CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 9, 2011

:: Kerana Saya Sayang Dia ::

Dulu..
Dia pernah hadir dalam hidup saya..
Dia pernah buat saya rasa bahagia
Walaupun dia tak pernah hadiahkan saya bunga..
Tapi saya tak kisah
Kerana saya sayang dia...

Dulu..
Dia berjauhan daripada saya..
Dia sms saya sekali sehari..
Dia telefon seminggu sekali..
Dia datang jumpa saya sebulan sekali..
Walaupun saya rindu sangat kat dia..
Tapi saya tak kisah..
Kerana saya sayang dia...

Dulu..
Dia cakap akan selalu setia pada saya
Dia cakap yang hubungan jarak jauh tidak sesukar mana
Dia selalu yakinkan saya kami akan kekal bersama
Walaupun saya tau semua tu hanya angan-angan kami saja
Tapi saya tak kisah..
Kerana saya sayang dia..

Dulu..
Dia akhirnya mengalah dengan keadaan
Dia terpaksa pergi dari hidup saya
Dia tinggalkan saya kerana dia mahu jadi anak berjasa
Walaupun saya patah hati berduka lara
Tapi saya tak kisah..
Kerana saya sayang dia...

Kini...
Dia bahagia setelah menjadi anak berjasa
Dia bertemu cinta sejati dia
Dia bangga memimpin tangan-tangan kecil
Walaupun bukan saya menjadi pendamping dia..
Tapi saya tak kisah..
Kerana saya sayang dia...
Saya bahagia melihat dia bahagia....

No comments:

Post a Comment