CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 29, 2011

Pelangi Ungu - Prolog

Aku melihat sekeliling. Mungkin untuk kali yang terakhir. Menatap keindahan panorama petang di kampus ini. Esok.. aku akan meninggalkan kampus. Pengajianku di sini sudah tamat. Dua tahun setengah, aku menjadi pelajar sepenuh masa di Fakulti Alam Bina. Kali ini rasanya lebih berat rasanya untuk meninggalkan bumi bertuah ini.

Jika 5 tahun dulu, aku berat meninggalkan kampus ini hanya kerana beratnya hati untuk meninggalkan cinta yang baru ku semai. Tidak sempat melakar lebih banyak kenangan terindah, terpaksa berpisah kerana masing – masing harus pulang ke kampung untuk menabur bakti di tanah sendiri.

Itu dahulu. Kini keadaannya nyata sekali berbeza. Aku terasa berat untuk pergi dari sini lantaran seribu satu titis keringat dan air mata yang telah aku taburkan di sini. Berat meninggalkan insan – insan bergelar sahabat yang sejati. Tiada lagi cinta yanga ku dambakan di sini namun ada sesuatu yang lebih daripada itu. Sesuatu yang telah menjadikan aku lebih tahu diri. Sesuatu yang telah menjadikan aku seorang yang mampu bertahan untuk hari ini. Segala kepayahan yang aku lalui di sini kali ni benar – benar telah menjadikan aku lebih dewasa.

Ya… aku lebih dewasa kini. Merenung langit biru ini menjadikan aku sayu. Aku bakal rindu pada panorama ini. Biar apa pun. Aku tidak akan melupakan setiap sudut dan juga setiap detik yang telah aku lalui selama 5 tahun aku menghuni kampus ini. Aku tidak pernah bosan untuk berada lebih lama di sini. Namun, aku harus pulang ke tanah tumpah darahku. Pulang untuk selama – lamanya. Mungkin.

Saat pergi tiba juga akhirnya. Perpisahan yang tidak diundang pasti akan tiba lewat masa yang berlalu. Itu pasti. Setiap yang bertemu pasti akan berpisah. Cepat atau lambat, perpisahan itu pasti akan berlaku.

Berada di awan biru, aku merasa semakin jauh dari tempat itu. Tempat yang telah mendidik dan mengajar aku untuk menjadi lebih dewasa dan juga lebih mandiri. Selamat tinggal bumi Johor Darul Ta'zim. Aku pasti akan merindui semua yang telah aku tinggalkan di sini. Terima kasih kerana telah mengajar aku menjadi anak rantau yang sentiasa tabah dan tahu diri. Ribuan kasih kerana telah menemukan aku dengan sahabat – sahabat yang sanggup menangis…ketawa…berduka…gembira bersamaku di sini. AKu jadi teringat pada serangkap pantu lama.


Asap api embun berderai

Patah galah haluan perahu

Hajat hati tak mahu bercerai

Kuasa Allah siapalah yang tahu


Ya…tiada siapa yang tahu melainkan Allah. Setiap perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk hambanya. Aku jadi pasrah dengan semua ini. Cuma harapanku, ukhuwah yang terjalin selama aku di sini tidak akan terhenti begitu sahaja.

******************************************************************************

No comments:

Post a Comment