CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 30, 2011

Cerpen : Tanpa Nama



Aku sudah jenuh mendengar leteran. Aku juga sudah tidak berdaya lagi memberi alasan. Aku sudah kekeringan idea. Kini, aku sekadar mendengar. Tiada lagi kata bidasan. Tiada lagi alasan. Berdiam diri adalah cara terbaik unutkku kini. Biar kebisuanku menerangkan segala – galanya. Biarlah mereka sendiri mentafsir. Aku punya matlamat hidup. Aku juga punya prinsip hidup. Sebarang peluru berpandu pun tidak bisa meruntuhkan prinsipku. Aku belum bersedia untuk bergelar seorang isteri. Masih banyak lagi yang ingin aku capai dalam hidupku. Aku tidak mahu gagal dalam setiap cita – citaku. Dan aku juga tidak mahu gagal dalam melayari bahtera rumahtangga dan pasti sekali aku tidak mahu gagal unuk menjadi seorang isteri solehah. Aku juga tidak mahu anak – anak ku terabai kerana kesibukanku mengukuhkan kerjayaku. Biarlah semuanya sudah aku bereskan, maka aku akan bersedia untuk ke alam itu.


“ Dina, tolong check kuantiti untuk tiling kat bilik ERT. Aku nak buat order,” aku sekadar mengangguk. Lantas tanganku mencapai lukisan yang berlonggok di mejaku. Aku mula mengira kuantiti yang dikehendaki. Selepas siap, aku menyerahkan hasil kiraanku kepada Maznah.
“ Siap. Kau tolong recheck balik,” Maznah mengangguk. Aku kembali semula ketempatku. Aku mencapai gagang telefon. Terus mendail nombor telefon pejabat Maya.
“ Hello. Miss Maya please,” aku menunggu seketika di talian.
“ Hello. Maya speaking,”
“ Maya, aku la,
“ Ceh. Apa mimpi call aku ni?”
“ Aku nak minta kau temankan aku pergi British Council,”
“ Kau nak buat apa?”
“ Buat la apa yang patut. Nak cuba nasib,”
“ Bukan hari tu kau dah isi borang UTM dengan UiTM ke? Apasal? Tak dapat eh?”
“ Banyak soal pulak kau ni. Nak temankan ke tidak ni?” aku bosan melayan soalan Maya yang bertubi – tubi.
“ Amboi, marah nampak. Oklah. Aku temankan. Ambil aku lunch nanti,”
“ Ok. Pukul 1 tau. Jangan lambat,” aku memberi amaran. Maya memang kurang effisien dari segi masa. Aku sudah masak benar dengan peel minah sorang ni. Selalu lambat. Yang parahnya, aku. Jadi pak pacak. Menunggu dia. Sungguhpun begitu, dialah sahabatku. Tidak pernah menolak setiap kali aku memerlukan bantuanya. Peneman dikala aku berduka. Juga penglipurlara di kala aku kegundahan. Tanpa kehadiran Maya, aku rasa cukup tertekan lantaran tiada tempat mengadu.


Pemergianku ke British Council ku rahsiakan daripada keluargaku. Aku tidak mahu mereka mengata yang bukan – bukan tentang niatku. Aku bukan ingin melarikan diri, tetapi aku sekadar ingin memanjangkan misi kerjayaku. Jika di tempat sendiri aku begitu sukar mendapat tempat, tidak salah jika aku mencuba di tempat lain. Mana tahu untung nasib aku di terima di mana – mana universiti luar negara dan untung nasib juga aku boleh mendapatkan biasiswa daripada mana – mana badan kerajaan. Aku sudah mengira – ngira budjetku. Bekerja hampir dua tahun, aku sudah mengumpul lebih RM 10 ribu. Simpanan itu termasuk simpananku di zaman kanak – kanak dulu. Kerana sering cemerlang dalam pelajaran, aku sering juga mendapat ganjaran daripada setiap A yang aku perolehi dalam setiap peperikasaan yang aku duduki. Sekurang – kurangnya lepas untuk yuran semseter pertama sebelum aku mendapat mana – mana penaja.

“ Apa senyum – senyum ni Dina?” terasa bahuku ditepuk. Kak Yus berdiri di belakangku. Aku sekadar menggeleng.
“ Tak ada apa. Saje nak senyum,”
“ Dina, akak nak tanya sikit ni,” Kak Yus memandang tepat padaku.
“ Tanyalah,”
“ Yusri masih berhubung lagi dengan Dina?” aku sekadar menggeleng.
“ Tak ada. Dah lama tak contact Dina. Dah lupa kot. Tak pun dah ada mangsa baru,”
“ Ish, apa pulak cakap macam tu. Dina tu yang jual mahal sangat. Tulah Dina, bercinta dengan orang yang salah. Kan dah frust. Kalau Dina layan je si Yusri tu dulukan ke senang. Entah – entah dah nak kahwin tak lama lagi,” aku hanya diam membisu. Menjawab bermakna aku mengheret diri kepada persoalan yang aku sendiri sudah jenuh untuk mendengarnya. Biar apa pun jawapannya, kesalahan tetap terletak di bahuku. Mungkin aku salah kerana menjalin hubungan cinta dengan jejaka dari tanah semenanjung tetapi itu bukan alasannya aku menolak huluran salam insan lain. Aku perlu lebih berhati – hati memilih cinta. Aku tidak mahu kecewa lagi.
“ Hmm.. tak apalah Kak Yus. Kalau dia memang betul – betul nak kan adik akak yang tak seberapa ni, dia akan cari juga nanti. Dahlah. Dina nak naik mandi,” aku terus berlalu meninggalkan Kak Yus yang masih belum berpuas hati.

Di bilik, aku mengenangkan kata – kata Kak Yus sebentar tadi. Yusri sudah lama ku kenali. Namun kerana butakan cinta , aku menerima Badrul sebagai teman istimewa. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Untuk menerima Yusri kembali sudah terlambat. Aku tidak boleh berpatah balik. Yusri sudah semakin jauh. Tidak mampu untuk aku gapai lagi. Mungkin dia kecewa. Tapi mungkin juga di sudah mengejar gadis lain. Aku ada juga mendengar cerita tentang Yusri yang sedang kemaruk cinta SMS dengan seorang  teman adikku. Tapi aku tidak tahu kesahihan cerita tersebut lantaran kami sudah lama tidak berhubung dan Yusri ku rasakan sudah membuang aku jauh – jauh dari hidupnya.
            Aku teringatkan Aidilfitri 2002. Pertama kali aku menemani Yusri beraya ke rumah teman – temannya atas keizinan ibu. Waktu itu hubunganku dengan Badrul masih diperingkat awal. Badrul tidak tahu tentang itu dan aku tidak pernah akan memberitahu Badrul tentang itu. Itulah satu – satunya saat manis aku bersama Yusri. 10 buah rumah yang kami singgahi, 10 kali juga kami dikatakan pasangan secocok. Bagai pinang dibelah dua. Terbit rasa bangga di hatiku saat itu. Bergandingan dengan Yusri menjadi impian gadis. Dan aku sungguh bertuah tika itu. Namun, bila teringatkan Badrul di seberang sana, terbit rasa bersalah di hatiku. Sejak itu, aku terpaksa menolak setiap pelawaan Yusri sehinggalah terbit rasa jemu di hati Yusri untukku. Bukan aku tidak punya rasa pada jejaka itu, tetapi aku sudah terlanjur menerima Badrul. Aku ingin setia tetapi setiaku pada orang yang ternyata salah dan tidak tahu menhargai diriku.  Itulah kesilapanku. Kesilapan yang menyebabkan aku kehilangan Yusri yang sangat aku dambakan kehadirannya sedikit masa lalu. Aku tersenyum sendiri.

“ Dina,” aku mendnegar namapku dipanggil.
“ Ya,” aku membalas jeritan itu.
“ Ada panggilan telefon,” aku bergegas ke tingkat bawah. Gagang bertukar tangan. Kak Yus masih lagi terpacak di sisiku. Aku mengerutkan dahi pada Kak Yus. Dia berlalu namun senyum masih dibibirnya.
“ Hello,” terdengar satu suara yang amat aku kenali.
“ Ada apa ni? Tetiba cari aku kat rumah,”
“ Dah kau pergi off handset kau. Aku call la rumah,” mendengar jawapan Rafli, aku teringatkan telefon bimbitku yang kehabisan bateri petang tadi.
“ Oo..sorry la. Bateri kong. Apa cerita?”
“ Ni ha. Kawan kau ni. Apasal tak dapat contact? Manalah dia hilang? Kot ya pun pergi mana – mana bagitaulah aku dulu,” itulah Rafli. Temanku sejak di bangku sekolah.
“ Lor.. awek kau. Takkan tanya aku pulak kot?”
“ iyelah awek aku, tapi diakan kawan baik kau. Mesti kau tau mana dia pergi,” aku teringatkan Ezani yang bertugas ke kawasan Bau unutk mendapat sampel bagi kajian makmalnya.
“ Dia tak cakap kat kau ke dia pergi Bau. Cari sample,” kedengaran Rafli menepuk dahi.
“ Ya Allah, dia ada bagitau aku 3 hari lepas. Semalam aku pergi Sri Aman. Aku lupa pulak. Oklah. Tak apa. Sorry ganggu kau,”
“ Takpe. Buat lagi,” aku sudah meletakkan gagang.
“ Siapa Dina?” Kak Yus menyoal.
“ Rafli la. Ni mesti ingat orang lain ni,” aku terus sahaja berlalu. Kak Yus memang tidak boleh di layan. Ada sahaja yang di soalnya nanti. Aku sekarang sudah fobia pada soalan.

Aku bergegas memasuki kereta. Aku sudah terlewat unutk temujanjiku dengan Maya dan Ezani. Kami bertiga sudah berjanji akan ke Dyla's Boutique untuk menempah baju unutk malis makam malam tahunan alumni sekolah kami. Sampai di depan Dyla's Boutique, aku melihat kelibat Maya bercekak pinggang di depan pintu.
“ Sorry bos. Aku lupa tadi,”
“ Banyak la kau punya lupa. Jom masuk. Kak Yus dah bising dah kat dalam tu,” aku mengekori Maya masuk. Kelihatan Ezani sedang berbual – bual dengan Kak Yus.
“ Dina nak long dress ala – ala Cinderella,” Kak Yus menggeleng.
“ Lantak koranglah. Sorang nak macam Snow White, sorang tu pula nak macam Red Riding Hood. Yang sekor ni perasan nak jadi Cindarella pulak. Apa kisah korang ni?” kami bertiga saling berpandangan.
“ Dinner tu nanti bertemakan Fairy Tales. So, kenalah pakai baju ala – ala fairy tales,” aku menerangkan.
“ Tak ada ke yang nak pakai ala – ala Puteri Gunung Ledang? Fairy Tales jugak tu,” bulat mata kami memandang kak Yus.
“ Wow.. kostum kemban tu ke Kak Yus? Maya nak la,” Ezani mepuk bahu Maya. Maya sekadar mencebik.
“ Aku ke kau yang nak?”
“ Dah..dah.. nak mula la tu. Oklah. Suka hati kamu la. Cepat, siapa nak ukur dulu?” Kak Yus memanggil pembantunya, Alina.

Hatiku berdebar – debar. Entah mengapa kali ini aku sedikit gugup untuk terus berada di dalam ballroom itu. Ezani dan Maya sudah hilang entah ke mana. Majlis belum bermula. Masih ramai yang belum mengambil tempat duduk. Aku melangkah ke sebuah meja yang masih kosong. Nanti pandai – pandailah Maya dan Ezani mencariku. Aku memilih kerusi yang mengadap ke pentas.
“ Hai,” aku menoleh. Jantungku bagaikan ingin terhenti. Apa dia buat kat sini? Kenapa Alumni sebelum ni dia tak pernah muncul?
“ Boleh saya duduk kat sini? Meja lain dah penuh,” aku melihat sekeliling. Masih banyak meja yang kosong. Aku teragak – agak mengangguk.
“ aa..aa.. duduk la,” Yusri mengambil tempat disebelahku. Degupan jantungku semakin kencang.
“ Dina datang sorang ke?” aku mengangguk. Kemudian menggeleng. Yusri mengerutkan dahinya.
“ Aa.. tak.. maksud Dina, Dina tak datang seorang. Datang dengan kawan,” wajah itu tampak seidikit kecewa.
“ Dina,” Rafli tiba – tiba muncul. Terus duduk disebelahku.
“ Excuse me. Maaf menganggu,” Yusri ingin berlalu. Tanpa sedar, aku memegang tangannya. Menahannya daripada berlalu. Aku memandang Rafli.
“ Tetiba muncul. Macam hantu. Mana Ezani?” Rafli menggaru kepala.
“ Aku baru nak tanya kau,” mendengar jawapan Rafli aku mencapai telefon bimbit yang ku sangkutkan di lilitan tali kasutku.
“ Ezani, manalah kau pergi ni. Rafli cari kau la. Oklah,” aku mematikan talian.
“ Dia suruh kau tunggu je kat sini. Kejap lagi dia datang. Dia dengan Maya kat wash room,”
“ Oklah. Reserve 3 tempat untuk kitaorang. Aku nak mengasap kejap,” aku menggeleng – geleng kepalaku. Memandang Rafli berlalu. Lupa sebentar pada Yusri di sebelah.
“ Ehem, lembut jugak tangan QS kita ni ye?” aku tersentak. Pantas menarik tanganku dari genggaman erat Yusri. Namun Yusri enggan melepaskan.
“ Awak, lepas la. Sakit tau,” Perlahan tanganku dilepaskan. Senyuman tidak lekang dari bibir Yusri. Aku termalu sendiri. Aku menggosok – gosok tanganku.
“ Sorry. Sakit ke?” Yusri mencapai tanganku. Mengusap lembut. Aku terpaku namun cepat – cepat aku tersedar dan menarik tanganku. Yusri tertawa kecil.
“ Ee... gatal,” terpacul perkatan itu dari mulutku.
“ Eleh. Tadi dia yang beria – ia pegang tangan kita,” aku tertunduk malu. Tersenyum sendiri. Hatiku mula terasa lapang.
“ Orang bukan sengaja. Eleh. Perasan,”
“ Awak takut saya lari eh?” aku mencebik.
“ Saya tak lari ke mana pun. Awak janganlah risau. Awak tu je yang selalu lari daripada saya,” belum sempat aku membalas, Ezani dan Maya datang menyertai kami.
“ Eh, Abang Mat. Macam mana boleh sesat kat sini? First time nampak datang Alumni,” Abang Mat? Siapa Abang Mat. Aku memandang Yusri dan Maya silih berganti. Ezani tampak kehairanan.
“ Ooo.. sekarang baru aku tahu. Abang Mat ni la rupanya Yusri yang kau suka tu. Ahmad Yusri,” mendengar ayat yang keluar dari mulut Ezani menyebabkan aku tidak sanggup lagi memandang wajah tampan Yusri di sebelahku.
“ Ooppss.. tersasul,” Ezani menekup mulutnya. Mulut murai. Gerutu hatiku.  Melihat aku yang sudah tidak keruan, Maya mengubah topik. Lega hatiku bila Yusri tidak lagi memandangku sebaliknya memberi tumpuan pada perbualannya dengan Maya yang duduk di kanannya. Kenapa aku tidak tahu Yusri merupakan bekas pelajar sekolahku. Bila aku ingat – ingat, bila aku masuk di tingkatan 4, dia sudah tamat tingkatan 5. Patutlah aku tidak mengenalinya. Aku pun tidak pernah bertanya. Rupa – rpanya Yusrilah Abang Mat yang selalu di sebut – sebut teman sekelasku dulu.
“ Kenapa tak pernah cakap awak suka kat saya? Tidaklah saya ternanti – nanti macam pungguk rindukan bulan,” suara halus Yusri berbisik ke telingaku mengejutkanku dari lamunan.
“ Awak, diaorang pandang la,” aku kegelisahan. Yusri tertawa kecil.
“ Eee.. sejak bila dah jadi gatal ni?” aku berkata geram. Yusri masih lagi ketawa. Semakin kuat. Aku mencubit pahanya.
“ Aduh. Ada ketam merayap,” ketawa Yusri masih lagi bersisa. Geram hatiku dengan gelagat Yusri. Ezani dan Maya hanya tersenyum – senyum memandangku. Sepanjang majlis berlansung, Yusri tidak berenggang denganku. Aku di layan seperti puteri raja. Rasa bahagia menyelinap ke sanubari. Namun, aku cuba mengawal perasaanku. Aku tidak mahu terlalu mengharap.


Aku memandang ahli keluargaku yang menghantarku di lapangan terbang. Aku mencari kelibat wajah seseorang. Dia takkan datang. Aku cuba pasrahkan hati. Dia memang bukan untukku. Sejak malam Alumni ke-3 sebulan yang lalu, aku tidak lagi mendengar khabar tentang dia. Dia terus lenyap. Aku hampa. Aku menyangkakan kemesraannya akan terus berkekalan, tetapi rupanya aku hanya bermimpi. Aku akur. Semoga kembaliku ke tanahair 2 tahun akan datang, aku dapat melupakan dia. Aku memandang ibu. Aku mengerti hati seorang ibu. Berat hatinya unutk melepaskan aku sendirian di perantauan. Ayah merstui pemergianku. Ibu akhirnya merestui setelah aku meyakinkan padanya bahawa anak yang seorang ni boleh diharapkan.
“ Dina, dah nak boarding tu. Nanti tertinggal pulak. Ke kamu tu berat hati nak pergi?” ayah mengusiku. Aku hanya membalas usikan itu dengan senyuman.
“ Apa pulak tak nak pergi. Bukan senang nak pergi oversea ni. Peluang datang sekali,” aku mencapai beg sandangku. Bersedia utnuk memasuki balai berlepas. Aku memeriksa semua dokumen perjalanan yang perlu. Setelah pasti. Aku menghampiri ibu. Kugenggam erat tangan ibu.
“ Kat tempat orang jaga diri baik – baik Dina,” aku mengangguk.
“ Mak janganlah risau. Pandailah Dina menjaga diri. Dinakan dah biasa duduk jauh,” aku cuba meyakinkan ibu.
“ Setakat dalam Malaysia ibu tak risau Dina,” aku mencium tangan ibu. Terasa lembut usapan ibu di ubun – ubunku. Aku beralih pula pada ayah. Tangan ayah ku cium. Seprti ibu, ayah juga tidak lupa berpesan agar aku pandai menjaga diri di negara orang. Setelah bersalam dengan semua ahli keluarga ku, aku memasuki balai berlepas. Ku tinggalkan keluarga tersayang. Ku tinggalkan tanahairku. Ku tinggalkan teman – temanku. Semuanya demi sebuah cita – cita. Rezekiku di sana. Aku redha walapun terpaksa ku lawan segugus rindu untuk semua yang ku tinggalkan di sini.

“ Maaf Cik Wardina,” aku menoleh. Seorang pramugari berdiri di sebelahku.
“ Ya saya,” pramugari cantik itu menyerahkan sebuah bungkusan padaku. Hatiku berdebar – debar.
“ Kiriman dari teman Cik Wardina,” aku mengucapkan terima kasih pada pramugari itu. Setelah pramugari itu berlalu, perlahan aku membuka bungkusan sederhana besar berbalut kemas itu. Siapa pengirimnya? Rasa tidak sabar untuk mengetahui isi dan pengirim bungkusan itu. Melihat isi bungkusan itu, aku terpaku. Sehelai selendang biru, sebuah album dan sebuah rantai kunci yang berukir “ Yusri Sayang Dina” . Aku menyelak album yang berhias indah itu. Album yang dipenuhi memori malam Alumni ku tatap puas – puas. Di muka terakhir, tertulis sebuah puisi bertajuk “ Puteri hati” . Kuteliti tiap bait puisi ringkas itu. Penuh makna. Aku mendakap album itu bersama selendang dan rantai kunci pemberian Yusri. Di dalam hati, aku membuat perhitungan sendiri. Saya akan setia pada awak. Saya tidak akan kecewakan awak lagi. Kali ini saya akan kembali semula sendirian. Kembali untuk membahagiakan awak. Akan ku kosongkan hatiku untuk cinta yang lain. Sebuah kotak kecil jatuh di ribaanku saat aku mengangkat kotak bungkusan tadi. Pantas aku membuka kotak kecil itu. Terdapat sebentuk cincin di dalamnya. Juga terdapat sehelai nota yang di lipat halus.
' Sebentuk cincin tanda kasih. Selendang biru tanda sayang. Moga dirimu menjadi muslimah sejati. Srikandi pertiwi. Kenang daku bersama memori di malam penuh erti.  Yusri sayang Dina'
 
Dua tahun ku lalui, kini ku jejaki lagi tanahair ku ini. Aku kini kembali. Tidak sabar untuk menatap wajah – wajah yang aku rindui. Ibu, ayah, Kak yus, juga adik – adikku. Teman – teman yang ku rindui kenakalan mereka. Juga seorang insan yang telah aku nobatkan sebagai tuan di hatiku. Selendang biru kini menutupi ikal mayang mahkotaku. Cincin permata biru tersarung di jari manisku. Menjadi anak rantau telah mengajar aku untuk lebih dekat pada-Nya. Dialah tempat mengadu rasa suka dan duka. Kini, aku lebih tenang. Sesuci kalimah dari kitabnya sering mengubat kedukaan dan kegelisahan hati. Aku bersyukur dengan hidayahnya.
Dari kejauhan ku lihat kelibat ayah dan ibu. Juga kelibat adik – beradikku. Mereka melambai girang padaku. Maya dan Ezani juga turut berada di situ. Sebuah senyuman ku hadiahkan pada mereka. Aku menghampiri ibu. Ibu mengusap lembut bahuku.
“ Semkain berseri anak dara mak sorang ni. Lepas ni makin berserilah Dina. Ada orang dah merisik,” aku tersentak. Berdebar hatiku. Siapalah yang pandai – pandai merisik aku ni. Hatiku gundah.
“ Jomlah. Balik nanti kita cerita panjang lagi,” ayah mengangkat beg – begku. Dalam  perjalanan, aku mendengar pelbagai cerita daripada Ezani dan Maya. Ezani yang sudah bertunang dengan Rafli nampak berseri – seri. Maya juga khabarnya sudah punya calon. Aku mengucap syukur. Sekarang cuma tinggal aku. Jika dulu ada juga teman senasib denganku. Aku teringat kata – kata ibu sebentar tadi. Ada orang datang merisik. Tapi siapa? Ingin bertanya tapi bimbang di kata gelojoh pula. Aku akhirnya mendiamkan diri sahaja.

“Assalamualikum,” aku bangun dari sofa menuju ke muka pintu tatkala mendnegar suara memberi salam. Seorang gadis manis bertudung litup tersenyum padaku.Di tangannya ada sebuah bekas makanan.  Aku berjalan ke pintu pagar.
“ Waalaikumsalam. Adik ni cari siapa? ”
“ Ni, mak ada hantar kueh sikit,” aku mengerutkan dahi. Aku tidak mengenali gadis ini. Mungkin dia anak jiran baru yang di beritahu oleh Kak Yus semalam.
“ Terima kasih. Adik ni duduk rumah hujung sana tu ke?” gadis itu mengangguk. Aku turut mengangguk.
“ Saya balik dulu Kak Dina,” aku mengangguk. Gadis itu terus berlalu. Aku sedikit pelik. Bagaimana gadis itu tahu namaku? Aku berlalu masuk ke rumah dan membiarkan persoalan tadi terus berlalu.

“ Dina, mak nak cakap sikit ni,” aku meletakkan majalah yang ku baca di atas meja. Menjurus pandangan pada ibu di sebelahku.
“ Dina dah ada calon?” soalan ibu sedikit memeranjatkanku. Hendak mengangguk, aku belum pasti dengan tuan punya badan. Hendak menggeleng, hatiku sebenarnya sudah dimiliki. Aku teragak – agak. Sejak balik ke tanahair lebih seminggu, aku tidak mendapat khabar daripada Yusri. Walaupun tiada khabar sepanjang dua tahun ini sehinggalah kini, tapi hati aku yakin menyatakan yang antara kami sudah terikat dengan satu janji yang kami meterai tanpa suara. Tanpa bersemuka. Ibu masih sabar menanti jawapanku.
“ Dina tak pasti mak. Kenapa mak tanya?” ibu mengerutkan dahi mendegar jawapanku.
“ Sebelum Dina balik hari tu, ada jiran kita yang bertanyakan Dina untuk anak bujangnya. Kalau Dina setuju, mereka akan menghantar pinangan rasmi dalam masa terdekat ni,” aku terpana dengan penerangan ibu.
“ Mak harap sangat Dina terima kali ni. Mak yakin, anak Puan Zabidah tu tentu baik budaknya. Pernah sekali mak terserempak dengan mereka di pasar. Bersopan orangnya. Dina setujulah ya,” aku buntu. Akhirnya aku memutuskan untuk memikirkan dahulu tentang risikan itu. Ibu berlalu ke dapur untuk menyiapkan minum petang. Aku pula masih duduk di taman mini. Menenagkan fikiranku. Fikiranku berserabut. Nak menolak, ibu terlalu mengharap. Unutk menerima, bermakna aku sekali lagi akan mengecewakan Yusri. Tapi, akan kecewakah Yusri? Sudah sekian lama aku tidak menerima khabar berita daripadanya. Di manaa dia sekarang? Mengapa dia masih tidak muncul di depanku kini? Sudah lupakah dia pada janji yang dia buat pada sehelai kertas dua tahun lalu. Sudah lupakah dia pada sebentuk cincin yang menghiasi jari manisku kini? Adakah Yusri ingin membalas dendam padaku? Jika dulu aku pernah meukakan hatinya. Adakah kini dia ingin membalasnya. Giliran aku pula idkecewakan setelah dia berikan harapan yang menggunung.

Aku sudah kembali betugas . Kali ini di tempat baru. Kini aku telah menjawat jawatan yang lebih tinggi. Kesibukan tugas harian memudarkan ingatanku pada persoalan risikan jiranku. Yusri juga tidak ku ketahui khabar beritanya. Masa sebulan yang ku punta dari ibu untuk memikirkan perihal risikan itu sudah masuk ke bulan yang kedua. Ibu juga tidak mengungkit. Namun, adakalanya aku mengharapkan kehadiran Yusri untuk meleraikan kekusutanku. Merungkaikan dilemaku. Aku akhirnya membiarkan sahaja. Andai ibu bertanya lagi, aku hanya mengiakan. Tiada bantahan kali ini. Lagipun usiaku bukan semakin menurun. Ezani dan Maya juga sudah puny aperancangan. Kali ini, aku menyerahkan segala – galanya pada ibu. Aku ikhlas mengizinkan ibu menentukan siapa jodohku.

Aku berbaring di katil selepas pulang dari pejabat. Lenguh seluruh badanku. Aku meramas jemariku. Gerakan jariku mati tatakala tersentuh sebentuk cincin di jari manisku. Ku tenung cincin permata biru itu. Hiba rasa hatiku. Mengapa dia menghilangkan diri? Padahal sudah ku khabarkan padanya tentang kepulanganku lewat e-mail yang pernah diberikannya dulu. Tidak tahukah dia aku sudah kembali ke sini? Menanti kehadirannya unutk ku bina sebuah lagi angan – anganku. Aku sudah jenuh mencarinya. Teman – teman juga tidak tahu. Dia juga sudah bertukar tempat kerja. E-mail ku beri tidak pernah berbalas. Telefon bimbit juga sudah tidak aktif. Bagaimana lagi harus aku mencari demi utnuk mendapat kepastian daripadanya? Adakah ini bermakna kau harus menurut kehendak ibu. Menerima anak teruna Puan Zubaidah sebagai teman hidupku sedangkan aku sendiri tidak pernah kenal dengan anak Puan Zubaidah. Sejak aku kembali ke sini, belum pernah dia datang bertandang. Yang selalu menjenguk hanyalah adik perempuannya. Rajin juga melayanku petang – petang di tasik berhampiran. Adakalanya si adik ada juga bercerita tentang si abang. Cuma terlalu jarang sehingga aku tidak mampu untuk meneka si abang itu bersikap dan bersifat bagaimana. Ingin bertanya tetapi segan. Biarlah. Walaupun namanya pun tidak aku ketahui, tapi insyaAllah suatu hari nanti kami akan kenal juga. Menurut si adik, abangnya kini berada di luar negara. Mengikuti kursus jangka pendek selama 6 bulan di sana. Bila si abang kembali, satu majlis pertunangan akan di atur. Aku sekadar mengangguk mendnegar si adik bercerita.

Aku mengtuk papan kekunci. Menghantar e-mail terakhir untuk Yusri. Aku nekad kali ini. Andai tiada balasan jug adaripada Yusri, aku akan menganggap yang Yusri sudah menbuangku jauh dari hatinya. Lamaran Puan Zubaidah unutk anak terunanya akan ku terima.

'assalamualikum....
unutk yang kesekian kalinya... dan mungkin juga yang terakhir kali.. sebelum meneruskan kata, maaf di pohon untuk ayat – ayat yang seterusnya. Dalam e-mail sebelum ini, saya telah maklumkan pada awak tentang lamaran seorang jiran. Sudah agak lama mereka menanti jawapan daripada saya... Saya sendiri keliru unutk memberikan jawapan.. saya tersepit antara dua persimpangan..antara ibu yang terlalu mengharap dan juga perasaan saya sendiri yang terlalu menharapkan kehadiran awak.. saya sudah tidak tegar lagi membiarkan ibu terus mengeluh mendengar kata tunggu dulu daripada saya... harapan ibu terlalu tinggi.. saya tidak mahu menghampakan harapan seorang insan yang sangat saya kasihi di dunia ini... menggembirakan hati ibu adalah salah satu matlamat hidup saya... biarlah.. saya tekad kali ini.. menerima lamaran puan Zu mungkin jalan terbaik yang Allah berikan untuk saya. Mungkin antara kita tidak punya jodoh. Mungkin ada gadis yang lebih baik utnuk awak di luar sana. Kalau diikutkan hati, menunggu awak 1000 tahun lagi pun saya rela.. tapi, menjaga hati ibu lebih utama pada saya.. maafkan saya.. kebisuan awak selama ini menerangkan segalanya.. saya rasa saya fahami kebisuan awak.. Mulai detik ini, saya akan serahkan hati saya pada insan itu.. kerana lepas ini dia lebih berhak.. Memang payah unutk menanggalkan sebentuk cincin yang sudah sebati di jari manis saya.. namun apakan daya.. ia perlu di tanggalkan. Saya tidak berhak memakainya. Dengan itu, saya kembalikan pada tuan pemiliknya. Saya dah serahkan cincin pada Ezani. Awak boleh hubungi Ezani untuk mendapatkan kembali cincin awak. Begitu juga dengan keangan malam penuh erti. Saya tidak sanggup menyimpannya. Bimbang kurangnya kasih sayang saya pada si dia. Maafkan saya. Salam permisi.

war_deena@hotmail.com

Aku menekan butang sent. Cincin di jari manisku ku tanggalkan dan ku simpan kembali ke dalam kotak asalnya. Esok aku akan menyerahkanya pada Ezani.


Ezani dan Maya mengucup pipiku. Mengucapkan tahniah di atas pertunanganku dengan insan yang tidak aku kenali. Yang aku tahu namanya Ahmad Dani. Ingin sekali aku melihat wajahnya. Namun masih belum berkesempatan. Menurut adiknya, Alya, Ahmad Dani baru sahaja balik dari luar negara 2 hari lepas. Kesibukan tugas dan persiapan utnuk majlis pertunangan mereka menghadkan masanya untuk bertemuku. Sebentar tadi, aku menjadi tumpuan setiap mata yang hadir bila bakal ibu mertuakan menyarungkan cincin ke jari manisku. Aku melihat Alya yang tersenyum manis. Melihat senyuman Alya, aku teringatkan seseorang. Namun cepat – cepatku padamkan ingatan itu. Usikan tetamu yang hadir menghilangkan gemuruhku. Sebelum berlalu, Puan Zubaidah sempat membisikkan sesuatu ke telingaku.
“ Terima kasih kerana sudi terima Dani. Makcik yakin Dani akan bahagiakan Dina. Dan makcik harap Dina dapat bahagiakan Dani. Makcik tahu, dia sangat sayangkan Dina,” aku terharu dengan kata – kata itu. Aku sekadar mengangguk. InsyaAllah. Siapa pun dia, aku berjanji akan bahagiakan dia sehingga dia tidak dapat menemui di manakah kurangnya kasih sayangku.

Ketenangan tasik mengundang damai di hatiku. Yusri disebelah seakan – akan tidak wujud. Aku terlalu asyik melayan perasaan.
“ Kesian orang kat sebelah ni. Tak ada orang nak layan,” aku tertawa kecil.
“ Sorry. Dah lama tak datang sini. Rindu,”
“ dah tu, orang sebelah ni awak tak rindu ke?” aku menggeleng.
“ Sampainya hati,” Yusri menarikmuncung.
“ Tak sempat nak rindu. Hari – hari tengok muka awak. Buka locker, tengok muka awak. Buka purse pun nampak awak. Satu bilik ada muka awak. Kat hati lagi penuh muka awak,” Yusri tersenyum senang.
“ Kenapa awak nampak cengkung? Kerja teruk sangat ke?” aku mengalih pandangan pada Yusri. Dia menggeleng.
“ Rindu sangat kat awak. Awak tak tinggalkan apa – apa pada saya untuk mengubat rindu,” aku mencebik. Aku menyeluk saku seluarku. Mengeluarkan sesuatu yang ingin aku hadiahkan pada Yusri dua tahun lalu.
“ Untuk awak. Saya nak bagi dua tahun lalu. Tapi hajat tak tercapai. Ingatkan awak dah tak pedulikan kita lagi,” Yusri menyambut sebuah rantai kunci yang terdapat foto kami.
“ I'm sorry dear. Lepas malam Alumni, saya di tugaskan ke pantai timur. Seminggu. Nasib baik saya sempat serahkan bungkusan tu pada salah seroang cabin crew. Kalau tidak, tak berpeluanglah saya duduk sebelah awak atas pelamin nanti,” aku mencubit pinggang Yusri.
“ Eee.. perasan. Siapa nak kahwin dengan awak? Dah la kita balik dia buat tak tahu. Buat kita macam pungguk rindukan bulan. Hantar e-mail pun bukan nak reply. Menyakitkan hati je,” Yusri tersenyum nakal.
“ Marah lagi ke? Kan saya dah terangkan segalanya pada awak. Mana saya pergi, kenapa saya tak reply e-mail awak. Takkan marah lagi kot,” aku membiarkan Yusri kebingungan. Memang dia sudah menerangkan segalanya padaku. Sengaja mahu mendera hatinya. Seminggu selepas aku ditunangkan dengan insan bernama Ahmad Dani, aku menerima satu kejutan. Melihat Yusri bertandang ke rumahku bersama Alya, rasa ingin tercabut nyawaku.
“ Kak Dina, nilah abang Alya. Ahmad Dani Yusri,” aku terlopong.
“ Yusri?” aku bagaikan tidak percaya. Alya di sebelah tersenyum – senyum.
“ Kak Dina. Alya nak minta maaf pada Kak Alya sebab merahsiakan siapa Abang Dani. Abang yang paksa Alya untuk rahsiakan hal ni. Dia nak buat kejutan pada Kak Alya. Dia nak uji Kak Alya,” aku masih terpaku. Menguji? Kalau Yusri ingin menguji kesetiaanku, pastinya aku tergolong dalam golongan ynag tidak setia kerana dengan mudah menerima insan lain.
“ Menguji Kak Dina?” aku memandang Alya. Inginkan penjelasan. Alya mengalih pandangan pada Yusri.
“ Itu kena tanya abang,” Alya bangun dari tempat duduknya dan menuju ke kolam ikan berhampiran gazebo. Memberi ruang kepada kami utnuk berbicara empat mata.
Aku menarik muka masam. Aku rasa dipermainkan.
“ Yusri pun tak tahu kenapa Yusri buat macam tu. Yusri pun tak sangka Yusri akan di jodohkan dengan Dina. Sejak berpindah ke sini setahun lalu, mak bekenankan seorang gadis. Walaupun hanya kenal melalui foto, mak dah jatuh hati pada gadis tu. Dalam diam mak risik gadis tu unutk Yusri. Kebetulan, masa Dina dijadualkan balik ke sini, Yusri di hantar ke UK untuk satu kursus jangka pendek. Sibuk dengan kursus, Yusri tak ada masa nak buka e-mail. E-mail terakhir Dina je yang Yusri baca. Waktu baca tu, memang Yusri terkejut. Rasa kecewa sangat. Tapi Yusri pun salah sebab tak pernah inform Dian tentang perkembangan diri Yusri. Membiarkan Dina tercari – cari dan ternanti – nanti. Dari UK, Yusri terus call mak. Hajat hati nak suruh mak pinangkan Dina. Tup tup.. mak dah pergi risik gadis yang mak berkenan tu. Dah terlambat nak suruh mak batalkan majlis tu sebab gadis tu pun dah setuju. Nak tak nak, terima je la. Ysuri redha andai itu memang bukan jodoh kita. Tapi, jodoh kita kuat Dina. Yusri sendiri tak sangka, gadis yang mak bekenankan tu adalah Dina. Bila Ysuri tahu yang bakal tunang Yusri tu Dina, Yusri diamkan je. Yusri nak tahu sejauh mana penerimaan Dian terhadap jodoh pilihan ibu. Dan Yusri sangat bersyukur. Yusri yakin Dina adalah jodoh Yusri. Yusri tidak silap menerima gadis pilihan mak,” Aku masih mendiamkan diri. Tidak memberi sebarang reaksi pada cerita Yusri. Aku tidak pasti apakah perasaanku saat itu. Gembira, terharu, geram semua bercampur. Setelah lama mendiamkan diri. Aku memandnag Ysuri yang masih setia di sisiku.
“ Kalau orang lain yang masuk meminang saya macam mana?” aku masih ingin melepaskan rasa tidak puas hatiku.
“ Dina, Yusri percaya pada jodoh. Jodoh pertemuan di tangan Allah. Andai ditakdirkan Dina bukan untuk Yusri, Yusri redha. Dan Dina juga perlu redha. Dah sekarang Yusri tambah yakin dengan Dina,” aku mengerutkan dahi. Tidak faham maksud kata – kata Yusri.
“ Yusri yakin memang Dina jodoh Yusri. Yusri kagumi kasih Dina pada ibu. Yusri kagumi keikhlasan Dina pada ketentuan takdir. Dan Yusri yakin pada cinta Dina untuk seorang insan bergelar suami,” aku hanya mampu tersenyum mendengar kata – kata Yusri.
“ Ahmad Dani Yusri… macam mana Dina boleh tak tahu semua tu?” Yusri ku lihat hanya tersenyum.
“ Dina tak pernah ambik tahu tentang Yusri,” rasa bersalah terbit di hatiku. Aku hanya mengenalinya sebagai Yusri. Perkenalan yang cukup ringkas. Kami berkenalan di dalam kapal terbang. Kebetulan Yusri mengenali Kak Yus. Pernah menuntut di IPTA yang sama. Selepas perkenalan singkat itu, Yusri mencari khabar tentang ku daripada Kak Yus. Aku menyenangi Ahmad Yusri Dani yang hanya aku kenali sebagai Yusri. Aku tidak pernah menyangka kami pernah menuntut di sekolah yang sama.

SubhanALLAH. Sesungguhnya Allah Maha Besar dan Maha Mengtahui. Allah adalah perancang yang terbaik. Setiap apa yang berlaku telah ditakdirkan oleh Allah. Dan jodoh aku dan Ahmad Dani Yusri juga adalah rencana Allah yang Maha Sempurna.
            Ya Allah, kau jadikanlah aku insan terbaik untuk dia. Ya Rahman, Kau jadikanlah aku bidadari di hatinya sehingga kami kelak hingga ke sana. Ya Rahim, Ya Rahim, kau jadikanlah kasih ini sebagai landasan ke arah keagungan cinta-Mu. Amin.

**********************

Tinta Unggas Kecil :

Hasil godekkan file-file lama. Terjumpa cerpen nih.. sebelum hilang lagi dari pandangan, terus publish. Tapi tak tau nak kasi tajuk apa..ahahaha.. apa-apa je la.. Kalau ada saranan.. boleh share dengan UnggasKecil... :)

No comments:

Post a Comment