CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 29, 2011

Kasih Farhana - Bab 14

BAB 14
Siti Nuraisyah memandang kelibat Farhana yang kian menghampiri katilnya. Dia cuba bangun. Namun Farhana cepat – cepat menahannya.
“ Cah sihat?” Siti Nuraisyah mengangguk. Cuba unutk tersenyum pada Farhana. Simpati Farhana semakin mengguning pada gadis awal remaja itu.
“ Bila Kak Farah balik?”
“ Dah 3 – 4 hari dah. Maafkan Kak Farah, lambat datang jenguk Cah,”
“ Tak apa Kak Faraha. Kak Farah dah datang ni pun Cah dah cukup gembira. Cah rindu sangat kat Kak Farah. Huda selalu tanya pasal Kak Farah. Kalau di atahu Kak Farah datang jenguk Cah mesti di gembira,” Farhana menghadiakan senyuman pada Siti Nuraisyah. Farhana teringatkan beberapa buah novel remaja yang dibelinya dalam perjalanan ke sini tadi.
“ A'ah Cah, Kak Farah ada belikan buku untuk Cah,” siti Nuraisyah menyambut huluran buku daripada Farhana.
“ Terima kasih Kak Farah. Menyusahkan Kak Farah je,”
“ Tak ada yang susahnya. Nanti tak adalah Cah bosan sangat,” Siti Nuraisyah mengangguk. Hampir sejam berbual dengan Siti Nurasiyah, Farhaan berkira – kira untuk pulang. Sebelum pulang, Farhana membantu Siti Nurasiyah membersihkan badan dan menyalin pakaian. Kondisi badan yang masih lemah menyebabkan Siti Nuraisyah tidak berdaya melakukannya sendiri. Emosi Siti Nuraisyah masih belum stabil. Sejam bersama, Farhana dapat melihat perubahan pada emosi Siti Nuraisyah. Sekejap Siti Nuraisah menjadi pendiam dan adakalanya dia rancak bercerita.
“ Assalamualikum,” Farhana yang sedang mengemas katil Siti Nuraiysah menoleh. Seorang jejaka berdiri tegak di belakang Farhana.
“ Err.. waalaikumsalam,” Farhaan teragak – agak. Dari segi gaya lelaki itu nampak seperti seorang doktor.
“ Saya Dr. Farid. Cik ni?”
“ Oo.. Saya Farah. Saya datang melawat,” Dr. Farid mengangguk. Dia menghampiri siti Nuraisyah yang sedang berbaring.
“ Apa khabar Aisyah hari ini? Sihat?” Siti Nuraisyah sekadar mengangguk. Tidak menghiraukan kehadiran Dr. Farid di situ. Dr. Farid meneruskan tugasnya memeriksa tekana darah dan mengambil suhu badan Siti Nuraisyah. Kemudian Dr. Farid cuba berbual – bual dengan Siti Nuraisyah tetapi kurang mendapat respon daripada Siti Nuraisyah.
“ Baiklah Aisyah. Aisyah kena banyakkan rehat. Jangan terlalu banyak berikir,” Siti Nuraisyah umpama burung belatuk. Hanya mengangguk. Farhana jadi haairan. Baru sebentar tadi adik sepupunya riang bercerita dengannya walapun ada kalanya dia tengelam dalam duanianya sendiri. Farhana teringat tentang niatnya untuk pulang.
“ Cah, Kak Farah balik dulu,” Siti Nuraisyah keliahta seperti merajuk. Tangan farhana di genggam erat.
“ Esok Kak Farah datang lagi,” Farhana membuat janji.
“ Kak Farah mesti janji dengan Cah. Kak Faraha mesti datang esok. Cah tunggu Kak Farah datang,”
“ Ok. Kak Farah janji. Cah kena ikut nasihat doktor. Makan ubat. Nanti Cah lekas sembuh. Cah nak balik rumah tak? Tak nak jumpa adik – adik Cah?” Siti Nuraisyah lantas mendakap farhana. Perkataan rumah menjadikan Siti Nuraisyah fobia.
“ Cah takut Kak. Makcik Endang nak pukul Cah. Kesian adik – adik Cah,”
“ Shhyyy.. Jangan menangis. Makcik Endang kan dah masuk penjara,” Siti Nuraisyah melepaskan pelukan.
“ Betul ke Kak Farah?” Farhana mengangguk.
“ Cah tak perlu takut. Dia tak boleh apa – apakan Cah dan adik – adik Cah lagi. Cah kena sembuh cepat. Balik dan jaga adik – adak Cah. Tak ada sesiapa yang akan pukul Cah lagi. Ya?” Siti Nuraisyah mengangguk. Segaris senyuman terukur di bibirnya.
“ Kak Farah balik dulu ya. Assalamualikum,” Farhana mengucup dahi Siti Nuraisyah. Kemudia Farhan pantas menuju ke pintu. Tidak tahan rasanya berlama di situ Bimbang air matanya akan gugur di hadapan Siti Nuraisyah. Di luar bilik, arhana menyeka air matanya. Matanya terpandnag Dr. Farid yang masih tercegat di luar bilik Siti Nuraisyah.
“ aaa.. doktor. Tak perasan pula doktor ada kat situ,” Dr. Farid tersenyum kecil.
“ Boleh Cik Farah ke bilik saya sekejap. Ada sesuatu yang ingin saya bincangkan . Berkenaan Aisyah,” Farhana mengangguk den mengekori Dr. Farid ke biliknya.
“ Jemput duduk Cik Farah,” selepas Farhana mengambil tempat duduk, Dr. Farid memulakan bicaranya.
“ Sebelum tu, saya nak minta maaf pada Cik Farah,” Farhaan mengerutkan dahi.
“ Sejak Cik Farah datang sejam yang lalu, saya berada di luar bilik Aisyah. Saya mengintai,”
“ Kenapa?”
“ Kebetulan saya lalu di situ dan mendengar Aisyah ketawa. Jadi saya mengintai untuk mengetahui puncanya. Dan saya melihat Cik Farah ada bersama Aisyah,” Farhan ebrtmabah pelik.
“ Apa yag peliknya kalau seseorang tu ketawa doktor?”
“ Memang tak ada yang peliknya. Tetapi, menjadi pelik bila Aisyah yang ketawa,”
“ Maksud doktor? Cah sentiasa bermurung?” dr. Farid mengangguk.
“ Sejak sedar dari koma, Asiyah menjadi pemurung,”
“ Cah pernah koma?” Dr. farid mengangguk. Farhana tidak tahu tentang itu. Menurut Dr. Farid lagi, Siti Nuraisyah mengalami hentakan yang kuat di kepalanya dan menyebabkan dia koma selama beberapa hari. Farhana beristighfar panjnag.
“ Kehadiran Cik Farah hari ini membawa perubahan sedikit pada Aisyah. Boleh saya tahu apa hubungan Ck Farah dengan Aisyah?”
“ Kami sepupu,” Dr. Farid mengangguk.
“ Mesti Aisyah rapat dengan Cik Farah,” giliran Farhana pula mengangguk. “ Saya berharap selepas ni Cik Farah akan selalu datang melawat Aisyah. Mana tahu, dengan kehadiran Cik Farah dapat mengubati penyakit dalaman Aisyah,”
“ InsyaAllah doktor. Tapi, saya kena balik ke JB hujung minggu ni,”
“ Oo... Cik farah tinggal di sana? Bekerja? ” Farhana mengangguk.
“ Saya minta diri dululah doktor. Dah lewat ni,” Dr. Farid mengangguk.
“ terima kasih kerana meluangkan masa,”
“ It's ok,” Farhan sudah bangun daripada tempat duduknya. Selepas memberi salam, Farhana terus berlalu meninggalkan bilik pejabat doktor muda itu. Fikirannya sarat dengan perhal Siti Nuraisyah. Tidak menyangka sebgitu sekali bebanan perasaan yang ditanggung oleh Siti Nuraisyah.

No comments:

Post a Comment