BAB 12
Nabila kebosanan sendirian di rumah. Farhana akan pulang 3 atau 4 hari lagi. Mujur ada Amirul yang sering menghubunginya. Serba sedikit Nabila dapat mengurangkan kesunyian dengan ketiadaan Farhana. Memikirkan Amirul, Nabila tersenyum sendiri. Jejaka kelahiran Sarawak yang berkerja di ibu kota itu sungguh menyenangkan. Nabila merasakan ada keserasian antara mereka. Mungkin disebabkan mereka berada di bawah bendera yang sama atau mingkin juga disebabkan mereka memang ada chemistry. Nabila tidak menyangka pertemuan singkat beberapa minggu lalu boleh merapatkan mereka. Dalam diam Amirul merisik khabar Nabila melalui Farhana. Nombor telefon Nabila juga diperolehi daripada Farhana. Nabila nyata sekali amat menyenangi Amirul. Namu Nabila masih lagi membataskan rasa dan cuma menganggap Amirul sebagai teman biasa. Dalam melayan perasaan bosannya, telefon bimbit Nabila berbunyi. Nama Zakuan tertera di skrin.
“ Hello,”
“ Bila, Farah mana?” Nabila sedikit pelik dengan soalan Zakuan. Zakuan lupa ke Farahana bali ke Kuching?
“ Eh, diakan balik Kuching. Kau tetiba tanya ni kenapa?” Zakuan menyedari kesilapannya.
“ Tak. Maksud aku, mana dia pergi? Dia tak angkat pun call aku,” Nabila teringatkan sms Farhana siang tadi yang memberitahunya tentang makan malam di rumahnya.
“ Owh.. diaorang ada dinner dengan bakal suami Far...,” Nabila menghentikan katanya. Terlepas cakap pulak. Nabila menampar – nampar mulutnya.
“ what? Bakal suami Farah?”
“ err..tak..err.. maksud aku..er..bakal..suami kakak Farah,” Nabila mengetuk lagi kepalanya. Aduh. Bodohnya kau. Farah mana ada kakak. Zakuan pun tah semua tu.
“ Takpelah Bila. Sorry mengganggu,” suara Zakuan kedengaran lemah dipendengaran Nabila.
“Aa...Wan..” Nabila tidak sempat memanggil Zakuan kerana talian sudah di matikan. Nabila menjadi serba salah. Lantas nombor telefon rumah Farhana di dail.
*********************************************************************************
“ Hello, panggil Farah kejap. Urgent,” Nabila menunggu dengan sabar.
“Hello Bila. Ada apa ni?”
“ Tadi Wan call aku. Dia cari kau. Aku terlepas cakap yang kau ada dinner dengan bakal suami kau,”
“ What?!”
“ Sorry Farah. Aku tak sengaja,” tiada jawapan daripada Farhana.
“ Kau marah ke Farah? Ala, tak apa kan. Kau pun bukan suka sangat dengan Zakuan tu. Biarlah dia,” Masih tiada jawapan daripada Farhana.
“ Farah... Farah... aku minta maaf sangat – sangat. Farah....” tuutt...tuutt... talian diputuskan. Nabila mengeluh. Nabila mengambil keputusan utnuk menalifon Farhana lewat malam nanti.
Farhana kembali ke dapur. Menyambung semula kerja yang tetrangguh. Farhana memikirkan kembali kata – kata Nabila sebenta tadi. Mengapa mesti dia marah? Dia sepatutnya gembira kerana selepas ini Zakuan tidak akan mengganggunya lagi. Dia akan bebas daripada Zakuan. Tiada lagi gangguan daripada Zakuan. Tiada lagi yang bakal memeningkan kepalanya. Farhana akhirnya tersenyum. Benar kata Nabila. Biarlah.
“ Farah, hantar ni ke depan,” Farhana hanya menurut. Di ruang tamu, ayah dan ibunya sedang melayan tetamu mereka. Farhana menatang dulang dengan hati – hati.
“ Jemput minum makcik, pakcik,” Farhana mengambil tempat di sebelah ibunya.
“ Susah – susah je. Kan baru lepas makan,” ibu Mukhiz mengambil sepotong kek keju yang di hidangkan.
“ Tak apalah Cik Jah. Bukan selalu Cik Jah nak datang ke sini,” Farhana cuba memaniskan wajahnya mendengar kata- kata ibunya. Iyalah tu mak. Farhana memandnag Mukhriz sekilas. Begitu asyik melayan bicara ayah. Apa yang di bicarakan tidak pula Farhana ambil pusing. Masalah lelaki. Farhana berbalas pandangan dengan Amal. Amal seperti mengejeknya. Farhana memalingkan wajahnya. Sakit hati melihat senyuman mengejek adiknya. Farhana menjadi bosan duduk di situ. Dia terpaksa bermanis muka di hadapan tetamu Arfah. Kelibat adik – adiknya yang lain sudah tidak kelihatan. Mungkin sudah tidur. Fikirnya. Farhana melayan lamunannya sendiri. Bosan di situ, Farhana meminta diri untuk mengambil angin di taman.
Melihat bintang yang bertaburan di langit menjadikan Farhana khayal dalam dunianya sendiri. Fikirannya melayang ke tanah seberang. Pada Nabila. Juga pada Zakuan. Mengenang Zakuan, hati Farhana sedikit tercuit. Adakalanya sikap Zakuan yang sering mendesaknya selalu membangkitkan kemarahannya. Namun ada sesuatu yang menarik perhatian Farhana. Kesabaran Zakuan menghadapi setiap kerenah dan amarahnya. Kehadiran Zakuan serba sedikit mencorakkan hidup Farhana. Bermula dengan berlakunya kemalangan kecil sehinggalah ke majlis sambutan hari lahir Datin Rahmah. Semuanya masih kemas di ingatan Farhana. Teringat lagi olehnya hari pertama menerima bunga daripada Zakuan. Bila Farhana memberitahu tidak sukakan bunga , Zakuan menghantar coklat dan kad – kad yang comel. Adakalanya Zakuan menghantar makanan tengahari ke biliknya. Zakuan juga tidak jemu menghantar sms kepadanya walaupun Farhana tidak membalas. Zakuan akan menalifonnya setiap malam semata – mata unutk mendegar Farhana mengucapkan selamat malam walaupun dalam keadaan terpaksa dan kedengaran tidak ikhlas. Zakuan akan tetap berpuas hati.
Farhana merenung langit malam yang terang. Apa lagi yang aku cari? Zakuan sudah cukup baik. Masakan keraan kesilapan kecil menjadikan aku terlalu membenci lelaki itu. Kalau di fikirkan, kesalahan Zakuan tidak terlalu besar. Zakuan juma bersikap kasar dan tidak beradap pada pandangan Farhana. Mengapa harus membenci Zakuan sebegitu rupa. Tidak. Aku bukan benci Zakuan. Aku cuma tidak senang dengan sikapnya yang agak kasar dan berlagak. Tapi itu mula – mula aku kenal dia. Sekarang dia tidak lagi bersikap sedemikian. Di dewan kuliah juga Zakuan semakin mesra. Itu komen Amal.
Farhana teringatkan telefon bimbitnya yang tertinggal di bilik. Pasti ada sms atau miss call daridapa Zakuan. Farhana tersenyum sendiri. Farhana akui, Zakuan serba sedikit telah mempengaruhi hidupnya. Setiap hari hidupnya seperti ada yang kurang jika tiada gangguan daripada Zakuan. Adakalanya dia tercari – cari jika Zakuan tidak menghantar sms kepadanya. Farhana tersenyum sendiri. Mungkin aku dah mula sukakan dia.
“ Hai,” lamunan Farhana terganggu. Mukhriz sudah mengambil tempat disebelahnya.
“ Jauh menung. Ingat orang jauh ke?” Farhana tersenyum sendiri. Macam tau – tau je.
“ Betullah tu. Senyum je,”
“ Eh. Tak adalah. Salah ke Farah senyum?”
“ Tak salah. Cuma terpegun. Sejak tadi Farah jarang senyum .Macam tak suak je saya datang,” Farhana menghela nafas panjang. Bukan aku tak suka, tapi aku tak minat unutk dijodohkan dengan kau. Kata – kata itu hanya tersekat di kerongkong Farhana.
“ Tak adalah. Takkan Farah nak senyum emanjang. Nanti ada pulak yang cakap farah ni tak betul,” Mukhriz tertawa kecil.
“ Senyum tukan sedekah. Cantik kalau Farah senyum,” Sudah. Mula dah mat romeo ni. Farah menggaru hidungnya. Dia bukan tidak kenal dengan Mukhriz. Mukhriz terkenal di kalangan teman – temannya. Bagi mereka, Mukhriz seorang lelaki tampan yang digilai ramai. Mukhriz sering bertukar pasangan. Bukan baru sehari dua mengenali Mukhriz, malah sejak di sekolah menengah lagi. Walapun mereka tidak pernah bertegur sapa tetapi mereka pernah bersua muka. Mukhriz mungkin tidak mengenali Farhana dan mungkin juga tidak pernah peduli akan kewujudan Farhana semasa di zaman persekolahan mereka dulu. Mereka sering bertemu bila ada kursus atau ebngkel anjuran Majlis Pembangunan Sosial atau aktiviti anjuran Kementerian Pendidikan Negeri.
“ Farah masuk dulu. Mesti mak tercari – cari,” Farhana terus meninggalkan Mukhriz sendirian di taman. Di pintu masuk Farhaan ebrtembung dengan kedua ibu bapa Maukhriz.
“ Mukhriz dengan Farah ke?” soalan ibu Mukhriz, Puan Azizah mematikan langkah Farhana.
“ Err.. Mukhriz kat taman makcik,” Farhaan menjawab penuh sopan.
“ Tolong Makcik panggilkan Mukhriz. Kami dah nak balik ni,” Farhana mengangguk dan berpatah balik ke taman.
“ Mukhriz, mak awak panggil . Diaorang dah nak balik,” Mukhriz sekadar mengangguk dan mengekori langkah Farhana.
Kepulangan keluarga Mukhriz melegakan Farhana. Selepas kereta Jaguar milik ayah Mukhriz berlalu, Farhana terus masuk ke biliknya. Tugas mengemas diserahkan kepada pembantu rumah. Farhana menuju ke meja kecil ditepi katilnya. Ada 10 panggilan tidak berjawab. Semuanya daripada Zakuan. Juga terdapat 2 sms daripada Zakuan. Farhana kurang senang dengan pesanan ringkas yang dihantar oleh Zakuan. Farhana membaca pesanan tersebut berulang – ulang.
' Wan doakan awak bahagia. Wan tak akan ganggu awak lagi selepas ni. Wan tahu selama ni awak memang bencikan Wan. Wan akan belajar lupakan awak. Mak pasti akan kecewa kerana tidak dapat bermenantukan awak. Dan Wan turut kecewa kerana tidak dapat memiliki sekeping hati milik Farhana'
No comments:
Post a Comment