CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 29, 2011

Kasih Farhana - Bab 2

BAB 2
Nabila menggosok matanya. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang di lihatnya. Betul ke atau aku ni sedang bermimpi? Berkali – kail dia mencubit pipinya. Nabila masih tidak percaya melihat wajah di hadapannya kini. Kenangan bertahun – tahun dulu bermian – mian di benaknya. Kenapa dia muncul lagi? Apa yang membawa di sampai ke sini? Kenapa dia sendirian? Pelbagai persoalan menghantui fikirannya.
“ Hai Nabila. Dah tak kenal saya ke?” Nabila terkedu. Suara itu tetap dikenal walaupun sudah bertahun tidak mendengarnya.
“ Hmm... Encik Aidid Danial kan? Saya Nabila. Wakil Sarabina Conusltant,” Nabila cuba bersikap profesional. Dia sedar dia dalam waktu bertugas. Kedatangannya ke sini atas dasar tugas. Aidid Danial berdehem beberapa kali. Mungkin malu pada gadis di hadapannya. Dia juga cuba bersikap profesional. Mereka berdua kemudiannya beriringan ke bilik mesyuarat.
Aidid Danial merenung siling. Pertemuan semula dengan Fatin Nabila membuka kembali sejarah lama. Sejarah yang sedaya upaya untuk ditimbusnya. Kini ianya muncul kembali. Tidak pernah menyangka dia akan berurusan dengan Fatin Nabila unutk projek syarikatnya. Bagaikan mimpi. Tapi itu adalah kenyataan. Nabila yang berdiri di hadapannya siang tadi adalah Nabila yang sama yang pernah dikecewakannya bertahun dahulu. Kini gadis itu tampak lebih matang. Dari segi pertuturannya, Nabila nampak lebih berkeyakinan walaupun gayanya bersahaja. Dari segi penampilan, Nabila nampak anggun dengan busana yang menepati ciri – ciri muslimah sejati. Memang sejak dahulu lagi Nabila nampak anggun di matanya sehingga tidak ada gadis lain yang dirasakan lebih anggun daripada Nabila. Hasrat hatinya untuk mengajak Nabila keluar makan malam tidak kesampaian apabila Nabila menolak dengan memberikan alasan dia sudah ada temujanji dengan seorang rakannya di sini. Aidid Danial hampa.
Nabila bergegas ke lif bila melihat jam tangannya menunjukkan nagka 8.00 malam. Dia ada temu janji dengan Farhana. Di lobby hotel, Nabila sudah melihat kelibat sepupunya menunggu. Farhana sudah mencekak pinggang.
“ Sorry Farah, aku tertidur tadi. Penat sangat,” Farhana mencebik.
“ Iyolah tu. Jom la. Dah lewat ni. Kang mengamuk pula Amal tunggu lama – lama,” Nabil amengerutkan dahi. Amal?
“ Eh, yang kau macam orang terkejut ni kenapa? Takkan kau dah lupa Amal ada kat sini. Diakan baru mendaftar kat UTS minggu lepas,” Nabila menepuk dahi. Baru teringat tentang Amal. Dia menyangka Amal turut mendapat tawaran daripada UNIMAS seperti Saffiyah.
“ Lupa pula aku. Ingatkan dia kat UNIMAS je,” Nabila menggaru kepalanya yang tak gatal. Dasar pelupa. Farhana memang faham benar dengan sikap pelupa Nabila. Dia akan lupa sesuatu yang dirasakannya tidak penting.
Farhana memandang Nabila yang sedikit pendiam malam itu. Jarang sepupunya itu berkelakuan begitu. Nabila memang ramah mulut. Amal juga pelik melihat perlakuan Nabila.
“ Diam je Kak Bila ni. Banyak sangat ke kerja sampai dah tak larat nak bercakap?”
Nabila menggeleng kepala.
“ Tak ada la. Kak Bila biasa je. Macam mana dengan study kau? Ok ke ko?” Amal sekadar mengangguk.
“ Boleh la. Masih permulaan. Belum banyak lecture sangat. Amal pun belum kenal sangt course yang Amal ambil ni. Nak bercinta dulu dengan course ni. Lepas tu baru boleh nak komen,”
“ hmm.. dengarlah kau cakap adik aku ni Bila. Entah iya ke tidak tuh,” Amal mencebik bibir mendengar komen Farhana. Seketika Amal berlalu ke bilik air.
“ Farah, kau nak tau tak?” Farhaan mengerutkan kening.
“ Apa dia?”
“ Aku jumpa Aidid,” Farhana sedikit terkejut.
“ Maksud kau Aidid, ex-boyfriend kau yang dulu tu?” Nabila mengangguk.
“ Kau return back dengan dia ke?”
“ Hish, takde kerja aku nak berbaik balik dengan dia,”
“ Dah tu?”
“ Dia client aku,” Farhana mengangguk. Dia mengerti kini kenapa Nabila hanya diam sejak tadi.
“ Pedulikanlah dia tu. Buat bodoh je,”
“ Memang la aku dah tak hairankan dia tu. Tapi aku takut dia buat macam dulu lagi,”
“ Ganggu kau macam dulu? Gila talak?” Nabila mengangguk. Farhana faham benar masalah Nabila dan Aidid Danial. Selepas hubungan mereka terputus kerana Aidid kononya terpaksa mengikut pilihan keluarga, Nabila tidak pernah hidup tenteram. Saban hari Aidid mengganggu dan merayunya untuk kembali. Lantaran tidak tahan dengan gangguan dan bimbang disangka buruk oleh keluarga Aidid, Nabila akhirnya mengambil keputusan menukar semua nombor telefonnya. Nabila juga sanggup bertukar tempat kerja demi mengelak daripada Aidid. Mujur keluarga berpindah ke rumah baru beberapa bulan kemudian. Ini menyukarkan lagi pencarian Aidid. Dan Aidid terus lenyap daripada hidup Nabila. Nabila puas hati kerana usahanya tidak sia – sia. Aidid tidak lagi mengganggunya. Dia bebas daripada Aidid.
“ aku tak nak dia ganggu aku lagi. Aku dah ada kehidupan baru,” Farhana mengangguk tanda mengerti. Malam itu, selesai makan malam, Farhana menghantar Nabila kembali ke hotel. Keesokannya, dia kembali semula ke Kuching. Tugasnya di sini sudah tamat dan dia berharap agar dia tidak bertemu lagi dengan Aidid. Dan dia juga berharap agar Aidid tidak lagi mengganggunya seperti hari – hari lalu.

***************************************************************************************************************
Siti Nuraisyah memandang kosong ke halaman rumah Nek Lara. Dia mencari kelibat adik – adiknya. Yang kelihatan hanya Siti Nurhuda yang sedang asyik membaca di bawah pohoh kelapa rendang di halaman rumah nek Lara. Yang lain menghilang entah ke mana. Bila memikirkan adik – adiknya, Siti Nuraisyah menjadi gundah. Sebagai kakak yang sulung, dia merasa tanggungjawab ke atas adik – adiknya. Namun, yang merunisngkan hatinya ialah sikap adik – adiknya yang tidak pernah mahu mendengar katanya. Setiap kali di tegur, pasti ada yang melawan. Setiap kali diberi tugas, ada yang ingkar. Malah adik -adiknya tidak pernah menunjukkan rasa hormat padanya sebagai seorang kakak. Siti Nuraisyah teringat perbualannya dengan kakak – kakak sepupunya beberapa bulan yang lalu. Bila dia meminta pendapat tentang masalah itu, masing – masing memberikan tips kepadanya.
“ Cah kena tegas dengan adik – adik. Kalau mereka tak dengar cakap Cah, Cah pukul je,” pendapat Saffiyah ditentang oleh Farhana.
“ Mana boleh macam tu. Memukul bukan cara yang baik unutk mendidik. Kalau Cah selalu pukul, mereka takkan ada lagi rasa takut pada Cah. Bak kata orang, alah bisa tegal biasa. Mereka dah lali kena pukul dan tak akan takut bila Cah cakap nak pukul. Cah pernah ke pukul adik- adik Cah?” Siti Nuraisyah menggeleng. Lapang dada Farhana melihat gelengan itu.
“ Cah juga jangan berkasar dengan adik – adik Cah. Yang penting, Cah kena sabar. Tunjukkan qudwah hasanah pada adik – adik Cah. InsyaAllah, Kak Bila yakin adik – adik Cah akan sedar juga nanti dan akan rasa hormat pada Cah. Bila mereka tak hormatkan Cah, Cah tegur cara berhemah. Gunakan sindiran yang boleh menyuntik hati mereka. Jangan sesekali Cah pukul atau herdik mereka terutama sekali si Amil tu. Takut nanti dia menjadi semakin degil. Sabarlah Cah,” Siti nuraisyah hanya mengangguk. Nasihat – nasihat kakak sepupunya itu akan di ingatnya. Dia juga sering berdoa agar suatu hari nanti adik – adiknya tidak lagi degil.
Siti Nurhuda menutup buku cerita Puteri Gunung Ledang yang dibacanya. Niatnya untuk pulang ke rumah. Dia terpandang Siti Nuraisyah di jendela sedang termenung. Memandang kakaknya, timbul rasa simpati di hatinya. Mungkin dia masih terlalu kecil untuk menyelami hati kakaknya itu. Yang dia tahu, kakaknya seorang yang bertanggungjawab. Balik sahaja dari sekolah, kakaknya akan memastikan mereka adik – beradik makan tengahari dan menyiapkan semua tugasan sekolah sebelum keluar bermain. Semua kerja rumah dibereskan oleh Siti Nuraisyah. Memasak, mengemas juga mencuci. Hanya sekali – sekala kakaknya dibantu oleh mereka adik beradik. Kesian Kak Cah. Bisik hati Siti Nurhuda. Siti Nurhuda berlalu dan menuju ke rumahnya yang bersebelahan dengan rumah Nek Lara. Siti Nurhuda melihat Siti Nursyuhada dan Siti Nurraihah sudah sibuk ke tempat mandi.
Senja semakin beransur. Siti Nuraisyah menutup jendela. Sebentar lagi akan berkumandnag azan Maghrib. Muzammil sudah siap berbaju melayu. Terbetik rasa bangga di hati Siti Nuraisyah. Walaupun degil bila di suruh, adik lelakinya itu rajin ke surau dan tidak hidup terasing daripada orang kampung.

No comments:

Post a Comment