BAB 7
Siti Nuraisyah merenung wajah Muzammil yang sedang lena. Simpati pada adiknya itu tidak dapat dibendung lagi. Kerana kesalahan yang sedikit, Muzammil menjadi mangsa kegilaan Endang. Muzammil cuma tidak menyahut panggilan Endang. Muzammil yang sedang khusyuk menyiapkan tugasan sekolahnya tidak mendengar suara Endang yang memanggilnya dihalaman rumah. Endang yang sedang marah kerana panggilannya tidak bersahut naik ke rumah dan mengetuk pangkal hidung Muzammil. Tidak cukup dengan itu Endang memukul Muzammil dengan rotan halusnya sambil mulutnya tidak henti menyumpah seranah Muzammil. Setelah puas memukul, Endang bertindak menyiram Muzammil dengan air panas. Mujur Muzammil sempat mengelak dan hanya bahagian tangannya sahaja yang terkena air panas yang mendidih. Masih terngiang – ngiang kata – kat aEndnag ke telingan Siti Nuraisyah.
“ Biar mampus kau kat situ. Bapak kau buat aku merempat. Biar aku buat korang pun sama merempat. Kau mati lagi baik. Tak payah aku bagi makan,”
Siti Nuraisyah menggeleng – geleng kepala bila mengenangkan kata – kata Endang. Setahunya, setiap bulan ayahnya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun Endang untuk perbelanjaan rumah. Dan setahu Siti Nuraisyah, jumlah yang di kirimkan bukan sedikit tapi mencecah 4 angka. Mustahil jumlah itu tidak cukup untuk menyara mereka adik – beradik. Lagipula mereka bukan tinggal di bandar. Sepanjang pemerhatian Siti Nuraisyah, Endang boleh dikatakan hidup mewah dengan wang perbelanjaan yang di kirimkan oleh ayahnya. Baju Endnag sering berganti. Barang kemas juga sering bertambah. Siti Nurbaya yang berusia setahun lebih itu juga dipakaikan gelang dan subang emas. Apa lagi yang kurang sehingga Endang menyatakan hidupnya merempat? Siti Nurasiyah lelah memikirkan tentang Endang. Siti Nuraisyah memandang sekilas wajah Muzammil. Sayu. Pilu.
No comments:
Post a Comment