CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 29, 2011

Kasih Farhana - Bab 9

BAB 9
Farhana membuka pintu biliknya. Matanya tertancap pada sejambak bunga pelbagai jenis di atas mejanya. Hatinya berdebar – debar. Siapa yang menghantar bunga pagi – pagi begini? Sekeping kad kecil terselit di celah – celah bunga. Farhana menarik keluar kad kecil itu.
' Cik Farah.
Maaf di atas kekasaran saya sebelum ini. Sudi berkawan?
Zakuan'
Bagai mahu tercekik Farhana membaca tulisan yang terkandung di dalam kad itu. Adakah ini satu gurauan? Apa tujuan Zakuan mengirim bunga dan meminta maaf daripadanya? Mengikut arahan Datin Rahmah? Sengaja mahu mengenakannya? Ikhlaskah Zakuan menghulur salam persahabatan dengannya? Adakan semua ini semata – mata kerana desakan Datin Rahmah? Farhana keliru. Dia teringat nombor telefon Zakuan yang masih di simpannya di dalam tas tangannya. Nombor tersebut di dail. Panggilanya tidak berjawab. Farhana mencuba lagi. Pangilan kedua juga tidak berjawab. Farhana nekad mencuba untuk kali ketiga. Nasib menyebelahinya. Panggilan kali ini berjawab.
“ Assalamualikum,” Farhana gugup. Kedengaran salamnya berjawab.
“ Waalaikumsalam,”
“ Err... Encik Zakuan ke?” Farhaan memberanikan diri.
“ Ya saya. Siapa bercakap? Ada apa – apa yang saya boleh bantu?” Alamak. Apa aku nak cakap ni. Farhana menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mencari – cari ayat yang sesuai.
“ awak ada hatar bunga kat saya pagi tadi kan? Unutk apa?”
“ Saya? Hantar bunga pada awak? Bila? Awak ni siapa?” Farhana menjadi serbasalah dengan soalan – soalan itu. Takkan Zakuan lain kot?
“ Saya Farah,”
“ La..Cik Farah rupanya. Ya , memang saya yang hantar. Cik Farah suka tak?”
“ Ermm...boleh la tahan,” Zakuan yang mendnegar mengerutkan dahi.
“ Suka la tu kan?”
“ Taklah. Saya tak cakap pun saya suka. Aa..takpe la. Terima kasih je la. Lain kali tak payah susah – susah hantar bunga. Membazir je,” Farhana terus mematikan talian. Farhana merenung jambangan bunga di hadapannya. Kalut. Dia curiga dengan niat sebenar Zakuan. Biarlah. Malas nak layan.

No comments:

Post a Comment