BAB 1
Gamat. Hanya itu yang mampu menggambarkan keadaan di ruang tamu rumah desa di pinggir kampung itu. Kehadiran anak – anak menantu dan cucu menggamatkan suasana. Sambutan Maulidur Rasul kali ini tetap meriah seperti tahun – tahun yang sudah. Sudah menjadi tradisi keluarga Nek Lara untuk berkumpul setiap kali ada hari besar seperti itu. Merayakannya di kampung bersama Nek Lara lebih meriah jika dibandingkan dengan merayakannya di bandar.
Di dapur, kaum ibu masih sibuk bercerita. Bapa – bapa pula sedang sibuk berbincang tentang isu semasa. Anak – anak juga tidak kurang hebatnya. Yang dewasa dan remaja punya kumpulan sendiri. Manakala yang kanak – kanak sudah pasti sedang sibuk dengan agenda mereka sendiri. Sekali – sekala berkumpul begitu pasti akan menggunakan peluang ini sepenuhnya beramah mesra dan bertukar cerita dengan sanak – saudara.
“ Shhyy.. cuba korang diam sekejap,” enam pasang mata memandang ke arah Wardah. Mulut yang tadinya becok bercerita kini diam. Saffiyah mengangkat kening.
“ Korang tak perasan ke kat rumah ni semua dah jadi ahli panel,” Edlin, Amal dan Basyirah mengerutkan dahi. Manakala Najib dan Khairiah sudah tersenyum tanda mengerti.
“ Aku tak faham la,” Basyirah masih dalam ke'blur'an.
“ Kau ni memang la. Lambat pick-up. Cuba korang tengok. Kat sana tu ada forum mak – mak. Kat sana pula forum bapa – bapa. Lepastu, kita pula buka forum kat sini. Kat beranda tu pula adik – adik kita dengan forum kanan – kanak diaorang. Tak ke semua dah jadi ahli panel,” mereka bertujuh diam seketika sebelum pecah tawa mereka menambahkan lagi kegamatan suasana. Nek Lara senang melihat kemesraan anak cucunya. Dia bersyukur, biarpun mereka miskin harta mereka masih kaya dengan kasih sayang. Namun Nek Lara tetap susah hati kerana dalam kemesraan itu masih ada juga yang merusuhkan hati tuanya. Tetap ada yang iri hati dengan kemesraan keluarga itu.
“ Kak Farah buat apa ni?” seorang gadis kecil lingkungan 11 tahun menghampiri Farhana yang sedang sibuk menekan papan kekunci. Siti Nurhuda melabuhkan punggungnya di sisi Farhana.
“ Buat kad jemputan ni. Pening la kepala akak ni,” Siti Nurhuda memandang sekilas skrin komputer yang menjadi tatapan Farahana sejak tadi lagi. Tika semua keluarga duduk berehat di laman, kakak yang seorang ini tekun mengadap skrin komputer.
“ Nenek panggil Kak Farah. Ajak makan sekali. Semua dah ada kat bawah,” Farhana mengangguk.
“ Ok. Kejap lagi Kak Farah turun. Nak shut down pc kejap,” Siti Nurhuda masih menunggu di situ sehingga Farhana selesai memadamkan semua suis komputer.
“ Jom,” mereka berjalan beriringan. Di laman, suasana agak meriah. Farhana tersenyum sendiri melihat keriuhan keluarganya. Keluarga besar Nek Lara memang meriah. Bagi Farhana kemesraan itulah kunci kebahagian keluarga mereka sehingga kini. Farhana juga mengakui, bukan sedikit cubaan dan dugaan yang mereka hadapi selama ini. Malah, sejak Farhana kenal erti hidup dan sudah mula kenal permainan dunia, dia telah melalui pelbagai peristiwa dan setiap apa yang berlaku telah mendewasaannya.
“ Farah, apa yang tercegat lagi tu? Tak nak rasa ke sate yang Mak Teh buat ni?” Farhana menghampiri Salina. Mengambil beberapa cucuk sate ayam dan mencedok kuah sate ke dalam pinggannya. Farhana mengambil tempat di sebelah Nabila.
“ Wow.Excellent. Lepas ni boleh la Farah berguru dengan Mak Teh. Sedap,” Salina hanya tersenyum mendengar komen Farhana yang hanya muda 4 tahun daripadanya itu.
“ Dah siap kad jemputan yang Pak Teh suruh buat tadi Farah?” Amran bertanya. Farah menggeleng.
“ Belum Pak Teh. Kejap lagi Farah siapkan. Lapar ni. Melantak dulu,” Amran hanya mengangguk. Gelengan Farhana pada tugasan yang diberikan padanya sedikit pun tidak membimbangkannya. Dia percayakan anak saudaranya.
Di satu sudut, kelihatan Saffiyah, Edlin dan Khairiah sedang sibuk mengipas ayam yang dipanggang. Lagak mereka bertiga tidak ubah seperti penjual ayam panggang gerai – gerai di Benteng Selera.
“ Ayam panggang satu kak,” Amal mengangkat tangan ke arah mereka bertiga. Sengaja mengusik. Ketiga – tiga gadis remaja itu mencebik.
“ Amal, Najib. Turn korang pulak la. Dari tadi asyik kitorang je yang mengipas. Korang sedap – sedap je makan. Mana aci macam ni,” Edlin membebel memanggil Amal dan Najib. Farhana dan Nabila hanya menggeleng melihat telatah adik – adik mereka yang sering bercakaran bagai anjing dan kucing. Kalau bertemu, begitulah mereka. Yang lelaki suka menyakat yang perempuan. Yang perempuannya pula tidak pernah mahu mengalah.
“ Bestkan diaorang tu. Banyak geng. Kita ni, berdua je. Si Khalisah tu bukan ngam sangat dengan kita. Balik – balik muka kau dengan aku juga,” Farhana hanya mengangkat bahu mendengar komen Nabila.
“ Kenapa? Kau dah bosan dengan sepupu kau ni ke?” Farhana mengusik. Nabila mencubit paha Farhana.
“ Hish, mengarut la kau ni. Bukan macam tu. Cuma aras umur kau dengan aku ni sikit sangat kalau nak dibandingkan dengan diaorang tu. Meriah sikit,”
“ Alah, apa nak kisah sangat. Diaorang pun bukan tak campur kita,” Nabila mengangguk. Mengiakan kata – kata Farhana.
“ Fuh! Penatnya. Teruk la Amal tu. Rasa nak belasah je,” Safiyyah merungut.
“ Najib tu pun sama. Tak boleh tolong langsung,” Khairiah menyambung rungutan Saffiyah. Farhana dan Nabila kehairanan.
“ Apa kisah korang ni?” Farhana menyoal. Simpati melihat peluh yang memercik di dahi tiga adik sepupunya itu.
“ Amal dengan Najib tu la. Ada ke patut kitaorang ni di suruh mengipas ayam dengan ikan tu. Itukan kerja lelaki,” Nabila menggeleng mendengar komen Edlin. Salina yang masih tekun mengipas sate sekadar memerhati gelagat anak – anak saudaranya.
“ Apa nak kecoh. Mak Teh Ina tak bising pun kipas sate,” Amal yang mendengar rungutan tiga sepupunya menyampuk. Najib dan Khairil sekadar mengiakan. Saffiyah, Khairiah dan Edlin mencebik. Farhaan gelihati melihat telatah adik – adik sepupunya. Kecoh. Dalam keriuhan itu, Nabila terperasan ketiadaan Basyirah. Sepupu – sepupu yang kecil juga tidak kelihatan.
“ Basyirah mana? Tak nampak pun sejak tadi?” Nabila mengangkat bahu.
“ Syira tak sihat. Mungkin dah tidur kot. Tadi dia sakit perut. Senggugut katanya,” Edlin menerangkan ke mana hilangnya Basyirah. Farhana mengangguk. Faham benar dengan keadaan senggugut adiknya itu. Berkali – kali dia mengajak Basyirah ke klinik untuk membuat pemeriksaan tetapi Basyirah enggan. Ditambah lagi dengan kesibukan jadual tugas, Farhana jadi lupa untuk membawa Basyirah berjumpa doktor.
Malam kian larut namum halaman rumah Nek Lara masih lagi terang benderang di simbahi sinaran lampu neon. Esok rumah itu akan kembali sunyi. Semua anak dan cucu akan kembali ke kota untuk meneruskan tugas masing – masing.
No comments:
Post a Comment