ringkasnya tidak berbalas. Panggilannya juga tidak berjawab. Mana pulak orang tua ni? Rungut hati Alyssa. Alyssa memberi tempoh 10 minit lagi untuk menunggu. JEmarinya masih lagi ligat menekan nombor telefon Iskandar di telefon bimbitnya. Masih tidak berjawab. Alyssa jadi geram. Alyssa tidak mahu menunggu lagi. Alyssa terus angkat kaki meninggalkan Arked Meranti. Perut yang lapar tidak dipedulikan. Iskandar yang melihat Alyssa yang sudah bangun dan meninggalkan Arked Meranti segera turun untuk mendapatkan Alyssa.

"Alyssa!" panggilan Iskandar tidak di endahkan. Alyssa melayan rajuknya.

"Alyssa. Berhenti!" suara Iskandar tiba-tiba meninggi. Timbul perasaan geram di hatinya terhadap Alyssa yang degil. Langkah Alyssa terhenti. Namun dia tidak menoleh ke belakang. Takut untuk berhadapan dengan Iskandar. Jika di analisa dari suara, Iskandar memang sedang marah.

"Kenapa tak tunggu ? Tak sampai pun setengah jam! Abang tunggu Lyssa dari pagi tau tak? Kenapa Lyssa suka main-main macam ni? Bila nak belajar serius sikit. Be more responsible, Alyssa!" meskipun dengan volume yang rendah, intonasi marah, kesal dan geram tidak dapat di singkirkan. Alyssa kecut perut. Matanya fokus menghitung jemari kakinya. Juga fokus menghitung helaian rumput dan batu di jalan. Alyssa masih takut untuk menatap wajah Iskandar walaupun di sebenarnya terlalu ingin melihat seperti apa riak wajah Iskandar sekarang. Tanpa mengangkat wajah, Alyssa menghulurkan sampul surat berisi kertas kerja program kepada Iskandar. Setelah yakin sampul surat bersambut, Alyssa terus membuka langkah seribu menuju ke pintu masuk Kolej Tun Fatimah meninggalkan Iskandar. Dia tidak mahu Iskandar mengejarnya. Walaupun cuak melihat kemarahan Iskandar, jauh di sudut hati Alyssa terhiris bila Iskandar memarahinya.

Di pintu pagar KTF, Iskandar hanya mampu memerhati bayang Alyssa yang semakin menghilang. Terbit rasa kesal kerana meninggikan suara kepada Alyssa sebentar tadi. Iskanar hanya mampu berharap rajuk Alyssa tidak berpanjangan.