BAB 2
11.30 malam. Mata masih belum lelap. Fikiran masih singgah di istana yang aku singgahi petang tadi. Adakah ini satu konspirasi?
“Hye. You must be Adinda, right?” satu suara lembut menyapaku. Aku sekadar tersenyum. Seorang gadis cantik sedang berjalan menghampiriku. Cantik bertudung litup. Ayu.
“Jemputlah masuk. Sorang je?”
“Ya. Sorang jer. Cik ni Ardina?” si gadis mengangguk. Nilah bakal pengantinnya. Detik hatiku. Senanglah kerja aku nanti. Mesti mak andam melompat tengok Ardina. Cantik. Senang nak andam. Aku terbayang Kak Safura, juru andamku yang bermulut becok itu. Kali ni, Kak Safura mesti senang hati sebab bakal pengantin tak susah nak di andam. Muka dah cantik, kata Kak Safura satu masa dulu. Geli hati bila mengenangkan Kak Safura.
“Setelah mengambil tempat duduk di kerusi empuk itu, aku membuka segala khazanahku. Ardina meminta diri sebentar. Sambil menunggu Ardina kembali, aku mempersiapkan segala khazanahku untuk di bentangkan kepada Ardina sebentar nanti. Sedang aku menyusun khazanahku, Ardina kembali dengan sedulang minuman dan kuih-muih.
“Jemputlah minum dulu Cik Adinda,”
“Just call me Dind,” Ardina mengangguk sambil memberikan aku sebuah senyuman paling menawan. Bertuahnya lelaki ynag bakal berkahwin dengan Ardina. Terdetik perasaan cemburu di hati ku. Oh, Tidak! Sesiapa juga yang memiliki aku pasti juga akan beruntung. Ehehe… Adinda..Adinda..Tak habis - habis berangan.
“ Hmmm.. ni ada brochure. Ardina tengok dulu. Pilih mana yang bekenan,” Ardina kelihatan begitu teruja menyambut brochure yang ku hulurkan. Sesekali dia bertanya untuk mendapat kepastian tentang beberapa pakej yang aku tawarkan. Aku dengan senang hati melayan setiap pertanyaan Ardina. Daripada warna hinggalah susunatur majlis, semuanya Ardina meminta pendapatku.
“Hmmm… Next week Dina pergi kedai Dinda boleh? Dina nak kena present kat abang dulu,”
“Boleh je. Hari apa tu? Dinda pun nak kena check schedule dulu. Kalau Dina dating hari Rabu boleh? Petang… After 2?” Dina mengangguk pantas.
“Assalamualikum…” kedengara suara memberi salam. Dina meminta diri sebentar untuk melihat siapakah gerangan yang memberi salam. Sayup – sayup kedengaran suara Ardina berbual mesra dengan tetamu yang datang. Sementara menunggu Ardina kembali, aku menyimpan semua barang – barang ku dan berkemas untuk beredar. Jam juga sudah menunggukkan angka 7 malam. Terlalu leka melayan Ardina sehingga tidak sedar masa 2 jam berlalu dengan begitu pantas. Ardina kehitan sedang menuju kea rah ku bersama dua lelaki.
“Abang, ni wedding planner kita. Cik Adinda,” Aku sekadar mengangguk dan memberi sedikit senyuman sebagai tanda hormat.
“ Dind, ni tunang Dina. Zain Rahimi,” sekali lagi aku berbalas senyuman dengan tunang Ardina. Tampan orangnya. Memang sepadan dengan Ardina. Bagai pinang di belah dua.
“Adinda….what a coincident…” dunia tiba – tiba menjadi gelap – gelita. Telingaku tak pernah salah mendengar. Memang suara itu sudah ku pangkah sejak sekian lama.
“Adinda dah lupa ke pada Kekanda?” muka ku sudah merona merah. Kalau tidak mengenang adab yang aku warisi sejak sekian lama, sudah lama aku pergi dari situ. Apalah takdir yang menemukan aku dengan mangkuk hayun ni.
*************************************************************************
Hari ini, temujanjiku dengan Ardina. Secara keseluruhan, aku senang bekerjasama dengan Ardina. Sebelum datang untuk temujanji hari ini, dia terlebih dahulu menghantar email gambar baju yang menjadi pilihannya. Senang untuk aku buat homework katanya. Dan itu sangat menyenangkanku. Hari ini, hanya perlu ambil ukuran badan dan pemilihan fabric sahaja. Semalam aku sudah berbincang panjang dengan pereka fesyen ku, Kirana. Beberapa option untuk fabric sudah dibincangkan semalam. Begitu juga dengan kombinasi warna yang sesuai. Tentang warna, Adrina memilih putih gading untuk upacara akad nikah, gabungan magenta dan gold untuk majlis resepsi di rumah perempuan dan juga gabungan turquoise dan silver untuk majlis resepsi pihak lelaki.
Temujanji hari ini bukan di markasku tetapi di butik Kirana. Seawal jam 10 pagi aku sudah menekan loceng butik Kirana. Senyuman manis Kirana sudah pasti menyambut kedatangan ‘wedding planner’ tersohor abad ini. Cheewah…kalau bab perasan, aku memang nombor satu.
Ardina sampai tepat pada masanya. Sementara menunggu Zain sempat juga berbual –bual kosong dengan ardina.. Banyak yang sempat kami bualkan. Ardina juga sempat bercerita bagaimana dia berkenalan dengan Zain dan akhirnya mengambil keputusan menerima lamaran lelaki itu walaupun hanya menganli anatara satu sama lain selama sebulan melalui abang sepupunya. Aku sedikit kaget bila Ardina menyebut nama abang sepupunya. Rupanya si mangkuk hayun tu abang sepupu Ardina. Kecilnya dunia.
“Haa..tu pun diaorang. Panjang umur. Baru je sebut dah sampai,” Ardina menyambut kedatangan si buah hati dengan senyum meleret.
“Maaflah, terlambat sedikit. Tunggu Asyraf tadi. Sibuk nak ikut,” Asyraf yang mengekori langkah Zain hanya tersenyum kambing.. Loya tekak aku tengok.
Sepanjang sesi perbincangan dengan Kirana, Asyraf sekadar menjadi pemerhati. Cuma sekali sekala dia mengutarakan pendapat jika di minta oleh Zain. Selebihnya, Ardina dan Zain sendiri yang banyak menguratakan pendapat dan menberi idea – idea. Kirana memainkan peranan penting didalam perbincangan pagi ini. Aku? Jadi pak pacak la. Apa lagi? Ehehe… ada juga mencatat apa yang perlu. Dua jam berlalau begitu pantas. Kirana sudah mula mengambil ukuran badan Ardina. Zain menunggu giliran. Kini tinggal aku dengan Asyraf di situ. Menunggu Kirana menyelesaikan tugasnya. Masing – masing mengunci bicara. Aku kekok berada di situ berdua dengan Asyraf.
“ehem..” cuping telingaku menangkap suara Asyraf. Namun tidak aku pedulikan kerana telefon binbitku turut menarik perhatian. ‘Selamat,’ bisik hatiku. Amanda di hujung talian.
“Ya Manda. Ada apa sih?” kedengaran suara Amanda cemas sekali. Amanda adalah sepupuku dari Jakarta. Menuntut di Kuala Lumpur sekali gus tinggal bersama keluarga ku.
“ Tas Manda… di copet kak,” aku tegamam sebentar. Di copet? Astagfirullah. Amanda di ragut. Aku berjaya menterjemah maksud kata – kata Amanda.
“ Manda lagi ada di mana? Kakak ke sana sekarang,” dihujung talian Amanda memberitahuku lokasi kejadian. Amanda masih di situ. Setelah mematikan talian, aku titipkan pesan pada Asyraf yang sedang tekun memerhatiku. Tapi Asyraf menitipkan pesan itu pula kepada pembantu Kirana. Langkahnya mengejarku. Terus menarik tanganku menghampiri keretanya yang kebetulan berada di hadapan butik Kirana.
“Saya hantar,” aku seakan – akan di pukau. Menurut sahaja langkah Asyraf. Yang ada difikiranku sekarang hanyalah Amanda.
“ Giant Wangsa Maju,” spontan aku memberi arahan kepada Asyraf. Dalam perjalanan aku sempat bercerita tentang Amanda yang di ragut berhampiran Giant Wangsa Maju. Mujur butik Kirana tidak berjauhan dari situ. Lebih kurang 15 minit memandu, aku sudah melihat kelibat Amanda yang sedang terjelepok di tepi jalan.
“Manda ok?” aku lantas keluar daripada kereta dan menghampira Amanda. Amanda ku iring memasuki kereta Asyraf.
“Asyraf, kita buat report dulu boleh?” sesungguhnya aku merasa sangat memerlukan seseorang untuk meenmaniku kala ini. Aku pernah di ragut suatu masa dahlu dan aku tahu bagaimana rasanya. Fobia. Kerana pernah di ragut, aku menjadi lebih berhati – hati.
“ No problem,” saat itu aku merasakan Asyraf seorang lelaki yang sangat budiman. Asyraf sabar menanti aku menmani Amanda membuat laporan polis. Walaupun kebarangkalian untuk mendapat kembali beg tangan yang diragut adalah tipis, tetapi laporan polis penting untuk Amanda bagi memudahkannya memohon kad pengenalan dan passport baru. Selesai membuat laporan aku menemani Amanda pejabat konsulat Indonesian untuk menguruskan dokumen – dokumen yang perlu.
“ Alhamdulillah,” Amanda mengucap syukur. Kala ini kami bertiga sedang mengisi perut di sebuah restoran di Ampang. Hampir jam 4 petang. Kulihat Asyraf makan bersungguh – sungguh. Lapar benar dia.
“ Makasih ya Kak Dinda, Bang Asyraf. Kalo enggak ada kalian berdua, Manda pasti bingung sih,”
“ Nanti belanja saya makan tau,” Asyraf berseloroh. Aku secara tidak sengaja mencubit lengan Asyraf. Budak baru ditimpa musibah, dia sibuk nak minta belanja.
“Bisa aja deh. Tinggal bilang aja di mana…kapan. Manda siap kok. Tapi bukan sekarang. Manda lagi pokai sih,”
“Pokai? Sejak kapan sih tau ‘pokai’?”
“Ala Kak, berguru dengan Zifa kok. Hari – hari bilang pokai. Hahaha,” Amanda gelak besar. Aku hanya menggeleng. Terbayang wajah Zifa. Kasihan adikku. Masih bersekolah.Memanglah 'pokai'.
No comments:
Post a Comment