BAB 17
“ Hai Abang Wan,” Azila menyapa riang. Zakuan menggeleng kepala melihat kenakalan Azila. Sepupunya itu memang nakal dan sentiasa ceria.
“ Lambatnya. Dah sehari semalam abang tunggu kat sini,”
“ Eleh. Kelentonglah tu. Ni apa kisah ni cari Zila. Nak suruh Zila menyamar lagi ke?”
“ Farah tu,”
“ Farah?”
“ Farah is Farhana. Farhana is Farah,”
“ ooo..ok. Kenapa dengan dia?”
“ Dia betul – betul ingat Zila awek abang. Dia dah boikot abang. Tak nak dengar langsung penjelasan abang. Zila kena tolong abang kali ni,”
“ Eleh. Budak – budak ni juga yang dia cari. Selesaikan sendiri. Zila tak nak campur urusan orang tua – tua,” Azila memulangkan paku buah keras. Zakuan tersengih.
“ Bolehlah Zila. Kali ini je. Zila mesti nak tengok Mak Long happy kan?”
“ Boleh tu boleh... tapi ada syarat,”
“ alah budak ni. Main pakai syarat pula. Apa dia? Nak upah? Berapa nak?”
“ Bukan pasal upah. Zila nak abang pujuk papa supaya benarkan Zila bercuti semester kat sini je. Boleh kan?
“ ermmm... kacang je tu. Nanti abang pujuk Pak Ngah,”
“ Betul ke ni? Ni yang Zila makin sayang kat abang ni,”
“ Ehem. Jangan nak seronok dulu. Kerja kena beres dulu. Kalau tak berjaya. Abang sendiri yang akan hantar Zila ke Australia semsetere break ni,”
“ Tanggung beres. Apa dia nak Zila tolong. Cakaplah? Nak culik? Nak ayat? Ke nak paksa dia kahwin dengan abang?”
“ Hish.. pandailah kamu tu. Dengar sini apa yang abang nak cakap,” Azila tekun mendnegar Zakuan memberi arahan.
Azila mendaki tangga di bangunan B11 Fakulti Alam Bina. Dia mencari bilik Farhana. Cik Farhana Kamaruddin. Azila mengetuk perlahan. Terdengar suara menjemput masuk dari dalam. Azila memulas tombol dan menolak pintu perlahan. Di dalam hati hanya Tuahn sahaja yang tahu bagaimana berdebarnya hati Azila tika itu.
“ Assalamualaikum Cik Farhana,” Farhana yang nampak terkejut menjawab juga salam yang hulurkan. Dia mempersilakan Azila duduk. Dia dalam hati Farhana tertanya – tanya tujuan kedatangan gadis yang pernah di lihatnya bersama Zakuan beberapa minggu lalu. Kalau tidak silap semala di aterlihat mereka di Arked Meranti.
“ Saya Azila,” Azila menghulurkan tangan pada Farhana. Farhana menyabut huluran salam Azila.
“ Ada apa – apa yang boleh saya bantu?” melihat keramahan Farhana menghilangkan gugup Azila.
“ Macam ni Cik Farhana. Sebenarnya Cik Farhana dah salah faham selama ni,”
“ Salah faham. Apa maksud Azila. Saya tak faham,” Azila menggaru kepalanya.
“ Err...macam mana nak cakap erk? Haa... sebenarnya, saya bukan awek Abang Wan?” Farhana tampak sedikit terkejut.
“ Zila sepupu abang Wan. Zila memang rapat dengan abang Wan. Hari tu abang Wan suruh Zila menyamar jadi awek dia. Nak buat Kak Farah cemburu,” Azila sudah menukar panggilan Cik Farhana kepada Kak Farah. Farhana masih tidak menunjukkan apa – apa reaksi.
“ Sebenarnya, Abang Wan yang suruh Zila datang jumpa Kak Farah ni. Dia suruh Zila berterus terang pasal kes penyamaran tu je. Supaya Kak Farah tak salah sangka lagi. Apa yang Zila cakap ni abang Wan tak bagi cakap kat Kak Farah. Tapi Zila tetap nak bagitau Kak Farah,” ”
“ Apa dia?” Farhana ingin tahu. Azila tersenyum. Maaflah Abang Wan. Terpaksa keluar skrip.
“ Kak Farah maafkanlah Abang Wan. Kesian dia. Dia memang betul – betul sayangkan Kak Farah. Zila tak tipu. Tak pernah Zila tengok dia suka seseorang macam dia suka kat Kak Farah. Memang pendek kata dia dah deeply in love dengan Kak Farah. Dah naik sasau dah. Kak Farah maafkan dia ya?” Farhana terdiam. Tidak tahu apa yang ingin diperkatakan.
“ Ke Kak Farah masih tak percaya yang Zila ni sepupu Abang Wan?” Farhana masih lagi diam. Memandnag wajah Azila. Cantik. Puji hatinya. Berwajah Pan-Asia.
“ Err.. tak.. bukan macam tu,”
“ Ermm.. percayalah ni? Yes! Berjaya juga Zila. Mesti Abang Wan suka. Kak Farah maafkan dia tak?” Farhana semakin serba – salah. Gadis di depannya begitu licik.
“ Bolehlah Kak Farah. Kesian abang Wan tu. Zila takut dia masuk tanjung rambutan. Kak Farahan nak ke dia masuk Tanjung Rambutan? Dah sasau dah dia tu,”
“ Ish. Tak baik cakap macam tu,” Azila tertawa kecil.
“ Kak Farah maafkan dia ya,” perlahan farhana mengangguk. Azila mengucap syukur. Usahanya berhasil.
“ Satu lagi,” Apa lagi dia ni?
“ Terima Abang Wan balik ok? Kak Farah batalkan pertunangan Kak Farah tu erk? Please.....,” Azila merayu bag i pihak Zakuan. Ternyata Azila terkeluar lagi daripada tujuan asalnya. Farhana serba – salah lagi. Mengangguk atau menggeleng?
“ Eh, oklah. Zila kena pergi ni. Ada lecture kejap lagi. Oklah Kak Farah. Nanti Zila bagitau Abnag Wan yang Kak Farah dah maafkan dia dan Kak Farah sudi terima dia kembali. Assalamualikum,” Azila terus keluar dari bilik Farhana. Belum sempat Farhaan berkata apa – apa.
“ Waalikumsalam,” Farhana menjawab perlahan. Fikirannya menerawang pada Zakuan. Farhana mengakui, sejak ketiadaan Zakuan hidupnya terasa kosong. Walapun antara dia dan Zakuan belum ada apa – apa hubungan. Mereka tidak bercinta. Farhana sendiri tidak tahu bagaimana mahu menerangkan pertalian itu. Mereka bukan pasangan kekasih. Bukan juga sekadar kawan. Farhana buntu. Apa aku nak buat? Aku dah cakap kat mak yang aku terima Mukhriz. Zakuan ke Mukhriz? Aku suka siapa? Aku suka Zakuan. Bagaimana dengan Mukhriz? Kalau dua keluarga dah setuju aku terpaksa menurut. Farhana benar – benar buntu.
No comments:
Post a Comment