CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 29, 2011

Kasih Farhana - Bab 6

BAB 6
Siti Nuraisyah menahan hiba. Di sisinya, Siti Nurhuda, Nursyuhada dan Nurraihan sedang duduk berpelukan. Melihat adik -adiknya, hati siti Nuraisyah bagai dihiris belati tajam. Dia tidak tahu apa nasib Muzammil. Semasa Endang memukul Muzammil, dia dan adik – adiknya berkurung di dalam bilik. Tidak berani untuk keluar menunjukkan muka. Bimbang akan menerima nasib yang sama seperti Muzammil. Siti nurasiyah kesal kerana tidak dapat mempertahankan Muzammil. Dia hanya mempu melihat dengan linangan air mata.
Setelah Endang berlalu, Siti nuraisyah bergegas keluar dari bilik dan mendapatkan Muzammil yang sudah kelesuan. Siti Nurhuda sudah berlari ke rumah Nek Lara. Sebentar kemudian, Nek Lara tiba bersama Amran yang kebetulan ada di rumah Nak Lara tika itu. Salina turut datang menjenguk. Diraih ketiga – tiga anak saudaranya itu ke dalam pelukannya. Simpatinya melimpah ruah pada tiga gadis kecil itu.
Amran mencepung Muzammil dan membawanya ke kereta. Kecederaan Muzammil agak parah. Hidungnya berdarah dan sebahagian daripada badannya melecur di simbah air panas. Amran menahan marah. Kalau tidak dikenang Muzammil yang sedang mengerang kesakitan, mahu sahaja di mencari Endang dan mengheret wanita itu ke muka pengadilan ssat itu juga. Namun, nyawa Muzammil lebih penitng.
Selepas menghantar Muzammil ke hospital, Amran terus sahaja ke balai polis berdekatan . Kali ini dia tidak akan berlembut lagi dengan Endang. Kakak iparnya itu sudah melampau.

*******************************************************************************************
Farhana bungkam. Berita yang diterimanya pagi tadi begitu memeranjatkannya. Berita tentang Muzammil yang terlantar di hospital kerana dipukul oleh Endang menerbitkan rasa marahnya pada ibu saudaranya itu. Endang tidak pernah serik. Ini bukan kali pertama Endang memukul anak – anak tirinya sehingga menyebabkan kecederaan. Kalau tidak silap Farhana, ini kali kedua Muzammil di masukkan ke wad. Dalam kekalutan memikirakan keadaan adik sepupunya itu, telefon bimbitnya berdering. Farhana mencapai telefon bimbitnya. Nombor yang tidak dikenali tertera di skrin telefon. Farhana menekan butang hijau.
“ Hello,”
“ Assalamulaikum Farhana,”
“ Waalaikumsalam,” Farhana menjawab salam yang dihulurkan. Hatinya meneka siapakah gerangan yang menalifonnya tengahari begini. Namun, suara itu seperti mesra di perdengarannya.
“ Farhana sihat?”
“Err.. alhamdulillah sihat. Boleh saya tahu siapa bercakap?” kedengaran tawa halus dihujung talian.
“ Ya Allah. Terlupa pula nak perkenalkan diri. Seronok sangat dapat dengar suara Farhana. Ni Mak Mah la,” Farhana menjerit girang.
“ Mak Mah. Mak Mah apa kabar? Mana dapat nombor phone ni?”
“ Mak Mah sihat je. Mak Mah dapat nombor Farhana ni daripada Siti. Dia yang kasi,” Farhana mengangguk. Dia gembira sekali mendapat berita daripada Datin Rahmah. Dia tidak menyangka Datin Rahmah masih lagi mengingatinya. Perkenalan singkat dengan Datin Rahmah semasa majlis perkahwinan Siti Fatimah rupanya tidak berhenti setakat itu sahaja. Farhana amat berbesar hati kerana Datin Rahmah sudi menghubunginya. Segan pula rasa hati kerana bukan dia yang berinisiatif menghubungi Datin Rahmah terlebih dahulu. Diakhir perbualan, Datin Rahmah sempat mengusik Farhana.
“ Datanglah ke rumah Mak Mah kalau senang. Bermesra dengan keluarga Mak Mah. Mana tahu boleh jadi menantu Mak Mah,” wajah Farhaan merona merah mendnegar usikan itu. Mujur Datin Rahmah tidak berada di hadapannya.
******************************************************************************

Farhana terkenangkan majlis perkahwinan Siti Fatimah yang berlangsung sebulan lalu. Begitu pantas masa berlalu. Semasa di majlis itu, Farhana seperti terlihat wajah Zakuan, pensyarah FSKSM yang pernah bertelagah dengannya dulu. Ap alelaki itu buat di rumah Siti Fatimah? Mungkin dia saudara Siti. Mungkin juga kenalan Siti. Ataupun dia jiran tetangga Situ Fatimah. Sepanjang majlis berlansung, Zakuan yang berperanan selaku jurugambar itu bagitu cekap dengan tugasnya. Dan lebih menghairankan, Zakuan bukan lagi lelaki sombong dan bongkak seperti yang dikenalinya dulu. Zakuan yang dilihatnya nampak lebih mesra dan begitu disenangi pleh setipa yang ada di situ. Sepanjang pemerhatian Farhana, Zakuan begitu ramah menyapa setiap tetamu yang hadir tidak mengira pangkat dan rupa. Siapa Zakuan? Kenapa di kamps Zakuan dikenali sebagai seorang yag berlagak dan sombong tetapi bila di luar kampus watak Zakuan terlalu jauh berbeza. Atau mungkin lelaki yang di lihatnya itu adalah lelaki yang lain tetapi mempunyai paras yang serupa dengan zakuan. Biarlah. Aku peduli apa dia Zakuan ke bukan. None of my business.

No comments:

Post a Comment